djchef Review Blog 4: HERNYZAR HELMIZAN | PANAS GILER!! - DJDANCHEF

Tuesday, 19 February 2013

Review Blog 4: HERNYZAR HELMIZAN

Review Blog Blogger Hernyzar Helmizan

Hernyzar Helmizan itulah nama blog yang diberi kepada pemilik blog hernyzar-helmizan.blogspot.com atau lebih mesra dengan panggilan Sara. Sara juga merupakan peserta bertuah untuk review blog by djdanchef bagi Contest My Top Referral By Blog Bingkisan Hati.

Blog Hernyzar Helmizan adalah blog yang menceritakan tentang kehidupan, perkongsian ilmu, tetapi yang utama dan yang paling menarik adalah kisah mengenai persiapan perkahwinan.

HERNYZAR HELMIZAN

1. SESI PERKENALAN

Nama Panggilan Blogger: Ada dua penulis iaitu Sara dan Mizan

Tempat Lahir: Sara dari Kuantan Pahang. Mizan dari Tawau, Sabah

Tarikh Lahir: Sara - 01.08.19**, Mizan - 12.02.19** (tahun biar dirahsiakan ya. :)

Hobi: Sara suka shopping. biasa lah perempuan kan. tak dapat shopping window shopping pun jadi lah. lain pula dengan mizan lebih gemarkan aktiviti sukan. mizan suka sukan futsal dan dart. yang bestnya di antara kami Hernyzar Helmizan... kami suka test vokal kami.. Vokal Bukan Sekadar Rupa.. haha. apa lagi karaoke lah. dan juga suka travel. most of time kami suka Jalan Jalan Cari Makan. bila travel kami dapat timba ilmu dan pelajari sesuatu kebudayaan yang unik di setiap tempat yang kami lawati.

Warna Kegemaran: Good question. Untuk soalan ini kami sangat kontra. Sara tak suke pink. tapi dari blog macam Sara seorang pencinta pink. hakikatnya "mungkin" tidak. tetapi "mungkin" ya juga. haha. most color yang sara suka adalah warna sejuk. macam warna pastel. tap[ kalau ikut koleksi baju, kasut, handbag pink yang paling banyak. yawww~!!!

Mizan suka warna-warna kehidupan. tahu tak warna apa ? haaa.. warna hitam dan putih. hitam gelap tanpa arah. putih suci masih boleh di corak. 2 warna yang tak dapat dipisahkan. that's Mizan

Makanan/Minuman Kegemaran: Favorite food sara adalah ayam goreng bahagian peha. wajib bahagian peha. haha. di samping ayam masak merah the most favorite dan masakan mak yang tiada tandingan. minuman ? emmmm... sangat tak suke air masak. tapi kene minum jugak. boleh kata air masak susah nak telan. tapi kalau kopi.. memang terbaik. Sara is coffee addicted. sangat sangat mengilai kopi. tapi sekarang dah tak boleh minum. sebab nak consume for baby after married. kene kurang kafein so Sara might choose hot choc and ribena. enough said. hahahhaa.

Mizan lebih sukakan masakan kampung. even Mizan juga makan nasi dengan megi. percaya tak ? percaya lah. tapi bahagian ayam yang Mizan suka adalah kepak. Miza tak suke makanan atau masakan yang pelik. memang takkan sentuh pun. for example sushi. hurmmm... (^___^) Mizan favorite drink is nescafe o ais. *maybe* cause Mizan still don't know what his favorite drinks. tapi selalu pesan kat kedai mamak nescafe o ais.

Nama Blog: Hernyzar Helmizan





2. SESI SANTAI BERSAMA BLOG HERNYZAR HELMIZAN

Apakah kenangan atau peristiwa manis Sara yang boleh dikongsikan?

Dalam kehidupan kenangan manis pahit itu adalah satu lumrah. kalau takde kenangan manis pahit tu tak lengkaplah sebuah kehidupan kan? sama juga dalam dunia blogger. semua itu mengajar untuk kita jadi lebih matang. macam yang Sara kene report polis tu (jawapan kat bawah). mengajar untuk lebih berhati-hati apabila menaip atau mengeluarkan sesuatu perkara.

