djchef Ending Adam Dan Hawa Episod 80 | Episode Akhir | PANAS GILER!! - DJDANCHEF

Friday 11 January 2013

Ending Adam Dan Hawa Episod 80 | Episode Akhir

Adam dan hawa episode akhir episod 80 astro mustika hd.

Drama bersiri terhangat Malaysia Adam dan Hawa lakonan Aaron Aziz dan Nadiya Nisaa baru saja berakhir pada 10 Januari 2013 hari khamis. Djdanchef sempat menonton drama episod akhir adam dan hawa ini.

Episode Akhir Drama Adam Dan Hawa

Episode ending ke 80 ni djdanchef dapat simpulkan kesemua jalan cerita adalah happy ending.

Kisah bermula dengan majlis pernikahan antara Johan dan Azie. Johan berjaya dengan sekali lafaz dan Azie kini telah menjadi isteri yang sah kepada Johan.

Beberapa hari kemudian, Ain mula menunjukkan tanda-tanda akan bersalin dan segera ditempatkan di Hospital.

Jururawat meminta seorang sahaja diantara ahli keluarga yang boleh menemani Ain. Jadi adakah mereka memilih djdanchef, tetiba.. ? Taklah akhirnya Am menawarkan diri untuk menemani isterinya.

Tiada rasa dendam dan persengketaan antara ibu johan dan ibu ain begitu juga Dee dan suaminya datang untuk melawat Ain.

Selepas beberapa jam, Ain selamat bersalin dan mendapat bayi perempuan yang sangat comel. Besar bayi mereka siap kepala pun botak licin elok jer.. Haha

Nama Anak - Arisa Nur Asyikin Binti Adam Mukhriz

Ain dan Adam bersetuju untuk nama kan bayi perempuan mereka dengan nama Arisa Nur Asyikin Binti Adam Mukhriz. Yang comelnya baby ni pandai ketawa kat kamera.

Ending Adam dan Hawa - Ain Bersyukur Dapat Suami seperti Am

Ending episod akhir diakhiri dengan Ain mengimbau kembali detik perkenalan, kemudiannya konflik yang dihadapi, seterusnya ketabahan dan kesabaran Am yang tidak berhenti untuk mendapatkan semula isterinya iaitu Ain Hawani.

Ain sangat bersyukur mendapat suami seperti Am. Akhirnya cinta Adam dan Hawa bersatu jua. Rindu djdanchef dengan drama ini. :-)

Adakah drama Sehangat Asmara yang bakal menggantikan drama Adam dan Hawa akan sehangat begini? Nantikan.

Kini dengan rasminya drama adam dan hawa episod 80 telah tamat.




JOM SHARE ARTIKEL INI:

3 comments:

  1. Nak adam dan hawa 2 pula

    ReplyDelete
  2. Sedihnya cerita adam dan hawa dah tamat, ending best :-)

    ReplyDelete
  3. Rindu dengan drama ni

    ReplyDelete

Silakan komen djdanchef akan balas kunjungan anda.