djchef PANAS GILER!! - DJDANCHEF
Showing posts with label Pelik. Show all posts
Showing posts with label Pelik. Show all posts

Wednesday, 23 July 2014

Nenek 62 Tahun Kahwin Dengan Budak 9 Tahun

Seorang wanita berusia 62 tahun, yang boleh digelar nenek bergelar isteri kepada suaminya yang baru berusia sembilan tahun!
Wanita warga emas tersebut, Helen Shabangu yang berasal dari Afrika Selatan dan suaminya, Saneie Masilela sebenarnya sudah bernikah tahun lalu, kali ini mereka mengadakan majlis bagi memperbaharui ikrar perkahwinan.
Majlis tersebut berlangsung di rumah pengantin perempuan di Ximhungwe di hadapan 100 tetamu yang hadir.
Tahun lalu perkahwinan mereka mencetuskan kontroversi di kalangan penduduk kampung, namun pengantin lelaki mempertahankan penyatuan mereka kerana mendapat mimpi daripada nenek moyangnya supaya berkahwin dengan wanita yang kini sudah genap setahun bergelar isterinya. -MYNEWSHUB.MY

wed

wed1

wed3
wed4

Baca Penuh Nenek 62 Tahun Kahwin Dengan Budak 9 Tahun

Friday, 15 November 2013

VIDEO: Bukti Wujudnya Ikan Duyung Di Greenland? SERAM!

