djchef NORLIANA NAFI MEREKA CERITA KEHILANGAN KANDUNGAN SECARA MISTERI | PANAS GILER!! - DJDANCHEF

Saturday 17 November 2012

NORLIANA NAFI MEREKA CERITA KEHILANGAN KANDUNGAN SECARA MISTERI

Kalau anda semua perasan djdanchef ada post berita yang bertajuk anak kembar hilang dalam kandungan. Seorang bakal ibu bernama Norliana yang sedih apabila bayi dalam kandungannya hilang secara misteri selepas bermimpi sesuatu.

NORLIANA TIDAK BERPURA-PURA MENGANDUNG

Oleh itu, hari ini di surat khabar keluar mengenai norliana yang sedih kerana ada sesetengah pihak yang tidak mempercayainya.

- Norliana Manaf yang mendakwa kandungannya hilang secara misteri pada Isnin lalu menafikan bahawa dia menghidap pseudosiesis iaitu kehamilan palsu kerana dia mendakwa benar-benar mengandung sebelum kandungan itu 'ghaib'.

Dia tidak mereka-reka cerita mengenai kehamilan itu sebaliknya merasai sendiri pengalaman mengandung termasuk pergerakan kandungan ketika berusia lapan bulan.

TERSERAH KEPADA ORANG RAMAI PERCAYA ATAU TIDAK

Bagaimanapun katanya, terserah kepada orang ramai sama ada mahu mempercayai atau sebaliknya kerana tiada sebarang makna jika dia berbohong berhubung perkara itu.

"Saya berbelanja lebih RM500 membeli kelengkapan pakaian bayi sebagai persediaan menyambut kelahiran bayi kembar perempuan, namun sedih apabila ada pihak menyatakan kehamilan saya palsu.

"Buat apa saya berpura-pura mengandung. Selama sembilan bulan saya mengusung perut yang berat tetapi lain pula pandangan orang. Apa pun itu hak mereka, namun tetap dengan pendirian, saya memang hamil," tegas Norliana dengan kesedihan.

Djdanchef: hmm.. Kesian kat norliana. Tetapi ada yang kata pernah ada pengalaman seperti norliana ni di bahagian KOMEN berita tajuk anak kembar hilang dalam kandungan ini.

Gambar: Norliana dan suami menunjukkan barang yang telah dibeli untuk bayi kembar mereka.


JOM SHARE ARTIKEL INI:

9 comments:

  1. Kesiannya.. Harap dia dapat bersabar

    ReplyDelete
  2. Mesti ramai kata mengarut ada makhluk halus ambil anak dia

    ReplyDelete
  3. Susah nak percayai

    ReplyDelete
  4. percaya @ tidak itu terpulang ..
    tetapi kita x der hak nak mempermainkan perasaan seorang yg pernah merasa bagaimana perit mengusung bayi dlm kandungan
    .. x kena ke kita ... cuba kalau kena ke diri sendiri ! haaa macam mana ..
    benda2 macam nie mana boleh buat main2 ..
    kalau ye dia menipu punn .. kenapa nak di jadikan isu ???
    biar ajelah .. itu antara dia dan allah ..
    allah lebih mengetahui
    so kita manusia yg normal .. dengar , lihat dan cuba luahkan ikut akal fikiran dan norma2 kemanusiaan ..
    semoga normah tabah ye

    ReplyDelete
  5. xmustahil perkara ni blaku..
    cuma yg belajar sains konpem xboleh terima..

    ReplyDelete
  6. liyana ni jiran ibu saya,tiap petang saya balik kerja akan ambil anak saya di rumah ibu... betul dia mmg hamil..perut nya besar.al-maklum , bayi kembar pula... kasihan dia..
    benda ni mmg xmustahil,pernah terjadi pada arwah nenek saya.
    itu kuasa Allah..kita pon tidak dapat nak menidakkan ..
    moga liyana tabah..

    ReplyDelete
  7. doc n klnik dia ble sahkan kndungn ni btul..wallahua'lam..

    ReplyDelete
  8. lain kali... tunjukkan buku lawatan mengandung yg warna merah.... bukan brg2 baby.... kalau dah ada buku tu. xde sapa boleh pertikai... 8 bulan beb... bkn sebulan dua...

    ReplyDelete
  9. semoga liyana tabah menghadapi dugaan ini, saya sendiri penah mengalami kejadian ini sewaktu kandungan berusia 3 bulan dimana saya bermimpi kandungan saya hilang, bangun pagi terus bleeding bila check doktor tak dpt detect baby dlm kandungan..tp semua nie ketentuan tuhan takde yang mustahil bgNYA..Waulahhua'lam..

    ReplyDelete

Silakan komen djdanchef akan balas kunjungan anda.