djchef PANAS GILER!! - DJDANCHEF
Showing posts with label Izara Aishah. Show all posts
Showing posts with label Izara Aishah. Show all posts

Thursday, 23 August 2012

DOWNLOAD TONTON TELEMOVIE VANILA COKLAT RAYA TV3

Download tonton watch telemovie vanila coklat raya tv3 | Telemovie vanila coklat raya mendapat rating yang sangat tertinggi baru-baru ini.

Lakonan Izara Aishah dan Aiman Hakim telah mencuit hati para penonton terutama sekali bagi para penonton remaja.

DOWNLOAD TELEMOVIE VANILA COKLAT RAYA

Atas permintaan ramai, anda boleh men download telemovie vanila coklat raya tetapi link tersebut tidak pasti dapat bertahan beberapa minggu. Jadi download cepat-cepat di link download berikut.

>> download <

Credict : kepalabergetar

Baca Juga:
- Telemovie Vanila Coklat Raya Pertama TV3 (10,000 page views)

Baca Penuh DOWNLOAD TONTON TELEMOVIE VANILA COKLAT RAYA TV3

Thursday, 16 August 2012

TELEMOVIE VANILA COKLAT RAYA PERTAMA TV3

Sinopsis drama telemovie vanila coklat raya tv3 raya pertama.

Vanila Coklat kembali lagi khas untuk peminat-peminat yang meminati drama tersebut di tv3 suatu ketika dahulu. Dan kini drama ini akan ditayangkan sempena menyambut hari raya syawal yang bakal tiba iaitu telemovie vanila coklat raya.

SINOPSIS TELEMOVIE VANILA COKLAT RAYA TV3
Telemovie ini akan ditayangkan pada hari raya pertama, jam 9 malam di tv3.

Zara dan Aamir bergaduh lagi selepas pulang dari bulan madu mereka yang ketiga kerana persoalan yang ditimbulkan Aamir kepada Zara mengenai keengganan Zara untuk mengandung.

Zara belum bersedia dan merajuk kerana dia merasakan Aamir tidak faham akan keadaannya. Perubahan sikap Aamir telah menimbulkan kesangsian rakan-rakan Izara bahawa Aamir ada teman wanita lain.

Mereka mencadangkan Zara untuk mengubah penampilan diri daripada seorang yang kasar kepada lemah lembut. Kesibukan Aamir yang sedang menjalankan latihan pratikal di sebuah majalah sebagai jurufoto telah mengabaikan Zara dan memberi peluang kepada Kamal untuk menambat semula hati Zara.

Pada masa yang sama, Liya muncul secara tiba-tiba dan secara kebetulan dia menjadi model sambilan untuk majalah yang Aamir berkerja.

WAKTU & BARISAN PELAKON VANILA COKLAT RAYA
Berikut merupakan waktu dan para pelakon dalam telemovie ini:
Waktu: 9 malam
Hari   : Raya Pertama
Saluran: TV3

Barisan pelakon:
Izara Aishah, Aiman Hakim Redza, Nabila Daly (Bella Dally) dan Iqram Dinzly.

GAMBAR BEHIND THE SCENE TELEMOVIE VANILA COKLAT RAYA TV3

vanila coklat raya
vanila coklat raya
vanila coklat raya

Dengar gosip drama ini akan difilemkan. JOM LIHAT
- Izara Aishah Tunggu Vanila Coklat difilemkan

Untuk berita gosip artis malaysia terkini yang panas giler! Jom terjah disini gosip .



Baca Penuh TELEMOVIE VANILA COKLAT RAYA PERTAMA TV3

Saturday, 4 August 2012

IZARA AISHAH TUNGGU VANILA COKLAT DIFILEMKAN: GOSIP ARTIS

Entri Izarah Aishah Tunggu Filem Vanila Coklat. Selepas drama vanila coklat telah menambat hati peminat Malaysia, sempena menyambut hari raya aidilfitri yang akan datang drama Vanila Coklat Raya akan menemui penonton dan dengar khabarnya Filem Vanila Coklat pula sedang dalam proses.

IZARA AISHAH PENAT MENUNGGU
Rujukan: utusan

DRAMA vanila coklat telah mempopularkan Izara Aishah kepada peminat drama TV tempatan. Bagaimanapun apabila drama berkenaan akan difilemkan oleh Asia Media Content tidak lama
lagi, peminat barangkali tidak akan melihat pelakon ini sebagai pemain watak utama.

Menurut Izara Aishah, sehingga kini tarikh penggambaran filem berkenaan telah beberapa kali tertangguh dan menyukarkan dirinya merancang jadual lebih teratur.

"Saya memang tak dapat tunggu lagi kalau mereka terus menangguhkan penggambarannya. Saya hanya akan boleh menunggu sehingga paling lewat pun akhir Ogos ini sahaja," kata Izara menyatakan duduk perkara dan meletakkan syarat.

izara aishah, vanila coklat

IZARA AISHAH BERHATI-HATI MEMBUAT KEPUTUSAN
Menurut si cantik ini, jadual yang padat dan telah dipersetujui sebelum ini membuatkan dia perlu lebih berhati-hati dalam membuat sebarang keputusan.

"Bermula September ini sehingga tahun depan, jadual saya sangat padat. Hendak atau tidak, memang saya kena dahulukan perkara lain jika penggambaran filem ini masih tertangguh," katanya yang bakal terlibat dalam empat buah filem pada tahun hadapan.

Bagaimanapun menurut Izara Aishah, jauh di sudut hatinya, dia memang mengharapkan filem itu diteruskan juga.

"Orang kenal saya melalui judul itu. Sudah tentu saya mahu bersama sama apabila ia diangkat ke filem. Bagaimanapun saya perlu akur dan reda jika segalanya tidak berjalan seperti yang dirancang. Jika tidak ada kata putus lagi sehingga September nanti, saya terpaksa bersedia untuk melepaskan watak tersebut kepada orang lain," katanya, mengulangi pendirian.

izara aishah, vanila coklat

IZARA AISHAH & AIMAN HAKIM RIDZA VANILA COKLAT
Mengakui jika keadaan itu terjadi, dia akan bersedih, Izara tidak mahu larut dalam permasalahan lebih serius.

"Sedih memang sedih juga sebab kami yang menaikkan nama Vanila Coklat itu sendiri. Tetapi kami tidak ada pilihan lain.

"Sebelum ini saya sendiri telah korbankan banyak perkara lain semata-mata untuk filem vanila coklat ini, tetapi kali ini agak sukar kerana saya juga perlu memikirkan komitmen dengan pihak lain juga, " kata Izara Aishah dalam nada kecewa.

Artikel Izara Aishah di dalam gosip .


izara aishah, vanila coklat
Baca Penuh IZARA AISHAH TUNGGU VANILA COKLAT DIFILEMKAN: GOSIP ARTIS