djchef FILEM TANDA PUTERA TAYANG DI UITM 8 NOVEMBER | PANAS GILER!! - DJDANCHEF

Wednesday 24 October 2012

FILEM TANDA PUTERA TAYANG DI UITM 8 NOVEMBER

Filem Tanda Putera arahan
Datin Paduka Suhaimi Baba akan ditayangkan di Universiti Teknologi Mara (UiTM) sempena Malam Promosi Filem 2012 pada 8 November ini.

djchef difahamkan Tayangannya dianjurkan oleh pelajar Fakulti Filem, Teater dan Animasi UiTM dengan kerjasama pengeluar filem Pesona Picture Sdn Bhd di Dewan Sri Budiman mulai pukul 6 petang hingga 11 malam.

FILEM PATRIOTIK

Filem tanda putera tersebut mengisahkan peranan bekas Perdana Menteri, Tun Abdul Razak Hussein dan timbalannya, Tun Dr Ismail Abdul Rahman memulihkan negara selepas rusuhan kaum 13 Mei 1969.

CABUTAN BERTUAH BUAT PENONTON

Menurut kenyataan UiTM, pelbagai acara sampingan akan turut diadakan sempena tayangan itu seperti cabutan bertuah untuk penonton dengan hadiah utama berupa empat buah telefon bimbit serta sesi tandatangan bersama barisan pelakon dan persembahan daripada para pelajar fakulti itu.

Semoga filem tanda putera ini membuahkan kejayaan dan menjadi filem yang panas giler.


JOM SHARE ARTIKEL INI:

3 comments:

  1. Ingatkan student uitm yg wat citer ni

    ReplyDelete
  2. Yeahh bakal ditayangkan di uitm

    ReplyDelete
  3. Harap filem tanda putera ni bez dari 29 februari

    ReplyDelete

Silakan komen djdanchef akan balas kunjungan anda.