djchef Review Blog 1: ANNYSS ALEEYA | Pink Untuk Aku | PANAS GILER!! - DJDANCHEF

Thursday, 14 February 2013

Review Blog 1: ANNYSS ALEEYA | Pink Untuk Aku

Review Blogger 1: Blog Annyss Aleeya Pink Untuk Aku | pinkuntukaku.blogspot.com

Salam semua.

Sebenarnya sudah agak lama djdanchef tangguh segmen review blogger ini. Kesian kat annyss djdanchef buli dia tunggu lama-lama. Hehe .Yang jelasnya, djdanchef ada menjadi penaja review blog untuk End Year Giveaway By Fatin Alyaa dan Annyss merupakan salah satu pemenangnya. Tahniah djdanchef ucapkan.

"hok aloh djdanchef ni, doh 3 bule segmen tu berlalu baru mu nok ucap tahnioh kat kawe?"

hihihi..

Tanpa berleter panjang, jom kita kenali Annyss yang sangat suka dengar warna merah jambu , blogger dari pinkuntukaku.blogspot.com.

ANNYSS ALEEYA | PINK UNTUK AKU

"Blogger yang giler pink"

1. SESI PERKENALAN:

Nama Sebenar: Wan Nor Anis.

Nama Panggilan Blogger: Annyss Aleeya

Tempat Kelahiran: Kelantan.

Tarikh Lahir: 28 Oktober 1991

Hobi: Melancong. kalau ade mase lapang suka melukis, buat craft or memasak.

Warna Kegemaran: Semestinya pink di hatiku. haha.

Makanan/Minuman Kegemaran: Masakan my mom. suka makanan yang manis-manis. heeee. orang kelantan, biase la kan. :D

Pelakon/Penyanyi Kegemaran: Siti Nurhaliza and abang Aaron Aziz. wahaha.

Filem/Drama Kegemaran: Titanic. and drama thailand The Princess.

Nama Blog: Annyss Aleeya

Url Blog: pinkuntukaku.blogspot.com




2. SANTAI BERSAMA ANNYSS ALEEYA


" Ingin menambah kenalan - membawa keluarga menunaikan haji "


Apakah kenangan atau peristiwa manis Annyss yang boleh dikongsikan?

Kenangan manis ye? dapat tambah kenalan. kongsi cerita. share pendapat. and join segmen yang para blogger anjurkan. ye lah, kalau sebelum nie, Anys tak ada fb, twitter or blog. sekarang dah ade blog. takdalah rase bosan sangat.

Dan Anys dah graduate. as diploma student. sekarang tengah buat degree. baru lagi dalam dunia blogging ni. takdalah pro sangat macam blogger lain. saya budak baru belajar. kehkeh.

Ada tak kenangan pahit yang sangat memahitkan?

Kenangan pahit? alhamdulillah setakat nie takda lagi. cume kalau busy. rindu sangat-sangat dekat pinkuntukaku nie. memang tak sempat nak bukak. sorry uolls. hehe.

Kalau diberi 1JUTA apa yang annyss akan buat dengan duit tu?
Kalau dapat satu juta? first bawa parents pergi haji. lepas tu bawa family travel. then lebihan duit tu maybe buat simpanan. atau melabur saham. wahaha. and buka butik sendiri. insyaallah.

Ok. Kalau diberi 1RINGGIT (RM1) sahaja apa yang nak dibuat dengan duit tu? :-)
Anys akan simpan duit tu sebagai sesuatu yang sangat berharga. walaupun tak dapat sejuta. nilaian RM1 tu tetap berharga.




3. RAHSIA BLOG ANNYSS ALEEYA


" Gabungan nama sendiri dan adik bongsu - Sangat meminati warna merah jambu - Blogger idola Fatin Liyana "

Kenapa memilih nama blog annyss aleeya dan link blog pink untuk aku? Cer citer.. cer citer?

Nama blog? Gabungan nama Anys dgn adik bongsu Anys. Aleeya Amalin. Name Aleeya tu pun Anys nak syorkan dekat parents. memang tersangat rapat dengan adik yang bongsu tu. lagi satu, pernah terjadi sesuatu yang amat teruk bagi Anys dan adik. So, Anys decide nak gabungkan name kami. hihihi


Url? Sebab Anys memang minat sangat-sangat dengan kaler pink. thats why name kan pink untuk aku. yang bermaksud. pink itu memang untuk Anys. haha. mengada je lebih. lalalala..

Setiap blogger mempunyai blogger idola masing-masing. Siapakah blogger kegemaran Annyss?
Fatin Liyana Asari !

Kenapa Fatin Liyana?

Sebab penulisannya yang santai membuatkan orang tertarik nak bace. mean, walaupun entry tu panjang, orang tetap nak bace. sebabnye? gaya penulisannya yang agak menarik. orang tak rase jemu atau bosan. lagi satu, kak fatin nie suka mengikuti fesyen terkini dan tertutup. boleh la jadi ikutan buat remaja mase kini. tak terkecuali Anys. hihihihi

Apa azam untuk tahun ini?
Azam tahun ni? nak gemukkan badan. sebab dah lame berazam tapi tak gemuk-gemuk jugak. haha. Dan insyaallah nak dapatkan dekan untuk semester ni.




4. JOM BER-PINK PINK DI BLOG ANNYSS ALEEYA




Apa ucapan Annyss untuk mereka-mereka yang sedang membaca entri ini?

Salam perkenalan buat semua pembaca dan juga blogger-blogger. Anys masih baru dalam dunia blogging ni. harap kite boleh jadi kawan? maybe. haha. and sudi-sudi lah singgah ke teratak pink kita di pinkuntukaku.blogspot.com .


Sekian terima kasih :-)


JOM SHARE ARTIKEL INI:

2 comments:

  1. suka.suka.suka sy sokong awk sokmo 'ct'

    ReplyDelete

Silakan komen djdanchef akan balas kunjungan anda.