djchef 10 Tips Dan Cara Memilih Kasut Untuk Wanita | PANAS GILER!! - DJDANCHEF

Tuesday 7 May 2013

10 Tips Dan Cara Memilih Kasut Untuk Wanita

Tips Cara Memilih Kasut Untuk Wanita|Kasut Tumit Tinggi|Kaut Online Malaysia

Kasut? Antara carta yang paling tinggi di "shopping" oleh wanita. Tapi djdanchef rasa wanita bila beli kasut tak lah lama sangat dari beli baju, beg dan seluar. Nak beli kasut pun ada tips dan juga perlu ikut untuk dipakai ke mana.

Di bawah ini ada beberapa tips yang boleh digunakan oleh para-para wanita yang ingin membeli kasut.


1. Tahukah anda, sangat afdal sekiranya beli kasut pada waktu petang atau malam sebab pada waktu ini seluruh otot kaki mengembang dan membesar sedikit.

2. Sarungkan kasut pada kedua-dua belah kaki. Pastikan kasut tidak menghimpit kaki. Berdiri tegak dan cuba jalan untuk tahu sama ada rasa selesa atau tak.

3. Pilihlah kasut yang sesuai dengan aktiviti.
4. Pilih kasut yang yang berkusyen tebal & diperbuat daripada bahan ringan bagi meminimumkan kecederaan.

5. Kalau nak cari kasut untuk aktiviti berjalan kaki atau jogging, pilih kasut yang berlapik tebal utk menahan hentakan tumit dengan tanah.

6. Pastikan tumit kaki dan jari kaki tidak terkeluar daripada saiz asal kasut.

7. Jangan pilih kasut yg dirasakan ketat. Walaupun ada yang kata lama-lama kaki akan biasa tetapi hakikatnya boleh menyebabkan kaki sakit dan melecet.

8. Kasut yang selesa adalah kasut yang diperbuat dengan cermat dan kemas, tumit tak terlalu tinggi dan mampu menampung kaki dengan stabil.

9. Jangan terlalu terpedaya dengan promosi dan tawaran kasut murah sehingga mengabaikan faktor keselesaan dan ciri-ciri kasut yang diingini.

10. Ketahui materialnya. Pastikan material tu membenarkan kaki bernafas seperti kulit.

Lepas ni bolehlah amalkan tips-tips yang djdanchef taip kat atas tu semoga kasut yang anda beli lebih selesa dan tahan lama. - Fesyen @ djdanchef


JOM SHARE ARTIKEL INI:

No comments:

Post a Comment

Silakan komen djdanchef akan balas kunjungan anda.