djchef Drama Mariam Kampung Putat Lakonan Hanis Zalikha & Aiman Hakim|Cerekarama TV3 | PANAS GILER!! - DJDANCHEF

Saturday, 24 November 2012

Drama Mariam Kampung Putat Lakonan Hanis Zalikha & Aiman Hakim|Cerekarama TV3

Sekarang sinopsis mariam kampung putat cerekarama tv3 lakonan hanis zalikha dan aiman hakim telah bersiaran di TV3 sekarang ini.

SINOPSIS MARIAM KAMPUNG PUTAT CEREKARAMA TV3

Kisah bermula dimana suatu hari ketika majlis kenduri kesyukuran diadakan di Kampung Putat, Mariam (Hanis Zalikha) secara tidak sengaja terlanggar Danial (Aiman Hakim) yang menyebabkan dulang berisi kari terkena Danial.

Selesai majlis tersebut, Mariam dimarahi dan dipukul oleh ibu tirinya, Cik Gayah Gelang Labuh dan Gaga Gebu. Sejak peristiwa itu, Mariam takut untuk keluar rumah kerana khuatir akan berjumpa dengan Danial.

Sementara itu, Danial pula ingin mengetahui lebih lanjut mengenai Mariam. Tiada seorang pun yang mengetahui tentang wanita tersebut. Danial cuba bertanya kepada Cik Gayah namum Cik Gayah menjawab tidak kenal kerana terlalu ramai pekerjanya.

Dalam masa yang sama juga Cik Gayah memperkenalkan Gaga Gebu kepada Danial untuk dijadikan calon isteri tetapi Danial tidak menyukainya. Encik Hisham pula semakin mendesak Danial untuk mencari teman hidup. Danial meminta tempoh selama tiga minggu. Siapakah yang akan di pilih oleh Danial?

BARISAN PELAKON
Antara barisan pelakon drama mariam kampung putat ini ialah Aiman Hakim Ridza, Hanis Zalikha, Azhar Sulaiman, Betty Benafe, Azad Jasmin, Bea Rameshan, dan Shukry Yahya.

Jangan lupa saksikan lakonan hanis zalikha dan aiman hakim dalam drama ini pada 24 November 2012 jam 10 malam di TV3.

LIHAT JUGA:
- OST & SINOPSIS MAAFKAN AKU CEREKARAMA TV3
- SINOPSIS DI BAWAH LANGITMU TV3



JOM SHARE ARTIKEL INI:

2 comments:

  1. cerita kat tv3 tadi ek..xtgk plk sb ayah tgk tv2..

    ReplyDelete

Silakan komen djdanchef akan balas kunjungan anda.