djchef LEKAKI OKU MAUT DALAM KEBAKARAN DI BANGSAR | PANAS GILER!! - DJDANCHEF

Sunday 11 November 2012

LEKAKI OKU MAUT DALAM KEBAKARAN DI BANGSAR

Menerusi berita, lelaki oku maut dalam kebakaran panas rumah kedai di Bangsar.

Seorang lelaki yang kudung kedua-dua belah kaki maut selepas terperangkap dalam kebakaran membabitkan rumah kedai dua tingkat di Jalan Bangsar, di sini awal hari ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Khirudin Drahman berkata, mangsa yang berusia 30-an dan berasal dari Pantai Timur itu dipercayai pekerja bengkel motosikal yang hangus dalam kejadian tersebut.

"Berdasarkan maklumat rakan sekerja, mangsa dikenali sebagai Mohd Yaakob dan dia kudung kedua-dua belah kaki,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Bahagian bawah rumah kedai itu merupakan bengkel motosikal, manakala bahagian atas pula menempatkan 12 bilik sewa untuk golongan pekerja.

"Ketika kejadian 2.35 pagi itu penghuni bangunan sedang nyenyak tidur tetapi mereka sempat lari menyelamatkan diri,” katanya sambil memberitahu ada seorang mangsa yang terjun dari tingkat atas.

Menurutnya, bilangan sebenar penghuni belum dapat dipastikan.


JOM SHARE ARTIKEL INI:

No comments:

Post a Comment

Silakan komen djdanchef akan balas kunjungan anda.