djchef LEE CHONG WEI & WONG MEW CHOO KAHWIN 9 NOVEMBER | PANAS GILER!! - DJDANCHEF

Monday 22 October 2012

LEE CHONG WEI & WONG MEW CHOO KAHWIN 9 NOVEMBER

 

Teka-teki yang selama ini djchef dan semua mengenai tarikh perkahwinan pemain badminton nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei terjawab hari ini apabila beliau memilih 9 dan 10 November ini untuk menamatkan zaman bujang.

Majlis perkahwinan Chong Wei dan pasangannya, bekas ratu badminton negara, Wong Mew Choo akan diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini.

Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mua'zam Shah dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak adalah antara orang kenamaan yang dijemput.

Pengumuman mengenainya dibuat oleh abangnya, Lee Chong Hoon pada sidang media di sini semalam tanpa kehadiran Chong Wei kerana beliau sedang menyertai kejohanan Terbuka Denmark di Odense.

Semoga lee chong wei dan wong mew choo bahagia nanti.


JOM SHARE ARTIKEL INI:

1 comment:

Silakan komen djdanchef akan balas kunjungan anda.