djchef Petua Cara Menghilangkan Bekas Parut Jerawat | PANAS GILER!! - DJDANCHEF

Wednesday 29 May 2013

Petua Cara Menghilangkan Bekas Parut Jerawat

Tips Petua Untuk Cara Menghilangkan Bekas Parut Jerawat Secara Alami

Jerawat! Tiada seorang pun yang inginkan jerawat berpesta dan berparti di atas muka kita. Kehadiran jerawat memang tak diundang tapi dia tetap datang tanpa rasa malu walaupun tuan muka tak jemput. Lama-kelamaan jerawat akan mengecut dan pastinya akan meninggalkan bekas parut jerawat di wajah kita dengan selamba nya.
cara menghilangkan bekas jerawat, cara hilangkan parut jerawat

Akibatnya, kita mula stress dan makin kurang keyakinan dengan adanya parut jerawat. Mulalah ke Watson, Guardian, Farmasi cari produk yang dapat hilangkan bekas jerawat ni pula. Jadi dibawah ini djdanchef nak kongsikan petua atau cara tradisional untuk hilangkan bekas parut jerawat secara alami.

Petua Menghilangkan Bekas Jerawat

1. Limau Nipis dan Asam

Campurkan air limau nipis dengan satu sudu minyak masak . Sebelum tidur, sapukan campuran tadi ke seluruh muka anda.

Kalau ada rasa pedih , itu hanyalah sementara . Esoknya , ambil beberapa keping asam gelugur atau asam keping dan rendam dalam air panas . Setelah sejuk atau suam , basuhlah muka dengan air itu . Ambil asam dan gosokkan ke seluruh muka anda. Kuatkan gosokan anda pada tempat -tempat yang berparut. Biarkan beberapa minit , kemudian basuh dengan air biasa.

2. Pucuk Jambu Batu

Ambil segenggam pucuk jambu batu dan uparkan (seperti menggulung) di tapak tangan . Kemudiannya, gosokkan ke muka hingga ke leher . Biarkan beberapa minit supaya kering di muka . Basuhlah dengan air sejuk dan bolehlah anda mandi sekiranya mahu

3. Daun Pegaga

Ambil segenggam daun pegaga dan segenggam beras. Sedikit air. Caranya kisar semua bahan sehingga menjadi halus, sapukan ke bahagian muka dengan rata sebelum tidur. Biarkan sampai keesokan harinya dan bolehlah dibasuh seperti biasa.

4. Tomato

Basuh muka dengan air suam , kemudian gosok muka dengan tomato. Biarkan ia kering sendiri . Selepas itu bilas muka anda dengan air suam.

Petua Lain:
Cara Petua Menghilangkan Bintik Hitam Di Muka dan Hidung
Petua Atasi Bayi Kembung Perut
Petua Cara Menghilangkan Sakit Gigi
Cara Mengatasi Masalah Sakit Lutut
Cara Menghilangkan Bekas Parut Jerawat

Petua dan Cara Menghilangkan Bekas Parut Jerawat- Kesihatan @djdanchef

JOM SHARE ARTIKEL INI:

16 comments:

  1. great piece of sharing... thanks for sharing...

    ReplyDelete
  2. sangat tension dengan parut jerawat,, pfftt,,,

    ReplyDelete
  3. cara yg mudahkan? kena sabar menanti hasilnya

    ReplyDelete
  4. hmm , buat ni hari hari ke apa ? tak dinyatakan laa pulaa :/

    ReplyDelete
  5. mmg berkesan guna pucuk jambu batu..tumbuk lumat dan lumur d muka. pastu gosok2 d wajah. cuma skg pyh dah nak cari pkok jambu batu.

    ReplyDelete
  6. saya pakai jel healin untuk hilangkan parut tu. Berkesan dalam 1 seminggu camtu dah takde.

    ReplyDelete
  7. xtahu nak buat cara yang mane 1,semuanye bagus...thankkk

    ReplyDelete
  8. brapa kerap nak buat petua ni kat muka? x dinyatakan gak.. buat skali trus ilang ek?? awesome !!

    ReplyDelete
  9. harap2 la dpt hilang nih jerawat .. bwt skit hati jer tgok jerawat nie ..

    ReplyDelete
  10. thanks for sharing. biasa nya berapa lama nak nmpk perubahan tu ye? cara nak amalkan nye mcm mane pula? setiap hari ke?

    ReplyDelete
  11. cara mana yg paling berkesan antara dia atas tu??

    ReplyDelete
  12. Letak cabai melaka bole hilang tak.

    ReplyDelete
  13. cara yng paling cepat yng mana ye?

    ReplyDelete
  14. Jeruk nipis nipis akan terasa perih bila ada luka, dan kurang cocok untuk kulit yg sensitif. Sebaiknya dimulai dgn buah tomat, Btw, nice sharing

    ReplyDelete

Silakan komen djdanchef akan balas kunjungan anda.