Sinetron Benci Jadi Cinta Astro Ria tiru drama korea My Girl. Drama Sinetron ini baru saja ditayangkan pada 1 oktober 2012 di astro ria.
Kali pertama djchef tonton sinetron benci jadi cinta ni rasa macam pernah tengok bila nia ramadhani ada masalah di dalam kapal terbang dan pura-pura pengsan disebelah tempat duduk seorang lelaki.
Scene nia ramadhani petik buah belimbing di dusun dan belimbing tu dibuat jus untuk dijual bagi membantu ayahnya membayar hutang teramat jelas nampak sinetron ini meniru drama My Girl.
SINOPSIS SINETRON BENCI JADI CINTA
Alya, adalah gadis cantik yang bekerja sebagai seorang pemandu pelancong. Raharjo, ayahnya, seorang kaki judi yang mempunyai banyak hutang.
Tapi Alya selalu sahaja cuba mencari jalan untuk melunaskan semua hutang-hutang ayahnya.
Reihan Setyawan merupakan satu-satu satunya ahli waris dari pemilik jaringan hotel terbesar di Indonesia. Tasya adalah kekasih Reihan. Dia
merupakan seorang ahli sukan badminton terkenal. Kesibukannya bertanding dari satu pertandingan ke pertandingan lain, membuat Tasya selalu melakukan perjalanan jauh ke beberapa negara. Namun cintanya yang teramat sangat pada Reihan, membuatnya kembali ke Indonesia.
BENCI JADI CINTA ADAPTASI NOVEL KOREA MY GIRL
Reihan tak sengaja terserempak dengan Alya dan membawanya ke hospital. Pada masa yang sama Reihan berdepan dgn masalah kerana perlu menlayan beberapa tetamu dari Jepun, sementara dia tidak mempunyai pegawai yang boleh berbahasa Jepun.
Ketika itulah, Reihan secara tak sengaja melihat nama Alya. Setelah
mendapat tahu kebolehan Alya berbahasa Jepun, Reihan pun menggunakan kepakaran Alya.
Hermawan (datuk pada Reihan) terlalu sangat berjumpa dengan dengan cucu perempuannya yang dikhuatiri telah meninggal. Reihan pun mula membuat perancangan untuk meminta Alya berpura-pura sebagai cucu kepada datuknya yang telah lama hilang itu. Sementara Reihan terus berusaha mencari sepupunya yang hilang itu.
Yang lebih penting,
kesihatan Hermawan semakin pulih selama kehadiran Alya. Dalam diam Alya sendiri mulai jatuh cinta pada Reihan.Tapi tanpa pengetahuan Alya, rupanya, Reihan pun jatuh cinta padanyanya. :-)
SENARAI PARA PELAKON
Antara barisan pelakon dalam sinetron benci jadi cinta ialah:
Nia Ramadhani; Alya
Jonathan Frizzy: Reihan
Fathir Mochtar; Evan
Basuki; Rahardjo (Ayah Alya)
Kaharudin Syah; Hermawan (kakek Reihan)
Ivanka Suwandi; Arini (tante Reihan)
Hj.Endang; Maya ( ibu Evan)
Donita Noni A.Ramadhani; Tasya
BENCI JADI CINTA EPISODE