djchef CARA NAIK PAGERANK DAN GOOGLE PR SUDAH UPDATE - VERSI EXPERIMENT | PANAS GILER!! - DJDANCHEF

Monday 12 November 2012

CARA NAIK PAGERANK DAN GOOGLE PR SUDAH UPDATE - VERSI EXPERIMENT

Baru tadi djchef perasan google pagerank pr sudah update untuk november 2012.

Djchef baru nak ber blogwalking ke blog-blog sekarang ni, hampir sebulan djchef tidak aktif sebab nak tumpu kepada peperiksaan di IPT.

TERPERASAN WIDGET PR

Baru beberapa blog saja djchef jenguk dan terpandang widget pr yang diletakkan di blog mereka. Djchef rasa macam ada perubahan kat widget tu sebab djchef masih ingat pagerank setiap blog yang djchef jenguk tu.

Ada blog yang pagerank naik, ada juga yang turun dan ada yang masih berada di pagerank yang sama.

KUNCI UTAMA KEKALKAN  PAGERANK - SENTIASA UPDATE BLOG ?

Ok yang ni apa yang djchef perasan kat blog-blog yang djchef rajin komen dan jenguk (silent reader).

NOTE: Djchef check blog-blog yang masih dalam kategori blog baru bukan blog otai eyriqazz, denaihati, ciktom tu semua. Djchef check blog baru maybe boleh nampak perbezaan yang ketara. Kalau blog otai mereka jarang update pun pr still maintain kan? :-)

Djchef mula check pagerank blog yang dikategorikan baru yang jenis RAJIN update, dan resultnya ramai blog mereka yang masih di pr yang sama dan ada yang naik 1 tangga dari pagerank sebelum ini. Tahniah!

Kemudian djchef mula check blog-blog yang jarang update tetapi giveaway mereka masih berlangsung sepanjang mereka dalam tempoh jarang update entry tersebut, giveaways tu memerlukan blogger2 lain memberi backlink kepada owner blog-blog tu. Jadi djchef rasa mesti pr mereka naik sebab dapat backlink tiap-tiap hari, hari2 nampak giveaway mereka kat blog sini blog sana ping sini ping sana, djchef cuba check pagerank owner blog-blog tu dan keputusannya ramai pagerank mereka jatuh walaupun masih mendapat BACKLINK setiap hari sepanjang giveaways tu. Pelik la pula?

PERSOALANNYA

Adakah tabiat SENTIASA UPDATE BLOG ENTRY adalah kunci utama MENAIKKAN pr dan MENGEKALKAN pr?

Adakah walaupun owner blog tu mendapat backlink dari blogger2 lain TIAP-TIAP hari dari hasil giveway yang dibuat sendiri owner blog tersebut, kalau jarang update entri pun boleh membuatkan pagerank blog dia JATUH? Walaupun dapat backlink tiap-tiap hari? ataupun djchef saja tersalah andaian? Hmm

Tak mengapa, djchef akan tetap meneruskan lagi experiment.

Blog djchef ni sebenarnya adalah blog untuk djchef ujikaji mengenai seo dengan hanya menggunakan blogspot dan setakat ini apa yang djchef nampak blogspot juga boleh menewaskan blog-blog platform lain dan blogspot yang mempunyai PR 0 MAMPU mendapat kedudukan entri yang tertinggi di search engine berbanding blog yang mempunyai PR4!

TETAPI... bergantung juga kepada tahap "AUTHORITY" blog persaing kita tu juga.

Ini adalah pengalaman djchef sepanjang experiment yang djchef start kaji dari JULAI 2012 yang pada masa itu memang pagerank 0.

Antara experiment yang djchef lakukan:

- Apa terjadi kepada kedudukan search engine entri yang dapat rank tinggi kalau jarang update blog. Adakah kedudukannya akan jatuh?

- Apa terjadi kepada kedudukan 1 entri tu kalau kerap ping sana sini dapat backlink sana sini. Adakah kedudukkannya akan naik atau turun?

