Maixara Jelaskan Produk Maixara C Sential Dirampas KKM Jakim Halal Haram
Produk yang melantik Diana Rafar sebagai duta ini sememangnya sedang laris di pasaran. Hari ini, Maixara mengeluarkan kenyataan di laman Facebook mereka untuk menerangkan perkara sebenar. Menurut kenyataan mereka:
"Assalam,
Ada sedikit salah faham didalam akhbar hari ini. Hanya produk Maixara C-Sential diambil oleh KKM yang dibuat ujikaji. Ini kerana KKM baru mengeluarkan pekeliling semua produk mengandungi Glutathione adalah sebagai suplemen dan bukan makanan tambahan.
Sekejap lagi HQ akan upload pic salinan uji kaji lab test yang telah dibuat utk rujukan. Tiada isu ttg pengilangan kerana kilang kami dlm proses utk GMP.
Sebelum ini produk MCS dikategorikan sbg makanan tambahan dan tidak perlukan MAL No drpd KKM. Tp sejak akhir jun lalu pekeliling KKM telah menukar semua produk ada glutathione dikira sbg suplemen dan bukan lagi makanan tambahan.
Jadi selepas ini semua produk termasuk minuman yg ada glutathione akan dikategorikan sbg suplemen dan bukan lagi makanan tambahan.
KKM juga mengatakan ada org pengadu ttg hal ini. Itu sebab mereka dtg mengambil Maixara C Sential (MCS) utk buat Lab test. Maybe si pengadu berniat menjatuhkan kerana turut melibatkan Butik dan Restoran milik Pn Ainna. Wallahuallam."
Isu produk maixara c-sential ini telah pun dijelaskan.
No comments:
Post a Comment
Silakan komen djdanchef akan balas kunjungan anda.