djchef Jangan Guna Produk Nutricia Karicare Buat Sementara Waktu | PANAS GILER!! - DJDANCHEF

Wednesday 7 August 2013

Jangan Guna Produk Nutricia Karicare Buat Sementara Waktu

Jangan Guna Produk Nutricia Karicare Buat Sementara Waktu


KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan menasihati orang ramai tidak menggunakan produk “Nutricia Karicare follow-on formula products for children from 6 months old” kerana disyaki tercemar dengan bakteria clostridium botulinum yang boleh menyebabkan keracunan makanan.

Pengarah Kanan Keselamatan dan Kualiti Makanan Kementerian Kesihatan Malaysia, Noraini Mohd. Othman berkata, pihaknya telah mengenakan tindakan Pemeriksaan Tahan, Uji dan Lepas ke atas produk itu sekiranya diimport sebagai langkah berjaga-jaga berkuatkuasa sejak semalam.

“Kami sedang membuat pengesahan berkaitan produk terlibat dan sekiranya didapati di pasaran, Kementerian Kesihatan akan mengarahkan pengimport atau pengedar untuk memanggil balik produk tersebut dari pasaran.

“Sebagai langkah berjaga-jaga, ibu bapa dan penjaga yang menggunakan produk ini
dinasihatkan tidak menggunakannya dan menggantikannya dengan jenama lain buat sementara waktu,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.

“Sekiranya pengguna merasa was-was dengan status keselamatan sesuatu produk makanan yang terdapat di pasaran tempatan, pengguna boleh memaklumkan kami melalui Pejabat Kesihatan Daerah atau Jabatan Kesihatan Negeri terdekat atau melalui laman web http://fsq.moh.gov.my,” katanya.

JOM SHARE ARTIKEL INI:

No comments:

Post a Comment

Silakan komen djdanchef akan balas kunjungan anda.