Entri Izarah Aishah Tunggu Filem Vanila Coklat. Selepas drama vanila coklat telah menambat hati peminat Malaysia, sempena menyambut hari raya aidilfitri yang akan datang drama Vanila Coklat Raya akan menemui penonton dan dengar khabarnya Filem Vanila Coklat pula sedang dalam proses.
IZARA AISHAH PENAT MENUNGGU
Rujukan: utusan
DRAMA vanila coklat telah mempopularkan Izara Aishah kepada peminat drama TV tempatan. Bagaimanapun apabila drama berkenaan akan difilemkan oleh Asia Media Content tidak lama
lagi, peminat barangkali tidak akan melihat pelakon ini sebagai pemain watak utama.
Menurut Izara Aishah, sehingga kini tarikh penggambaran filem berkenaan telah beberapa kali tertangguh dan menyukarkan dirinya merancang jadual lebih teratur.
"Saya memang tak dapat tunggu lagi kalau mereka terus menangguhkan penggambarannya. Saya hanya akan boleh menunggu sehingga paling lewat pun akhir Ogos ini sahaja," kata Izara menyatakan duduk perkara dan meletakkan syarat.
IZARA AISHAH BERHATI-HATI MEMBUAT KEPUTUSAN
Menurut si cantik ini, jadual yang padat dan telah dipersetujui sebelum ini membuatkan dia perlu lebih berhati-hati dalam membuat sebarang keputusan.
"Bermula September ini sehingga tahun depan, jadual saya sangat padat. Hendak atau tidak, memang saya kena dahulukan perkara lain jika penggambaran filem ini masih tertangguh," katanya yang bakal terlibat dalam empat buah filem pada tahun hadapan.
Bagaimanapun menurut Izara Aishah, jauh di sudut hatinya, dia memang mengharapkan filem itu diteruskan juga.
"Orang kenal saya melalui judul itu. Sudah tentu saya mahu bersama sama apabila ia diangkat ke filem. Bagaimanapun saya perlu akur dan reda jika segalanya tidak berjalan seperti yang dirancang. Jika tidak ada kata putus lagi sehingga September nanti, saya terpaksa bersedia untuk melepaskan watak tersebut kepada orang lain," katanya, mengulangi pendirian.
IZARA AISHAH & AIMAN HAKIM RIDZA VANILA COKLAT
Mengakui jika keadaan itu terjadi, dia akan bersedih, Izara tidak mahu larut dalam permasalahan lebih serius.
"Sedih memang sedih juga sebab kami yang menaikkan nama Vanila Coklat itu sendiri. Tetapi kami tidak ada pilihan lain.
"Sebelum ini saya sendiri telah korbankan banyak perkara lain semata-mata untuk filem vanila coklat ini, tetapi kali ini agak sukar kerana saya juga perlu memikirkan komitmen dengan pihak lain juga, " kata Izara Aishah dalam nada kecewa.
Artikel Izara Aishah di dalam gosip .
No comments:
Post a Comment
Silakan komen djdanchef akan balas kunjungan anda.