djchef JUALAN IPHONE CECAH 5 JUTA UNIT | PANAS GILER!! - DJDANCHEF

Tuesday 25 September 2012

JUALAN IPHONE CECAH 5 JUTA UNIT

Tajuk jualan iphone cecah 5 juta unit telah menarik mata djchef untuk membaca artikel tu lebih-lebih lagi pasal iphone 5.

NEW YORK - Gergasi elektronik Amerika Syarikat (AS), menyatakan semalam bahawa jualan iPhone 5
mencecah lima juta unit selepas telefon pintar terbaharu itu dilancarkan pada hujung minggu lalu.

Apple dalam satu kenyataan berkata, sebahagian pelanggan terpaksa menunggu untuk memiliki gajet terbaharu tersebut ekoran jumlah permintaan kini melebihi bekalan.

"Permintaan untuk iPhone 5 menakjubkan dan kami sedang berusaha keras untuk membekalkan iPhone 5 kepada setiap pelanggan kami," kata Ketua Eksekutif Apple, Tim Cook.

Menurutnya, iPhone 5 mula dijual di AS, Australia dan beberapa negara lain pada Jumaat lalu. Gajet pintar itu akan dijual di 22 buah negara pada Jumaat ini.

iPhone 5 dijual pada harga bermula daripada AS$199 (RM611) untuk model berkapasiti 16 gigabit (GB) hingga AS$399 (RM1,225) bagi versi 64GB di AS. - Agensi


JOM SHARE ARTIKEL INI:

4 comments:

  1. Ahah.. nampaknya saman menyaman telah meranakkan lagi jualan kedua-dua brand nih...

    ReplyDelete
  2. huh barang panas iphone 5 ni semua dok cari :)

    ReplyDelete
  3. murahnye......ktsane...tp bile da smpai sni rege die mlambung2..had0i...msg2 nk untung.

    ReplyDelete

Silakan komen djdanchef akan balas kunjungan anda.