djchef DRAMA TIARA ASTRO PRIMA ALIF AZIZ & ADIRA | PANAS GILER!! - DJDANCHEF

Sunday, 4 November 2012

DRAMA TIARA ASTRO PRIMA ALIF AZIZ & ADIRA

Sinopsis drama tiara astro prima lakonan Alif Aziz dan Adira AF8. Djchef rasa peminat-peminat dua artis popular ini pasti tertunggu-tunggu di kaca tv saluran astro prima untuk melihat artis pujaan mereka ni berlakon.

SINOPSIS DRAMA TIARA ASTRO PRIMA

Adira yang memegang watak sebagai seorang wanita muda bernama Tiara mempunyai wajah yang cantik, feminin dan energetik yang berasal dari keluarga sederhana. Sementara Kamal lakonan Alif Aziz seorang yang tampan dan baik hati seperti djchef berasal dari keluarga yang kaya. Mereka berdua belajar di kolej yang sama.

Tiara dan Kamal bertemu dan bercinta ketika belajar di kampus dan menghabiskan masa terluang bersama. Namun cinta yang dibina akhirnya berakhir tanpa diduga apabila Kamal akhirnya berkahwin dengan Suzila yang juga sekampus dengan mereka.

Lihat: Sinopsis Dendam Pencinta TV9

Perkara ini terjadi apabila adik kepada Kamal telah dihamilkan oleh Khairul yang juga kebetulan abang kepada Suzila.

DRAMA TIARA GANDINGAN ALIFF AZIZ DAN ADIRA

Akibat tidak ingin menanggung malu, Kamal bersedia untuk berkahwin dengan Suzila demi menjaga maruah adiknya yang telah dihamilkan oleh Khairul. Akibat daripada perkahwinan antara Kamal dan Suzila, Tiara patah hati dan membawa diri ke Pulau Pinang.

Di sana , Tiara bertemu dengan seorang jejaka bernama Omar dan akhirnya mereka bercinta dan mengambil keputusan untuk berkahwin.

ADIRA PERLU BEREMOSI - TIARA

Namun kebahagian Tiara berakhir dengan tragis apabila ibu mertuanya memaksa Omar untuk berkahwin dengan wanita lain akibat mereka tidak mampu untuk melahirkan zuriat. Akibat terlalu kecewa, Tiara kembali pulang ke Kuala Lumpur dan menjadi guru tadika.

Tanpa disangka anak Kamal turut berada di tadika yang sama dan ini membuatkan Kamal dan Tiara bertemu kembali.

Saksikan Aliff Aziz dan Adira af8 dalam drama tiara di astro prima hari isnin - khamis pukul 5.00 petang.

LIHAT JUGA:
SINOPSIS DRAMA TIARA ASTRO PRIMA
- LIRIK LAGU KEAJAIBAN CINTA - ALIF AZIZ & ADIRA (OST TIARA)



JOM SHARE ARTIKEL INI:

13 comments:


  1. Terimakasih informasi nya gan, sangat bermanfaat :)
    nice post :)
    ditunggu kunjungan baliknya yaah ,

    ReplyDelete
  2. Musim Drama Tiara la nampak gayanya ni....
    Heh.

    ReplyDelete
  3. dah lar si dira 2 cantik..slama ni orq kta alif aziz hensem tp kli ni bla di gandingkan dgan dira..dra lagu comel..tp aq asew jlan citer tiara ni mcm dlm novel tp novel mne ye

    ReplyDelete
  4. i tengok wayang ini untuk alif aziz je

    ReplyDelete
  5. bezz citer tiara

    ReplyDelete
  6. best bap episod pndek jak...i like...:)

    ReplyDelete
  7. Best2...xkn terlps tgok cite ni....^_^||

    ReplyDelete
  8. Syok cter ni

    ReplyDelete

Silakan komen djdanchef akan balas kunjungan anda.