djchef DJDANCHEF.BLOGSPOT.COM TEMPAT KE-13 CABARAN SEO EYRIQAZZ VS DENAIHATI | PANAS GILER!! - DJDANCHEF

Wednesday 26 September 2012

DJDANCHEF.BLOGSPOT.COM TEMPAT KE-13 CABARAN SEO EYRIQAZZ VS DENAIHATI

Kelmarin telah pun keluar keputusan pemenang cabaran SEO Eyriqazz vs Denaihati, cabaran yang bagi djchef adalah cabaran yang sangat mencabar dan saigan yang amat sengit.

Walaupun menjadi pemenang di tempat ke 13 ini merupakan pencapaian yang terbaik bagi djchef kerana djchef masih lagi NEWBIE bab-bab SEO dan FIRST TIME sertai contest berkaitan SEO ni.

Dan djchef dapat berada di tempat ke 13 daripada 124 peserta yang rata-ratanya mempunyai PAGERANK 2, 3 dan 4 berbanding djchef yang baru saje dapat PR1 yang diberikan oleh google bulan lepas.

IMPAK SEO BUAT BLOG djdanchef.blogspot.com DAPAT 1000-3000 PELAWAT (UV) SETIAP HARI !!

Sekarang baru djchef tahu kelebihan seo ni, sebelum ni djchef tak tahu pun seo ni ape benda? CEO syarikat ke? Memang pening juga first time nak faham sampai sekarang pun djchef masih lagi tak faham beberapa part SEO ni, djchef still rasa masih lagi newbie sebabnya djchef mula aktif dan mula belajar pasal seo JULAI 2012.

Ada yang nampak blog djchef ni nampak sunyi ja, tak banyak komen pun, tak nampak macam ramai pelawat pun, layout pun biasa-biasa ja, followers pun baru 100 lebih.. hehe

Djchef pun perasan juga tu semua tapi djchef malas pula nak design2 ni..hehe dan sebenarnya blog djchef mendapatkan pelawat paling MINIMUM 1000 LEBIH pelawat setiap hari dan SELALU mencecah 2000 LEBIH dan KADANG-KADANG 3000 LEBIH pelawat setiap hari dan rata-rata pelawat yang datang adalah dari search engine google, yahoo, bing dan ask tu yang nampak sunyi sikit sebab pelawat yang datang dari search engine jarang tinggalkan komen di blog.

Sorry tak da screen shot statistik, nanti djchef akan buat satu lagi entri pasal statistik blog djchef ni.

Cuma djchef masih lagi dok buat uji kaji pasal seo ni dan pada masa yang sama djchef confuse bahagian mana yang sudah djchef apply teknik seo ni.

PENING DAN CONFUSE DENGAN SEO !!!

Kadang-kadang djchef buat 1 artikel tu dapat rank tinggi, kemudian djchef buat lagi artikel kedua guna teknik yang sama tapi tak dapat rank pula.. Confused!

Kadang-kadang djchef buat 1 artikel siap promote sana sini ok dah dapat rank, pastu artikel ke-2 guna teknik yang sama promote sana-sini tapi tak rank pula macam artikel pertama.. Haahh pening!

Tu yang djchef masih lagi rasa djchef ni newbie dan masih lagi proses uji kaji pasal seo yang mengelirukan djchef ni.

Apa-apa pun djchef nak ucapkan tahniah buat pemenang cabaran seo ni dan tak sabar nak tunggu pemenang top 5 kongsikan rahsia mereka.

Dan nak LIHAT JUGA pemenang TOP 5 tu ada tak yang kongsikan teknik SEPENUHNYA yang diorang praktikkan selama ini sebab djchef ada perasan beberapa teknik diorang lakukan sepanjang cabaran tu

Dan tak pasti sama ada diorang juga turut akan kongsikan teknik yang djchef perasan tu untuk dimuatkan dalam entri reveal rahsia kejayaan diorang yang diminta oleh bro Eyriqazz.


JOM SHARE ARTIKEL INI:

10 comments:

  1. tahniah bro..memang hebat nie..:)

    ReplyDelete
  2. Tahniah kerana berjaya menjadi salah seorang pemenang Contest SEo Eyriqazz Vs Denaihati... Saya ada kongsikan beberapa strategi yang telah saya gunakan untuk menjadi salah seorang pemenang top 5 Contest SEO Eyriqazz Vs Denaihati.. Diharap info ini dapat memberi manfaat kepada kita bersama.. TQ..

    ReplyDelete
  3. tahniah diantara pemenang contest seo Eyriqazz vs Denaihati... semoga trafik dan rank blog akan terus naik lepas ni :)

    ReplyDelete
  4. tahniah bro, semoga trafik blog terus naik lepas ni

    ReplyDelete
  5. dpt tpt ke-13 pun dah cukup hebat

    ReplyDelete
  6. dapat tempat ke 13 kira dah bagus tuh..
    tahniah..

    ReplyDelete
  7. wah tahniah bro. dah kira ok juga tu. bukan senang

    ReplyDelete

Silakan komen djdanchef akan balas kunjungan anda.