djchef PANAS GILER!! - DJDANCHEF
Showing posts with label blogger wanita. Show all posts
Showing posts with label blogger wanita. Show all posts

Tuesday, 19 February 2013

Review Blog 4: HERNYZAR HELMIZAN

Review Blog Blogger Hernyzar Helmizan

Hernyzar Helmizan itulah nama blog yang diberi kepada pemilik blog hernyzar-helmizan.blogspot.com atau lebih mesra dengan panggilan Sara. Sara juga merupakan peserta bertuah untuk review blog by djdanchef bagi Contest My Top Referral By Blog Bingkisan Hati.

Blog Hernyzar Helmizan adalah blog yang menceritakan tentang kehidupan, perkongsian ilmu, tetapi yang utama dan yang paling menarik adalah kisah mengenai persiapan perkahwinan.

HERNYZAR HELMIZAN

1. SESI PERKENALAN

Nama Panggilan Blogger: Ada dua penulis iaitu Sara dan Mizan

Tempat Lahir: Sara dari Kuantan Pahang. Mizan dari Tawau, Sabah

Tarikh Lahir: Sara - 01.08.19**, Mizan - 12.02.19** (tahun biar dirahsiakan ya. :)

Hobi: Sara suka shopping. biasa lah perempuan kan. tak dapat shopping window shopping pun jadi lah. lain pula dengan mizan lebih gemarkan aktiviti sukan. mizan suka sukan futsal dan dart. yang bestnya di antara kami Hernyzar Helmizan... kami suka test vokal kami.. Vokal Bukan Sekadar Rupa.. haha. apa lagi karaoke lah. dan juga suka travel. most of time kami suka Jalan Jalan Cari Makan. bila travel kami dapat timba ilmu dan pelajari sesuatu kebudayaan yang unik di setiap tempat yang kami lawati.

Warna Kegemaran: Good question. Untuk soalan ini kami sangat kontra. Sara tak suke pink. tapi dari blog macam Sara seorang pencinta pink. hakikatnya "mungkin" tidak. tetapi "mungkin" ya juga. haha. most color yang sara suka adalah warna sejuk. macam warna pastel. tap[ kalau ikut koleksi baju, kasut, handbag pink yang paling banyak. yawww~!!!

Mizan suka warna-warna kehidupan. tahu tak warna apa ? haaa.. warna hitam dan putih. hitam gelap tanpa arah. putih suci masih boleh di corak. 2 warna yang tak dapat dipisahkan. that's Mizan

Makanan/Minuman Kegemaran: Favorite food sara adalah ayam goreng bahagian peha. wajib bahagian peha. haha. di samping ayam masak merah the most favorite dan masakan mak yang tiada tandingan. minuman ? emmmm... sangat tak suke air masak. tapi kene minum jugak. boleh kata air masak susah nak telan. tapi kalau kopi.. memang terbaik. Sara is coffee addicted. sangat sangat mengilai kopi. tapi sekarang dah tak boleh minum. sebab nak consume for baby after married. kene kurang kafein so Sara might choose hot choc and ribena. enough said. hahahhaa.

Mizan lebih sukakan masakan kampung. even Mizan juga makan nasi dengan megi. percaya tak ? percaya lah. tapi bahagian ayam yang Mizan suka adalah kepak. Miza tak suke makanan atau masakan yang pelik. memang takkan sentuh pun. for example sushi. hurmmm... (^___^) Mizan favorite drink is nescafe o ais. *maybe* cause Mizan still don't know what his favorite drinks. tapi selalu pesan kat kedai mamak nescafe o ais.

Nama Blog: Hernyzar Helmizan





2. SESI SANTAI BERSAMA BLOG HERNYZAR HELMIZAN

Apakah kenangan atau peristiwa manis Sara yang boleh dikongsikan?

Dalam kehidupan kenangan manis pahit itu adalah satu lumrah. kalau takde kenangan manis pahit tu tak lengkaplah sebuah kehidupan kan? sama juga dalam dunia blogger. semua itu mengajar untuk kita jadi lebih matang. macam yang Sara kene report polis tu (jawapan kat bawah). mengajar untuk lebih berhati-hati apabila menaip atau mengeluarkan sesuatu perkara.

Macam mana pula dengan kenangan pahit? Dengar citer ada kontroversi?

Actually this blog is Sara's 2nd blog after what happened to her 1st blog (sblm berkawan dgn Mizan). dalam dunia blogger ni Sara pernah kene report dengan polis sebab dituduh mengganggu privasi blog orang lain. walhal tak de apa pun yang berlaku. dan paling kelakar person yang buat report tu tak de lah blogger tegar pun. tapi kecoh macam mak nenek. haha. citer lama. malas nak ingat. tapi rasanya itulah kenangan pahit dalam dunia blogger.

