djchef RAWATAN GURAH & MENCUCI SUARA | PANAS GILER!! - DJDANCHEF

Sunday 30 September 2012

RAWATAN GURAH & MENCUCI SUARA

Ada yang pernah dengar pasal perubatan / rawatan gurah ker? djchef baru kali pertama dengar. Sebenarnya rawatan gurah ni lebih kurang seperti rawatan resdung dan berbekam.

Kaedah rawatan ini dapat mengeluarkan semua lendir yang ada di hidung dan kerongkong supaya nafas menjadi lebih panjang dan lunak. Sampai boleh tarikh macam jackly victor atau nash tak? atau suara merdu macam emma maembong ?Hehe..

Rawatan ini turut dikenali sebagai rawatan cuci suara. Selain membersihkan hidung dan kerongkong, ia juga dapat menyelesaikan masalah resdung dan simptom kerap bersin terutamanya pada waktu pagi.

Bagi yang kerap berdengkur sampai tak 'ingat dunia kan' rawatan ini turut membantu untuk mengurangkan dengkuran bagi mendapatkan tidur yang lebih berkualiti.

BAGAIMANA RAWATAN GURAH DILAKUKAN
Ok sebenarnya kaedah rawatan ini menggunakan titisan air rebusan akar kayu terpilih dan biasanya mengambil masa selama 45 minit untuk selesai.

Pelanggan akan diminta berbaring sebelum air rebusan akar kayu dititiskan ke dalam hidung.

Dalam masa seminit, tekak pesakit akan berasa sedikit pedih sebelum dia diminta duduk dengan memegang sebuah baldi kecil.

Beberapa saat kemudian, pesakit secara automatik memuntahkan lendir berwarna putih jernih daripada hidung dan mulut. Haah!! Boleh imagine?

Bagi yang tidak pernah membuat rawatan gurah ibu kerak yang berwarna kekuningan seperti nanah dan sedikit berbau juga akan keluar
bersama.

Selepas rongga dibersihkan, lontaran suara anda akan berasa ringan serta mantap. Kaedah ini juga mampu merawat penyakit suka berkahak dan resdung yang kerap bersin pagi.

PELANGGAN GURAH
Antara pelanggan yang sering mendapatkan khidmat gurah terdiri daripada kalangan artis, qari, qariah dan bilal.

Siapa yang nak memantapkan suara mana tahu dapat nyanyi dengan baik lagu muara hati - hafiz & siti nurhaliza ? Atau ada yang nak melancarkan nafas dan merawat resdung? Boleh la cuba rawatan gurah ini.


JOM SHARE ARTIKEL INI:

7 comments:

  1. make money with CPM ads network www.nufftag.com

    ReplyDelete
  2. make money with CPM ads network www.nufftag.com

    ReplyDelete
  3. ciktom ada penyakit resdung..bgs jgk kl tau ada kt mn tmpt utk rawatan gurah ni..hee

    ReplyDelete
    Replies
    1. cik tom boleh tgk http://bekamsunnah.com/ atau call 012-3463416 utk rawatan resdung dan ghurah

      Delete
  4. Area kl kat mana nak cri tempat menawarkan khidmat gurah nii

    ReplyDelete
  5. Resdung saya kronik. Terpaksa telan pil dan spry hidung setiap hari . Saya memang mencari rawatan gurah . Keluarkan lender kahak ni

    ReplyDelete
  6. rawatan gurah di pineng ada tak?

    ReplyDelete

Silakan komen djdanchef akan balas kunjungan anda.