djchef JIMMY SHANLEY, SUHAILA SAH BERCERAI TEBUS TALAK RM1 | PANAS GILER!! - DJDANCHEF

Thursday 11 October 2012

JIMMY SHANLEY, SUHAILA SAH BERCERAI TEBUS TALAK RM1

Dalam berita jimmy shanley dan nursuhaila sah cerai tebus talak rm1. Dah lama djchef dengar kisah pergolakkan rumahtangga jimmy.

Selepas hampir dua tahun naik turun mahkamah berkaitan isu pergolakan rumah tangga, akhirnya pengacara Jimmy shanley dan isteri, Nursuhaila Eliani Suhaimy sah bercerai talak satu secara khuluk (tebus talak) berjumlah RM1 di Mahkamah Rendah Syariah di sini hari ini.

Jimmy atau nama sebenarnya, Jimmy Shanley Norjahan Salleh, 32, melafazkan cerai tersebut terhadap Nursuhaila, 26, dengan nada sebak di hadapan Hakim Syarie, Abd. Halim Abu Samah pada pukul 10.30 pagi ini di Mahkamah Rendah Syariah di sini.

Abd. Halim kemudian mengesahkan gugurnya talak satu bain sughro (talak yang tidak boleh rujuk kembali kepada perkahwinan asal) kali pertama selepas berpuas hati dengan lafaz ijab dan kabul oleh Jimmy serta lafaz penerimaan oleh Nursuhaila.

Semoga kedua-duanya tabah dan gosip mengenai mereka akan berakhir.


JOM SHARE ARTIKEL INI:

1 comment:

  1. Akhirnya.. ingatkan sampai ke sudah tidak akan habis sengketa mereka... semoga dapat meneruskan perjalanan dan haluan masing2... adehhh

    ReplyDelete

Silakan komen djdanchef akan balas kunjungan anda.