Cuba bayangkan kalau Sara diberi RM 1JUTA apa yang Sara akan buat?

1st of all kami akan selesaikan yang wajib. hutang, hutang, dan hutang. mustahil kami tak de hutang kan. haha. telus abes ni. hutang zakat. itu dikira satu hutang kan? hehe. baru sekarang nak berzakat. so zakat-zakat yang wajib dikeluarkan dahulu harus di bayar juga secara Qada'. dan selebihnya haruslah menunaikan rukun Islam ke 5. bawa parents kami ke Mekah menunaikan Haji dan Umrah. sesuatu yang sangat kami impikan dan semua orang angankan. selain dari tu haruslah menggunakan sebaiknya. 

Sabda Rasulullah bermaksud: “Sembilan per sepuluh rezeki datangnya dari perniagaan.” (Hadis riwayat Bukhari) kami akan mulakan perniagaan untuk menambah rezeki yang ada dan dengan rezeki yang didapati diagih-agikan seadil dan secukupnya kepada mereka yang memerlukan. impian dan azam yang kami tanam sekiranya suatu hari kami layak menerima saguhati sebegini :)

Kalau dapat RM1 ?

Sedekah dan zakat.




2. LATAR BELAKANG BLOG HERNYZAR HELMIZAN


Kenapa memilih nama blog Hernyzar Helmizan? Ada apa-apa rahsia?

Tiada rahsia. malah jelas maksudnya. nama kami berdua. Sarah Hernyzar dan Helmizan. cuma nama Sara di "silent"kan. haha. tinggal lah Hernyzar Helmizan. blog yang dibina untuk menulis rentetan kehidupan kami bersama. sejak pertemuan kali pertama sehingga in-sya-Allah kami mendirikan masjid dan mempunyai keluarga dan berkongsi suka duka kehidupan kami. tak ketinggalan juga persiapan perkahwinan kami dan info yang kami kongsikan mengikut pembacaan dan ilmu yang ada.

Sara ada blogger idola pilihan sendiri?

Mula berblongging tanpa pengetahuan. hanya sekadar suka-suka. orang kata syiok sendiri la. sebab tu tiada idola tapi banyak membaca dari blogger-blogger yang lebih senior dan berpengalaman.

Apa azam untuk tahun ini?

Mendirikan masjid dan membina keluarga.




3. JOM SINGGAH KE TERATAK HERNYZAR HELMIZAN

Sharing Is Sexy, Caring Is Charming :-)

Apa ucapan sara untuk blogger-blogger yang tengah membaca entri ini?

Kami Hernyzar Helmizan sangat berbesar hati menjemput sahabat blogger untuk menjengah ziarah blog humble kami dan berkongsi cerita / ilmu pengetahuan / suka duka kehidupan atau apa sahaja dengan kami. tinggalkan jejak atau komen kalian, in-sya-Allah kami pasti akan melawat kalian kembali. salam perkenalan dari kami Hernyzar Helmizan. kami tidak memaksa anda untuk mengikuti blog kami tapi jika sudi dan senang hati boleh subcribe kami melalui email juga :) happy blogging. sharing is sexy. caring is charming. dari hernyzar-helmizan.blogspot.com


Baca Penuh Review Blog 4: HERNYZAR HELMIZAN

Review Blog 3: IKA JOHAN

Review Blog Blogger Ika Johan

Djdanchef ada menjadi penaja review blog untuk segmen Contest My Top Referral By Bingkisan Hati. Blog Ika Johans merupakan peserta yang terpilih untuk direview oleh djdanchef. Tahniah buat Ika Johan.

Ika Johans merupakan blogger yang sangat ceria dan sangat meminati contest dan giveaway. Kepada yang ada buat contest tu bolehlah tag ika johan ni. :-)

IKA JOHAN


1. SESI PERKENALAN

Nama Sebenar: Siti Zulaika

Nama Blogger: Ika

Asal: Batu Pahat, Johor

Tarikh Lahir: 18 ogos (tahun dirahsiakan :p)

Hobi: Blogwalking & Blogging

Warna Kegemaran: Putih

Makanan Kegemaran: Semua makanan kecuali sayur

Artis Kegemaran: G-Dragon

Drama Kegemaran: Drama korea & jepun, contohnya playful kiss, Boys over flower, Ataschinci no danshi, Ouran high school host club, Hana kimi & else (sorry, banyak sangat contoh. hehe)

Nama Blog: Ika Johan





2. SESI SANTAI BERSAMA IKA JOHAN

Apa kenangan manis Ika sepanjang berblog?
Semestinya menang giveaway dan dapat berjumpa dengan blogger famous iaitu kak mia liana. Baca Ika Johans Pemenang Hadiah Pendrive Sony 4GB

