djchef AINAN TASNEEM TIDAK TIRU NAJWA LATIF | PANAS GILER!! - DJDANCHEF

Tuesday 24 July 2012

AINAN TASNEEM TIDAK TIRU NAJWA LATIF

ainan tasnem tidak tiru atau klon najwa latif atau yuna . Siapa ainan tasneem ni ? Mari lihat biodata ainan tasneem .

Melihat imejnya yang bertudung dan sering bertemankan gitar sewaktu menyanyi menyebabkan pendatang baru dalam arena seni suara, Ainan Tasneem Redzuan atau mesra dipanggil Ainan disamakan seperti penyanyi Yuna ataupun Najwa Latiff.

Tambahan pula, populariti Ainan juga meningkat naik menerusi laman Youtube selepas video-video nyanyiannya dimuat naik melalui laman tersebut. Enggan dikatakan meniru gaya sesiapa, penyanyi yang
muncul dengan single pertamanya, Aku Suka Dia ini menganggap kemunculannya menyanyi bersama gitar sebagai satu kebolehan ekoran minatnya yang mendalam terhadap muzik.

Bagaimanapun, gadis berusia 20 tahun ini, tidak mahu menjadikan gitar sebagai identiti dirinya setiap kali mengadakan persembahan.

“Bermain gitar merupakan satu kebolehan yang Ainan ada, namun tidak bermakna setiap kali mengadakan persembahan Ainan akan turut bermain gitar.

“Sebenarnya, Ainan memilih untuk belajar bermain gitar kerana ia senang dibawa dan dipelajari. Tambahan pula, Ainan hanya belajar kod asas gitar sendiri melalui Youtube,” kata Ainan Tasneem yang mula mempelajari gitar pada usia 17 tahun.

Justeru itu, penuntut jurusan Kejuruteraan Bioproses dari Universiti Malaysia Perlis ini mengambil keputusan untuk belajar bermain gitar selepas didorong oleh seorang rakannya yang mencadangkan untuk mula belajar gitar dengan memainkan lagu The Only Exception dari kumpulan Paramore.

“Pada awal belajar bermain gitar, Ainan akui sedikit sukar kerana hanya bergantung melalui Youtube sahaja. Malah, sepanjang belajar jari-jari Ainan luka kerana sering memetik gitar.

“Abang Ainan pula asyik mengusik dengan mengatakan perempuan hanya hangat-hangat tahi ayam sahaja, selepas sakit-sakit pasti akan berhenti bermain. Jadi, Ainan anggap kata-kata abang sebagai cabaran untuk Ainan betul-betul pandai bermain gitar,” katanya yang mengambil masa selama dua minggu untuk mempelajari kod asas gitar.

Ainan Tasneem minat irama balada

Biarpun sering memuat naik lagu-lagu yang dinyanyikan sambil bermain gitar, namun Ainan sebenarnya lebih cenderung menggemari muzik irama balada.

Menurut anak kelahiran Kuala Lumpur ini, salah satu alasannya untuk tidak menggunakan gitar sebagai identiti diri adalah kerana dia ingin mencuba menghasilkan lagu balada.

Ainan berharap dapat menghasilkan lagu baladanya sendiri atau menerima tawaran untuk menyanyikan lagu balada kerana itu minatnya.

Berkaitan Mengenai Ainan Tasneem:
- Biodata Ainan Tasneem

ainan tasneem,gambar ainan tasneem
JOM SHARE ARTIKEL INI:

7 comments:

  1. cun giler ainan tasneem ni

    ReplyDelete
  2. orang kuala lumpur rupanya bila tengok biodata ainan tasneem .

    ReplyDelete
  3. ainan tasneem dengan najwa latiff ada kelainan masing2

    ReplyDelete
  4. comel ainan hasnem. wink2

    ReplyDelete
  5. nur dayana natasya bt rahmat8 November 2012 at 13:31

    ainan tasneem memang la comel tapi bagi aku najwa latif lagi come :)

    ReplyDelete
  6. gud luck for your future..

    ReplyDelete
  7. ainan tasnem kapan ke indonesiaa

    ReplyDelete

Silakan komen djdanchef akan balas kunjungan anda.