djchef SINOPSIS MISS OCTOPUS TV3 | PANAS GILER!! - DJDANCHEF

Sunday 5 August 2012

SINOPSIS MISS OCTOPUS TV3

Sinopsis Miss Octopus | Miss Octopus TV3 drama ini mengisahkan persaingan dan permusuhan diantara Cik Oktober dan Asmira yang berpunca daripada sebuah insiden kecil yang berlarutan menjadi konflik besar.

Kisah bermula apabila Cik Oktober, seorang wanita berumur lingkungan 35 tahun yang juga pensyarah Asmira, sering kali mencari kesalahannya sehinggakan gadis itu hilang sabar dan mengelarkan Oktober sebagai Miss Octopus.

Persengketaa mereka menjadi semakin kelam kabut apabila pensyarah tampan, Dr Shah Reza mula mengajar di fakulti mereka.

SINOPSIS MISS OCTOPUS
Puas maknya mendesaknya berkahwin, namun dia masih belum mempunyai calon suami dan takut untuk berkahwin hinggakan pinangan yang masuk pun ditolaknya. Kawan-kawanya yang lain semua dah berkahwin dan sedang menambah lagi keluarga.

Berbeza pula dgn pelajarnya Mira(Nabila) yang sedang belajar kemaruk pula nak berkahwin tapi dihalang oleh ibunya. Mira hanya dibenarkan kahwin hanya selepas habis belajar.

Cik Oktober yang sebelum ini terkenal dengan sikap panas baran mula berubah setelah jatuh hati pada Dr Shah Reza. Sikap Cik Oktober kini tidak ubah seperti perigi mencari timba. Malahan, penampilan dan perangainya juga berubah secara mendadak sehingga
kelihatan seperti perempuan yang gedik.

Namun Dr Shah Reza tidak begitu selesa dengan sikap Miss Octopus(Cik Oktober) kerana lebih tertarik dengan Asmira yang tidak kecoh dan serius dalam pelajaran.

Serba sedikit mengenai sinopsis drama octopus tv3 lakonan rozita che wan, nabila dally dan fahrin ahmad.


JOM SHARE ARTIKEL INI:

No comments:

Post a Comment

Silakan komen djdanchef akan balas kunjungan anda.