djchef Sharifah Shahirah Mohon Semua Maafkan Adiknya Sharifah Sakinah | PANAS GILER!! - DJDANCHEF

Wednesday 15 May 2013

Sharifah Shahirah Mohon Semua Maafkan Adiknya Sharifah Sakinah

Sharifah Shahirah Mohon Maafkan Adiknya Sharifah Sakinah |Video Keek Youtube

Pelakon dan pelawak, Sharifah Shahirah berharap adik kandungnya, Sharifah Sakinah mengambil pengajaran di atas tindakan yang dibuatnya kerana memuat naik video berunsur lucah ke dalam akaun video sosial, Keek milik pelakon Anzalna Nasir.

"Niat Sakinah hanya bergurau, bukan meraih publisiti murahan atau berkongsi mengenai pakaian dalam,” kata Sharifah Shahira.
Sharifah Shahirah dan adiknya Sharifah Sakinah
Sharifah Shahirah dan adiknya Sharifah Sakinah

Sebagai kakak, Sharifah Shahirah berkata dia selalu berpesan kepada adiknya supaya berjaga-jaga dengan tingkah laku bila berada di dalam industri seni ini.

"Bagi saya semua orang pun ada buat salah tetapi yang penting haruslah meminta maaf. Begitu juga dengan Sakinah yang kini sudah belajar untuk meminta maaf. Lagipun sudah berkali saya berpesan dia perlu berjaga-jaga dengan kelakuan dan kata-katanya sebagai artis kerana ramai yang memerhati,"

Menurut Sharifah Shahira dia tahu adiknya bergurau ketika melakukan video tersebut tetapi tidak semua orang boleh menerimanya.

"Sebenarnya dia bergurau dan melawak, malah kami adik beradik pun dah biasa dengan gurauan seperti itu. Cuma bila video itu ditonton umum ia jadi tidak sesuai, lebih lagi apabila ia ditonton oleh kanak-kanak. Saya akan terus berpesan suapaya dia beringat-ingat dengan kata-kata dan kelakuannya supaya perkara yang sama tidak berulang"
.
Tindakan memalukan itu mencetuskan kontroversi panas apabila Sharifah Sakinah dikecam pengguna di laman sosial keek itu dan YouTube sejurus kebanyakan mereka menyifatkan tindakan berkongsi pakaian dalam sebagai keterlaluan dan amat memalukan.

"Saya rasa ianya tidak perlu diperbesarkan lagi, Sharifah Sakinah pun sudah meminta maaf kepada umum dalam kenyataan media sebelum ini." - Sharifah Shahirah : Murai & Kosmo

Djdanchef harap semoga sharifah sakinah lebih berhati-hatilah lepas ni. - Gosip @djdanchef


Lihat Lagi:
Video Keek Sharifah Sakinah : Tunjuk Bebird dan Mengaku Pondan
Video Keek Sharifah Sakinah Hack Anzalna - Lipstik Merah, Spender Merah Bra Merah
- Sharifah Shahirah Mohon Semua Maafkan Sharifah Sakinah


JOM SHARE ARTIKEL INI:

1 comment:

Silakan komen djdanchef akan balas kunjungan anda.