Macam mana pula dengan kenangan pahit? Dengar citer ada kontroversi?

Actually this blog is Sara's 2nd blog after what happened to her 1st blog (sblm berkawan dgn Mizan). dalam dunia blogger ni Sara pernah kene report dengan polis sebab dituduh mengganggu privasi blog orang lain. walhal tak de apa pun yang berlaku. dan paling kelakar person yang buat report tu tak de lah blogger tegar pun. tapi kecoh macam mak nenek. haha. citer lama. malas nak ingat. tapi rasanya itulah kenangan pahit dalam dunia blogger.

Cuba bayangkan kalau Sara diberi RM 1JUTA apa yang Sara akan buat?

1st of all kami akan selesaikan yang wajib. hutang, hutang, dan hutang. mustahil kami tak de hutang kan. haha. telus abes ni. hutang zakat. itu dikira satu hutang kan? hehe. baru sekarang nak berzakat. so zakat-zakat yang wajib dikeluarkan dahulu harus di bayar juga secara Qada'. dan selebihnya haruslah menunaikan rukun Islam ke 5. bawa parents kami ke Mekah menunaikan Haji dan Umrah. sesuatu yang sangat kami impikan dan semua orang angankan. selain dari tu haruslah menggunakan sebaiknya. 

Sabda Rasulullah bermaksud: “Sembilan per sepuluh rezeki datangnya dari perniagaan.” (Hadis riwayat Bukhari) kami akan mulakan perniagaan untuk menambah rezeki yang ada dan dengan rezeki yang didapati diagih-agikan seadil dan secukupnya kepada mereka yang memerlukan. impian dan azam yang kami tanam sekiranya suatu hari kami layak menerima saguhati sebegini :)

Kalau dapat RM1 ?

Sedekah dan zakat.




2. LATAR BELAKANG BLOG HERNYZAR HELMIZAN


Kenapa memilih nama blog Hernyzar Helmizan? Ada apa-apa rahsia?

Tiada rahsia. malah jelas maksudnya. nama kami berdua. Sarah Hernyzar dan Helmizan. cuma nama Sara di "silent"kan. haha. tinggal lah Hernyzar Helmizan. blog yang dibina untuk menulis rentetan kehidupan kami bersama. sejak pertemuan kali pertama sehingga in-sya-Allah kami mendirikan masjid dan mempunyai keluarga dan berkongsi suka duka kehidupan kami. tak ketinggalan juga persiapan perkahwinan kami dan info yang kami kongsikan mengikut pembacaan dan ilmu yang ada.

Sara ada blogger idola pilihan sendiri?

Mula berblongging tanpa pengetahuan. hanya sekadar suka-suka. orang kata syiok sendiri la. sebab tu tiada idola tapi banyak membaca dari blogger-blogger yang lebih senior dan berpengalaman.

Apa azam untuk tahun ini?

Mendirikan masjid dan membina keluarga.




3. JOM SINGGAH KE TERATAK HERNYZAR HELMIZAN

Sharing Is Sexy, Caring Is Charming :-)

Apa ucapan sara untuk blogger-blogger yang tengah membaca entri ini?

Kami Hernyzar Helmizan sangat berbesar hati menjemput sahabat blogger untuk menjengah ziarah blog humble kami dan berkongsi cerita / ilmu pengetahuan / suka duka kehidupan atau apa sahaja dengan kami. tinggalkan jejak atau komen kalian, in-sya-Allah kami pasti akan melawat kalian kembali. salam perkenalan dari kami Hernyzar Helmizan. kami tidak memaksa anda untuk mengikuti blog kami tapi jika sudi dan senang hati boleh subcribe kami melalui email juga :) happy blogging. sharing is sexy. caring is charming. dari hernyzar-helmizan.blogspot.com


JOM SHARE ARTIKEL INI:

3 comments:

  1. comey owner blog ni..

    ReplyDelete
  2. tq djdanchef review pasal my blog.. haha. malu segan dan silu.. :p

    ReplyDelete

Silakan komen djdanchef akan balas kunjungan anda.