djchef SINOPSIS DRAMA DENDAM PENCINTA TV9 SLOT RATU | PANAS GILER!! - DJDANCHEF

Saturday 3 November 2012

SINOPSIS DRAMA DENDAM PENCINTA TV9 SLOT RATU

Tonton online drama dendam pencinta tv9 slot ratu lakonan hebat pelakon baru tanah air. Djchef sempat melihat 1 episod sahaja.

SINOPSIS DENDAM PENCINTA

Drama ini mengisahkan Zul (Shah Iskandar) yang mencitai Syiela (Nadia) pada zaman kolej. Namun begitu, selepas beberapa tahun, Zul telah berkahwin dengan Mimi (Hanez) bukannya Syiela.

Syiela yang tidak berpuas hati dengan keadaan itu, datang semula kedalam hidup Zul untuk menuntut semula cintanya. Tetapi, apakah yang bakal berlaku kepada mereka? Saksikan drama dendam pencinta setiap Isnin dan Selasa pukul 8.30 malam di TV9.

EPISOD DENDAM PENCINTA TV9

Dendam Pencinta Episode 1

Permulaan cerita menjelang hari perkahwinan Zul dan Mimi.

Dendam Pencinta Episod 2

Pada hari perkahwinannya itu, Zul mula berasa paranoid apabila baju pengantinnya hilang. Mereka mencari di seluruh rumah tetapi tidak menemuinya. Akhirnya, Zul terpaksa memakai baju ganti.

Syiela sebenarnya telah mencuri baju pengantinnya itu. Syiela turut memikirkan banyak cara lain untuk menjahanamkan perkahwinan itu, namun, disebabkan kesuntukan masa, hanya itu sahaja yang mampu dilakukannya. Selepas majlis perkahwinan itu selesai, Syiela mengeluarkan baju pengantin Zul dan terus membakarnya.

Dengan terbakarnya baju pengantin itu, Syiela terkenangkan semula sejarah serupa yang menimpanya suatu ketika dahulu. Selepas diperdaya dan berpisah dengan Zul, Syiela dilanda depresi. Ibu bapanya kemudian merancang untuk mengahwinkannya dengan seorang ustaz. Ustaz yang rasa tertipu dan marah, terus membakar pakaian dan persiapan pengantin yang telah dibelanjakan setelah syiela memberitahu dia bukan anak dara lagi.

Dendam Pencinta Episod 3

Hubungan Mimie dan mentuanya, Tuan Hamdi dan Puan Kamisah amat rapat. Dan Syiela tahu, untuk menghancurkan rumah tangga mereka, hubungan ini harus digugat.

Syiela sengaja merancang beberapa insiden untuk memaksa Puan Kamisah berasa cemburu dengan hubungan rapat Mimie dan Tuan Hamdi. Rancangan itu tidak sebegitu
menjadi memandangkan Puan Kamisah amat menyayangi Mimie. Zul mula berasa tidak senang dengan kehadiran Syiela dalam keluarganya.

Dia juga berkongsi masalahnya dengan kawan baiknya, FAHMIE. Fahmie menasihatkan Zul agar menyiasat latar belakang Syiela yang sebenar daripada abangnya, Bob.

Dendam Pencinta Episode 4

Melihat keadaan keluarga yang semakin meruncing, Mimie tampil untuk membantu. Dia berbincang dengan Bob, dan dari situ, diketahui bahawa Bob sebenarnya sudah lama meninggalkan keluarga mereka akibat salah faham. Bob merasakan ibu bapanya pilih kasih dan sentiasa mendepankan Zul dalam semua keadaan.

Bob yang lebih lembap, dan kurang bijak dalam bidang perniagaan juga mempunyai keyakinan diri yang rendah. Segala-galanya berubah selepas Bob bertemu dan berkawan dengan Syiela, yang menerimanya seadanya. Selepas mendengar penjelasan Bob itu, Mimie tampil untuk menjejaki Syiela sehingga akhirnya, Syiela kembali dan berbaik semula dengan Bob.

Adik perempuan Zul yang tomboy, INTAN, semakin bosan dengan sikap Mimie yang cuba ‘menfemininkan’ dirinya. Syiela nampak peluang itu dan mula berbaik dengan Intan. Menerusi Intan, Syiela mengetahui banyak kelemahan Puan Kasimah.


JOM SHARE ARTIKEL INI:

1 comment:

Silakan komen djdanchef akan balas kunjungan anda.