MOMO Awards Anugerah Grammy Untuk Pemuzik Islam
Los Angeles – Kita selalu mendengar mengenai anugerah Grammy, BRIT, VMA dan MOBO, tapi kali ini ada anugerah baru akan diwujudkan iaitu Anugerah Media dan Muzik Islam 2013 (MOMO). Anugerah itu bertujuan mengangkat kejayaan karyawan, penghibur, artis dan profesional media Islam untuk tahun ini
.
MOMO dilancarkan oleh Akademi GNA, iaitu sebuah syarikat yang berpengkalan di Britain, dan majlis penganugerahan itu akan diadakan di Manchester pada penghujung tahun ini. Setakat ini beberapa pencalonan telah diterima dan ia terbuka untuk seluruh dunia. Antara kategori yang dipertandingkan ialah Muzik Nasyid terbaik, Persembahan TV Islam terbaik dan penyampai Islam terbaik.
Setakat ini mereka yang dicalonkan untuk MOMO ialah Maher Zain dan penyanyi kelahiran Afrika Selatan, Zain Bhikha, untuk kategori penyanyi artis solo antarabangsa terbaik. Manakala kumpulan nasyid dari Denmark, Outlandish dicalonkan untuk kategori nasyid terbaik.
Projek ini adalah hasil usaha Esharat Nasar-Ahmed yang mahu memberi peluang kepada kumpulan muzik Islam untuk menunjukkan bakat mereka.
“Ia memberikan inspirasi kepada saya untuk mewujudkan MOMO dalam usaha mencipta platform yang akan membawa umat Islam ke depan. Bukan untuk merayakannya, sebaliknya memberikan kesedaran mengenai sumbangan umat Islam dalam sejarah,’’ katanya.
JOM SHARE ARTIKEL INI:
No comments:
Post a Comment
Silakan komen djdanchef akan balas kunjungan anda.