djchef TABASCO SAH HALAL BUKAN HARAM - JAKIM | PANAS GILER!! - DJDANCHEF

Wednesday 14 November 2012

TABASCO SAH HALAL BUKAN HARAM - JAKIM

Terkini berita djdanchef terbaca di kosmo: tabasco sah halal bukan lagi haram kerana memperolehi sijil halal dari jakim.

Produk makanan daripada jenama Tabasco sudah disahkan halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) melalui kenyataan media yang dikeluarkan oleh pengeluar, Mcllhenny Company.

Pembuatan dan kandungan sos lada pilihan terbaik ramai itu mematuhi hukum Islam dan Piawaian Halal Malaysia.

JAKIM SAHKAN STATUS HALAL TABASCO

Jakim telah mengesahkan status halal khususnya sos lada jenis Pepper Sauce, Buffalo Style Hot Sauce, Chipotle Sauce, Garlic Pepper Sauce, Green Pepper Sauce, Habanero Pepper Sauce dan juga Sweet and Spicy Pepper Sauce.

Ramuan asli Tabasco seperti cuka, lada dan garam masih dikekalkan sejak 140 tahun dahulu. Ketiga- tiga ramuan tersebut adalah dijamin 100 peratus semula jadi dan tidak mengandungi asid deoksiribonukleik (DNA) haiwan.

Tabasco adalah pilihan terbaik untuk masakan barat dan penggemar tabasco kini boleh mendapatkannya di bahagian halal semua pusat jualan runcit makanan seluruh Malaysia.

LIHAT JUGA:

- Untuk Mengetahui berita terbaru layari berita panas giler .


JOM SHARE ARTIKEL INI:

1 comment:

  1. salam..
    dulu pernah makan sos ni
    bila ada kekeliruan tentang
    halalnya..saya tak makan dah
    akhirnya baru di sahkan HALAL
    alhamdulillah..boleh la makan
    balik nanti :)

    ReplyDelete

Silakan komen djdanchef akan balas kunjungan anda.