djchef BIODATA DR. TENGKU ASMADI BIN TENGKU MOHAMAD | PANAS GILER!! - DJDANCHEF

Friday 2 November 2012

BIODATA DR. TENGKU ASMADI BIN TENGKU MOHAMAD

Biodata pakar motivasi Dr. Haji Tengku Asmadi bin Tengku Mohamad dilahirkan pada 23 Jun 1964 di Kampung Seberang Takir, Kuala Terengganu.

Tengku Asmadi mendapat didikan awal di Sekolah Ren. Keb. Seberang Takir dan seterusnya di Sekolah Menengah Ibrahim Fikri. Pada tahun 1982 beliau telah memasuki Matrikulasi I dan II di Universiti Sains Malaysia. Pada Tahun 1984 beliau mengikuti program Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Kejuruteraan Sumber Mineral dan menamatkan pengajiannya pada Tahun 1988.

TENGKU ASMADI MELANJUTKAN PELAJARAN KE PERINGKAT LEBIH TINGGI

Setelah tamat pengajian, Dr. Haji Tengku Asmadi bin Tengku Mohamad sempat bertugas di SEDC Kuala Terengganu selama 6 bulan dibahagian geologi dan carigali dan terlibat dengan penemuan emas di Rusila pada Tahun 1989.

Setelah itu, beliau menyambung pelajarannya di University of Queensland, Brisbane, Australia pada Tahun 1989 hingga 1993 dan menerima Ph.D dalam bidang Kejuruteraan Perlombongan pada Tahun 1994 dan harap djchef dapat juga belajar ke peringkat yang lebih tinggi.

DUNIA PEKERJAAN

Pada Tahun 1994 dan 1995 beliau
berkhitmat sebagai pensyarah di Kampus Cawangan Kejuruteraan USM di Tronoh, Perak (yang kini telah diambilalih oleh Universiti Teknologi Petronas, UTP).

Pada November, 1995, beliau telah meletakkan jawatannya sebagai pensyarah universiti dan memulakan syarikat latihannya sendiri iaitu MAP Training & Consultancy Sdn. Bhd.

PENGASAS KURSUS ALIHAN PELAJAR

Dr. Haji Tengku Asmadi bin Tengku Mohamad adalah Pengasas kepada kursus Motivasi Alihan Pelajar yang telah melahirkan lebih daripada 100,000 pelajar dan menjalankan kursus hampir setiap minggu sehingga ke hari ini.

TENGKU ASMADI PUBLIC SPEAKER YANG HEBAT

Dr. Tengku asmadi juga merupakan
seorang 'Public Speaker' dan motivator yang sering diundang oleh pihak radio dan televisyen antaranya ialah TV1, TV3, TV9, NTV7, TV Bernama, Astro Awani, Astro Oasis dan TV Al-Hijrah.

Beberapa latar belakang dan biodata tengku asmadi yang dapat djchef ceritakan.




JOM SHARE ARTIKEL INI:

5 comments:

Silakan komen djdanchef akan balas kunjungan anda.