- Apa terjadi kepada kedudukan entri blog panas giler yang CIKAI ni kalau rajin blog walking tetapi jarang update blog?

- Apa yang akan terjadi kedudukan entri kalau rajin update blog tapi TAK blogwalking.

- Apa terjadi kepada kedudukan kalau entri tu di copy paste bulat2

- Apa terjadi kepada kedudukan kalau entri tu copy paste tapi di edit sedikit

- Apa terjadi kepada kedudukan kalau entri tu di tulis dengan idea sendiri tanpa copy paste

- Apa perubahan yang berlaku kalau ping cuma 1 web saja? 4 web saja? 10 web saja?

- Apa perubahan yang berlaku kalau dapat backlink cuma 1 saja? 6 saja? dan 10 saja?

- Dan lain-lain experiment yang dianggap sebagai elemen2 kecil-kecil dan tak perlu dikaji. Tapi djchef cuba kaji juga.

Djchef akan catit semua perubahan kedudukan tu dan apa aktiviti yang djchef telah lakukan pada hari itu.

Djchef try pelan-pelan explore :-)

p/s: misi 1juta pageview sudah tercapai tapi alexa masih tak menurun pula dah walaupun visitor meningkat kena buat experiment lagi.


JOM SHARE ARTIKEL INI:

9 comments:

  1. ni pendapat saya pula pasal alexa, maybe betul maybe salah, walauapapun ini apa yg saya nmpk lah, kebanyakkan yang suka buat contest atau giveaway pasti mengharapkan peningkatan traffik mendadak dan juga peningkatan alexa yg memberangsangkan, tetapi apa yg saya lihat, alexa mereka akan secara significant meningkat baik secara mendadak tetapi selepas contest atau giveaway tamat kita akan lihat rangking alexa tidak mampu dipertahankan malah menurun kembali negatif, seolah oleh dihenjut semasa contest/giveaway dan kembali buruk semasa tamatnya sesuatu.

    Saya sendiri jarang sangat buat contest/giveaway, melakukan blogwaking secara normal/tidak keterlaluan dan maintain menghasilkan entry mampu menstabilkan kedudukkan alexa. ini apa yg saya lihat setakat ini

    ReplyDelete
  2. Nak dapatkan Google PR tinggi kena dapatkan banyak backlink dari site-site berkualiti (dan tinggi PRnya).
    Nak dapatkan banyak backlink, kena buat post yang berguna. Lagi banyak buat post sebegini lagi besar impaknya terhadap PR blog.
    Dan seperkara lagi -PR blog yang tinggi tak menjamin kedudukan yang tinggi pada search results.

    ReplyDelete
  3. Assalam..
    Tak dapat nak buat apa2 kalau pr tu nak turun atau naik..
    hanya boleh usaha keluarkan entri berkualiti sahaja yg termampu..

    ReplyDelete
  4. rajin betul buat eksperimen..ciktom buat masa ni agak mls nk eksperimen pr n alexa..kena cr blk mood ni..hehe..

    psl backlink dr contest.ga tue,..backlink tue bagus tp lebih kpd bersifat sementara..yg bagus ialah hasilkan entry berkualiti..ciktom xpakar tp tue pendapat cik tom :)

    ReplyDelete
  5. kalau ada cara untuk jadikan lebih bagus, nak juga tau. Sebenarnya tak kisah sgt dgn PR dan alexa tu, tapi kalau naik happy juga lah hehe

    ReplyDelete
  6. Saya tidak mengejar sangat PR kalau dapat saya anggap ia bonus. Menulis blog salah satu cara saya menangani stress.

    ReplyDelete
  7. alhamdulillah pr saya turun 1.ada gak antar e-mail pd google..memang ada silap saya.saya terima.tapi alexa semakin turun..alhamdulillah..

    ReplyDelete
  8. saya ni dalam kategori update blog tapi tak blogwalking, alhamdulilah.. naik satu tingkat

    ReplyDelete
  9. Alhamdulilah merasa juga pr walaupun PR1

    ReplyDelete

Silakan komen djdanchef akan balas kunjungan anda.