Apa kenangan pahit Ika selama berblogging ini?
Blog lama ter-auto-delete sebab salah isi borang information dekat '+you' Ohh sadisnya hidupku T.T

Kalau diberi RM 1JUTA apa yang Ika akan buat dengan duit tu?
Simpan untuk tabung masa depan, derma sedikit untuk anak yatim, sponsor giveaway. hehe

Macam mana pula kalau dapat RM1 sahaja?
Masukan je dekat dalam tabung masjid, kan lagi bagus :-)




3. KENALI IKA JOHAN

Kenapa memilih nama blog Ika Johan? Ada sejarah yang tertentu?
Tak ade rahsia/ sejarah sedikit pun. Nama tersebut cuma dipilih mengikut se-sedap hati dan se-sedap rasa je. :-)

Setiap blogger mempunyai blogger kemaran. Siapakah blogger favorite Ika?
Lyssa Faizureen, Yuyu zulaikha & Nisa kay.

Kenapa mereka menjadi idola buat Ika?
Lyssa peramah. Yuyu lawa. And Nisa was absolutely perfect. Saya 'adore' mereka ><

Apakah azam untuk tahun ini?
Budak sekolah macam saya ni takde azam. Tiap-tiap tahun malas. *Jangan dijadikan contoh ye




4. MARI TERJAH BLOG IKA JOHAN

Apa ucapan yang ika ingin berikan kepada mereka yang sedang membaca entri ini?
Jadilah blogger yang maju, jaya, bekerjaya dan selalu rajin update. Macam Lyssa, Yuyu, Nisa, Fatin liyana, dunia shida, fizgraphic, djdanchef, mia liana dan lain-lain. Jangan jadi macam saya, 'tiap-tiap tahun malas'. ish ish ish tak patut tak patut.

Jangan lupa singgah blog saya ikajohans.blogspot.com. Jangan segan segan nak follow. Jasa anda sangat dihargai :-)


Baca Penuh Review Blog 3: IKA JOHAN

Review Blog 2: CHERITE IMAN

Review Blog Blogger Cherite Iman Lah

Dah lama djdanchef peram review ni. Kesian kat blogger Cherite Iman terpaksa tunggu lama untuk djdanchef buat review. Sorry sangat-sangat. hehe

Sebelum itu, djdanchef ingin mengucapkan tahniah buat blog Cherite Iman (cheriteimanlah.blogspot.com) kerana terpilih sebagai peserta bertuah review blog by djdanchef untuk End Year Giveaway By Fatin Alyaa.

CHERITE IMAN 
CHERITEIMANLAH.BLOGSPOT.COM

Blog cherite iman mengisahkan tentang suka duka kehidupan dan pahit manis bersama sahabat sejati serta kisah-kisah sebagai seorang pelajar yang ingin berjaya. Cherite Iman juga sangat aktif dalam contest dan giveaway yang dianjurkan oleh blogger-blogger.


SANTAI BERSAMA CHERITE IMAN

Nama Sebenar: Farhana Nur Iman

Tempat Lahir: Gombak, Kuala Lumpur

Tarikh Lahir: 24 November

Blogger Idola: Lyssa Faizureen

Nama Blog: Cherite Iman



Apa azam untuk tahun baru ini?
Resolutions fot this year, I hope to get straight A's in PMR 2013 :)

Ucapan untuk rakan-rakan blogger yang sedang membaca entri ini?
I am friendly, not arrogant. So follow my blog, insyaAllah I will follow back. Jom singgah ke cheriteimanlah.blogspot.com


Baca Penuh Review Blog 2: CHERITE IMAN

Thursday, 14 February 2013

Review Blog 1: ANNYSS ALEEYA | Pink Untuk Aku

Review Blogger 1: Blog Annyss Aleeya Pink Untuk Aku | pinkuntukaku.blogspot.com

Salam semua.

Sebenarnya sudah agak lama djdanchef tangguh segmen review blogger ini. Kesian kat annyss djdanchef buli dia tunggu lama-lama. Hehe .Yang jelasnya, djdanchef ada menjadi penaja review blog untuk End Year Giveaway By Fatin Alyaa dan Annyss merupakan salah satu pemenangnya. Tahniah djdanchef ucapkan.

"hok aloh djdanchef ni, doh 3 bule segmen tu berlalu baru mu nok ucap tahnioh kat kawe?"

hihihi..

Tanpa berleter panjang, jom kita kenali Annyss yang sangat suka dengar warna merah jambu , blogger dari pinkuntukaku.blogspot.com.

