djchef Carian Keyword Tertinggi Google Malaysia DJDANCHEF - Slot 1 | PANAS GILER!! - DJDANCHEF

Tuesday 22 January 2013

Carian Keyword Tertinggi Google Malaysia DJDANCHEF - Slot 1

Carian Keyword Tertinggi Google Malaysia | Most Top Searches On Google Malaysia DJDANCHEF Slot 1
(Januari 2013 Minggu 3)

Mulai tahun 2013 ini djdanchef akan kongsikan BEBERAPA keyword atau carian tertinggi google malaysia pada setiap minggu.

Info ini adalah daripada pemerhatian djdanchef di Web google, laman ping, dan laman web yang lain.

Berikut adalah BEBERAPA:

Carian Keyword Tertinggi Di Google Malaysia Untuk Minggu Ke 3 Januari - DJDANCHEF

1. Khairul Fahmi & Leuniey

Carian berkaitan majlis perkahwinan dan gambar resepsi khairul fahmi che mat atau apex dan leuniey masih lagi segar dicari di google malaysia.

2. Dato Siti Nurhaliza Bertudung

Dato Siti Nurhaliza telah pun memulakan langkah untuk berhijab selepas meraikan Majlis Hari Jadinya yang ke 34. Tahniah djdanchef ucapkan buat dato ct.

3. Jozan Maharaja Lawak Mega

Jozan yang terdiri daripada Johan dan Zizan telah dinobatkan sebagai Juara dalam pertandingan Maharaja Lawak Mega 2012 terbitan Astro. Tahniah djdanchef ucapkan buat Jozan.

4. Patrick Teoh

Isu mengenai pelakon berbangsa cina iaitu Patrick Teoh yang pernah berlakon dalam filem Buli, Baik Punya Cilok dan Sumolah telah 'mengupdate' status dengan menghina agama Islam kerana ketidakpuashatian terhadap garis panduan 1Malaysia Sambutan Tahun Baru Cina 2013 yang dikeluarkan oleh Kerajaan Negeri Kedah.

5. Bantuan Lesen 1 Malaysia

Kerajaan baru sahaja mengumumkan Bantuan Lesen 1 Malaysia untuk membantu belia yang belum pernah mempunyai lesen. Bantuan lesen ini adalah untuk lesen B2 sahaja.

6. Liga Super Malaysia 2013

Perlawanan antara Pahang dan Selangor di Liga Super Malaysia 2013.

7. Uitm Lendu Melaka

Kisah seram dimana pelajar-pelajar di Uitm Lendu Melaka dikatakan mengalami gangguan makhlus halus, hantu dan histeria yang sangat serius sehinggakan berita tersebut tersebar luas.

8. Sharifah Zohra / Listen.. Listen..

Kontroversi antara Pengerusi Suara Wanita 1Malaysia iaitu Sharifah Zohra Jabeen dan pelajar jurusan undang-undang UUM iaitu KS Bawani telah menimbulkan fenomena listen dan klip video insiden antara mereka telah ditonton dan tersebar luas.

Daripada carian ini membolehkan kita tahu apa yang sedang atau telah berlaku diluar sana. Ada antara beberapa carian di atas yang masih segar sehingga sekarang ini.

Kepada blogger-blogger yang tidak mempunyai idea untuk membuat entri, djdanchef syorkan bolehlah buat entri berkaitan carian yang djdanchef terangkan diatas.


JOM SHARE ARTIKEL INI:

6 comments:

Silakan komen djdanchef akan balas kunjungan anda.