djchef GURU BERIJAZAH NAIK GRED DG41 TANPA TEMUDUGA | PANAS GILER!! - DJDANCHEF

Thursday 8 November 2012

GURU BERIJAZAH NAIK GRED DG41 TANPA TEMUDUGA

Guru yang mempunyai ijazah dilantik naik pangkat gred dg41 tanpa temuduga mulai tahun depan djchef.

Seremban: Guru, guru besar dan pentadbir cemerlang yang memiliki ijazah sarjana muda akan dilantik terus ke gred DG41 tanpa temu duga mulai tahun depan.

Kumpulan itu yang memperoleh ijazah melalui pengajian separuh masa atau pengajian jarak jauh (PJJ) boleh memohon terus kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran SPP untuk dikecualikan daripada ditemuduga.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata keputusan SPP itu bertujuan menyokong usaha Kementerian Pelajaran meningkatkan latihan dalam perkhidmatan kumpulan pendidik di negara ini.

“Langkah ini dibuat bagi mempercepatkan proses kenaikan gred kerana mereka terbukti cemerlang,” katanya ketika mengumumkan perkara itu dalam ucapan perasmiannya pada Persidangan Perkhidmatan Pendidikan di sini, semalam.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, SPP turut mengecualikan temu duga bagi pelantikan guru baru yang cemerlang dalam akademik dan ikhtisas dari Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) dan institusi pengajian tinggi (IPT).

Katanya, SPP mula mengenal pasti calon terbabit ketika pemilihan awal bakal guru.


JOM SHARE ARTIKEL INI:

3 comments:

  1. terima kasih kepada penambahbaikan ini...dipermudahkan urusan bagi kakitangan guru veteran..

    ReplyDelete

Silakan komen djdanchef akan balas kunjungan anda.