djchef Kim Soo Hyun My Love Man From The Star Sumbang RM6.4 Juta | PANAS GILER!! - DJDANCHEF

Monday 14 April 2014

Kim Soo Hyun My Love Man From The Star Sumbang RM6.4 Juta

PELAKON Korea Selatan, Kim Soo Hyun baru-baru ini telah menyumbangkan kira-kira  RM6.4 juta bagi membantu golongan kanak-kanak di China.


Menurut laporan portal Soompi, Bintang filem My Love Man From Star itu pada Selasa lalu telah menghadiri sebuah pembukaan majlis amal persembahan fesyen jenama Gucci di Beijing dan telah menyumbangkan wang tersebut kepada yayasan pertama di China, Yayasan Anak dan Remaja China (CCTF).

Tujuan sumbangan itu diberikan adalah untuk membantu meningkatkan kualiti hidup kanak-kanak dengan merawat fizikal dan mental sebagai persediaan bagi mendapat IQ yang lebih bijak.

"Saya ingin membalas sedikit jasa peminat-peminat dan menerusi sumbangan ini sekurang-kurangnya kita dapat melahirkan generasi muda yang bijak pandai," katanya.

Difahamkan seramai 1,200 kanak-kanak tidak mempunyai penaja dalam program tersebut.
JOM SHARE ARTIKEL INI:

No comments:

Post a Comment

Silakan komen djdanchef akan balas kunjungan anda.