ANNYSS ALEEYA | PINK UNTUK AKU

"Blogger yang giler pink"

1. SESI PERKENALAN:

Nama Sebenar: Wan Nor Anis.

Nama Panggilan Blogger: Annyss Aleeya

Tempat Kelahiran: Kelantan.

Tarikh Lahir: 28 Oktober 1991

Hobi: Melancong. kalau ade mase lapang suka melukis, buat craft or memasak.

Warna Kegemaran: Semestinya pink di hatiku. haha.

Makanan/Minuman Kegemaran: Masakan my mom. suka makanan yang manis-manis. heeee. orang kelantan, biase la kan. :D

Pelakon/Penyanyi Kegemaran: Siti Nurhaliza and abang Aaron Aziz. wahaha.

Filem/Drama Kegemaran: Titanic. and drama thailand The Princess.

Nama Blog: Annyss Aleeya

Url Blog: pinkuntukaku.blogspot.com




2. SANTAI BERSAMA ANNYSS ALEEYA


" Ingin menambah kenalan - membawa keluarga menunaikan haji "


Apakah kenangan atau peristiwa manis Annyss yang boleh dikongsikan?

Kenangan manis ye? dapat tambah kenalan. kongsi cerita. share pendapat. and join segmen yang para blogger anjurkan. ye lah, kalau sebelum nie, Anys tak ada fb, twitter or blog. sekarang dah ade blog. takdalah rase bosan sangat.

Dan Anys dah graduate. as diploma student. sekarang tengah buat degree. baru lagi dalam dunia blogging ni. takdalah pro sangat macam blogger lain. saya budak baru belajar. kehkeh.

Ada tak kenangan pahit yang sangat memahitkan?

Kenangan pahit? alhamdulillah setakat nie takda lagi. cume kalau busy. rindu sangat-sangat dekat pinkuntukaku nie. memang tak sempat nak bukak. sorry uolls. hehe.

Kalau diberi 1JUTA apa yang annyss akan buat dengan duit tu?
Kalau dapat satu juta? first bawa parents pergi haji. lepas tu bawa family travel. then lebihan duit tu maybe buat simpanan. atau melabur saham. wahaha. and buka butik sendiri. insyaallah.

Ok. Kalau diberi 1RINGGIT (RM1) sahaja apa yang nak dibuat dengan duit tu? :-)
Anys akan simpan duit tu sebagai sesuatu yang sangat berharga. walaupun tak dapat sejuta. nilaian RM1 tu tetap berharga.




3. RAHSIA BLOG ANNYSS ALEEYA


" Gabungan nama sendiri dan adik bongsu - Sangat meminati warna merah jambu - Blogger idola Fatin Liyana "

Kenapa memilih nama blog annyss aleeya dan link blog pink untuk aku? Cer citer.. cer citer?

Nama blog? Gabungan nama Anys dgn adik bongsu Anys. Aleeya Amalin. Name Aleeya tu pun Anys nak syorkan dekat parents. memang tersangat rapat dengan adik yang bongsu tu. lagi satu, pernah terjadi sesuatu yang amat teruk bagi Anys dan adik. So, Anys decide nak gabungkan name kami. hihihi


Url? Sebab Anys memang minat sangat-sangat dengan kaler pink. thats why name kan pink untuk aku. yang bermaksud. pink itu memang untuk Anys. haha. mengada je lebih. lalalala..

Setiap blogger mempunyai blogger idola masing-masing. Siapakah blogger kegemaran Annyss?
Fatin Liyana Asari !

Kenapa Fatin Liyana?

Sebab penulisannya yang santai membuatkan orang tertarik nak bace. mean, walaupun entry tu panjang, orang tetap nak bace. sebabnye? gaya penulisannya yang agak menarik. orang tak rase jemu atau bosan. lagi satu, kak fatin nie suka mengikuti fesyen terkini dan tertutup. boleh la jadi ikutan buat remaja mase kini. tak terkecuali Anys. hihihihi

Apa azam untuk tahun ini?
Azam tahun ni? nak gemukkan badan. sebab dah lame berazam tapi tak gemuk-gemuk jugak. haha. Dan insyaallah nak dapatkan dekan untuk semester ni.




4. JOM BER-PINK PINK DI BLOG ANNYSS ALEEYA




Apa ucapan Annyss untuk mereka-mereka yang sedang membaca entri ini?

Salam perkenalan buat semua pembaca dan juga blogger-blogger. Anys masih baru dalam dunia blogging ni. harap kite boleh jadi kawan? maybe. haha. and sudi-sudi lah singgah ke teratak pink kita di pinkuntukaku.blogspot.com .


Sekian terima kasih :-)


Baca Penuh Review Blog 1: ANNYSS ALEEYA | Pink Untuk Aku