Ikan duyung selama ini dianggap sebagai cerita dongeng untuk kanak-kanak atau sekadar lagenda terutama di Eropah.
Namun, sejak dua tahun lalu, dunia barat kecoh dari semasa ke semasa bahawa spesis itu mungkin wujud di pantai Eropah dan Greenland serta bukan sekadar hidupan imiginasi.
Semuanya bermula gara-gara dokumentari oleh Animal Planet pada Mei 2012 bertajuk“Mermaids: The Body Found”.
Dokumentari itu menarik 3.6 juta penonton, tertinggi dalam sejarah rangkaian Animal Planet.
Kemudian, pada Mei lalu, rangkaian itu muncul pula dengan sambungan “Mermaids: The New Evidence” .
Eropah dan dunia barat yang lain kecoh selepas kemunculan dokumentari pertama dan kedua itu.
Keyakinan masyarakat barat terhadap kewujudan ikan duyung menjadi begitu keterlaluan sehingga Jabatan Pentadbiran Lautan dan Atmosfera Kebangsaan Amerika Syarikat terpaksa mengeluarkan kenyataan menafikan kewujudan haiwan tersebut.
Ini berikutan badan berkenaan menerima terlalu banyak surat dan pertanyaan yang meminta jabatan itu mengeluarkan lebih banyak bukti berhubung kewujudan haiwan berkenaan.
Dokumentari itu sendiri dianggap sebagai penipuan oleh sesetangah pihak.
Namun penafian tersebut tidak diterima sebahagian pihak lain terutama apabila video kedua itu turut memuatkan kehadiran seorang bekas pegawai daripada Jabatan Pentadbiran Lautan dan Atmosfera Kebangsaan Amerika Syarikat.
Melalui dokumentari “Mermaids: The New Evidence”, bukti terbaru mengenai kewujudan ikan duyung diperoleh pada 6 Mac lepas di perairan Greenland pada kedalaman 3000 kaki di bawah paras laut.
Dua orang saintis yang menaiki sebuah kapal selam menemui spesis itu apabila ia berenang berhampiran kapal selam mereka dan bertindak menyentuh cermin kapal itu.
Ketika itu salah seorang daripada mereka yang berada di dalam kapal selam itu ialah Bekas Pakar Biologi Marin Jabatan Pentadbiran Lautan dan Atmosfera Kebangsaan Amerika Syarikat, Dr Paul Robertson.
Video penemuan terbaru itu ditonton berjuta orang di laman YouTube dan siaran televisyennya juga di seluruh dunia melalui stesen Animal Planet mendapat sambutan menakjubkan.
Bagaimanapun, daripada bukti itu jika ia benar, maka Ikan Duyung tidaklah cantik seperti yang digambarkan dalam watak kartun Little Mermaid terbitan Disney tetapi rupanya seperti tengkorak dengan tangan yang mempunyai sirip ikan.
Ekoran penemuan itu, pihak pentadbiran Greenland kini dikatakan telah menghentikan semua lesen carigali minyak di perairannya kemungkinan untuk menyiasat lebih lanjut mengenai habitat spesis itu.
Sebelum bukti video berkenaan, beberapa bukti video menunjukkan haiwan seperti ikan dengan rupa bentuk yang sama turut dilaporkan sekitar kawasan Greenland.
Ini menjadikan Greenland bukan sekadar satu sudut dunia yang unik, tetapi juga misteri. Ia secara berterusan menjadi perhatian banyak pihak atas sebab-sebab yang berlainan.
Dengan kisah ikan duyung masih popular di Greenland dan masih dalam konteks yang hampir sama, sekumpulan 12 orang rakyat Malaysia termasuk tiga orang wanita akan berjalan kaki dalam satu program yang dinamakan Ekspedisi Greenland 2014 anjuran Kelab Eksplorasi Tujuh Benua Malaysia (KE7B) dengan tajaan Felda.
Penasihat KE7B, Datuk Akmar Hisham Mokhles (gambar) berkata, perancangan asal ialah untuk membawa hanya tujuh orang namun mengikut perancangan terkini, jumlah peserta ditambah.
Akmar_hisham_mokhles_picture
“Ekspedisi ini ialah satu penjelajahan yang akan mengambil masa antara 30 hingga 35 hari melibatkan perjalanan sejauh 530km merentas bahagian tengah dan Selatan Greenland,” kata beliau kepada Mynewshub.my hari ini.
Menurut Akmar Hisham, ekspidisi itu adalah ekspedisi pertama merentasi Greenland melibatkan rakyat Malaysia dan ia membabitkan kumpulan terbesar setakat ini dari mana-mana negara pun.
Ekspedisi ekstrem itu diadakan untuk menunjukkan pada dunia rakyat Malaysia boleh menyahut apa sahaja cabaran di mana-mana pelusuk dunia pun tidak mahu negara Malaysia hanya dianggap sebagai ‘Jaguh Kampung’, katanya.
“Biasanya orang akan melakukan ekspedisi secara solo tetapi kali ini kita libatkan secara kumpulan. Apa yang menarik, ialah cabaran ini akan dianggap sebagai satu cabaran yang ekstrem kerana perjalanan mereka akan melibatkan laluan dengan suhu serendah -40°C hingga 45°C.
“Pada masa sama mereka perlu menarik luncur salji mereka sendiri yang mengandungi peralatan asas peserta sepanjang ekspedisi dengan berat sekitar 70 hingga 80kg sehari,” katanya.
Beliau berkata perjalanan itu nanti juga tidak mudah dan berliku kerana ia turut melibatkan pendakian kawasan tinggi.
Menjelang hujung tahun ini KE7B akan dapat senarai akhir seramai 10 orang penjelajah terbaik bersama dua orang jurulatih yang akan mengikuti ekspedisi itu, kata Akmar Hisham.
“Pada masa ini, kita ada 26 pelatih yang mengikuti latihan dan kita akan membawa 15 orang terbaik ke New Zealand untuk latihan penyesuaian selama dua minggu pada hujung tahun ini atau awal tahun depan serta mencari 10 orang termasuk tiga wanita,” katanya.
Menurut beliau yang juga merupakan Penasihat Ekspedisi Greenland 2014 peserta dipilih daripada pelbagai latar belakang. Ada yang dipilih dari tentera, polis, kakitangan awam, swasta dan pelajar.
Adakah mereka bakal menemui ikan duyung juga di sana?
“Rasanya tidak kot, kerana kami ikut laluan daratan,” kata beliau sambil tersenyum.
Eropah Gempar Dengan Bukti Penemuan Ikan Duyung… Dan Ekspedisi Greenland 2014http://mynewshub.my/wp-content/uploads/2013/11/mermaid.jpghttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/2013/11/mermaid-150x150.jpgMyNewsHubmyHangatUtamaikan duyung
MyNewsHubMyNewsHubrhad76@yahoo.comAdministratormyNewshub

Baca Penuh VIDEO: Bukti Wujudnya Ikan Duyung Di Greenland? SERAM!

Thursday, 14 November 2013

VIDEO: Kucing Pandai Cakap HELLO

Sekiranya kita terdengar kucing pandai bercakap, sedikit sebanyak perasaan seram pasti menguasai diri.

Namun apabila kucing dalam video ini menyebut ‘hello’ apabla diminta oleh tuannya, ia kedengaran comel.

Malah kucing itu seperti benar-benar memahami permintaan tuannya apabila menunggu tuannya menghabiskan ayat sebelum menyebut ‘hello’ dengan suara persis kanak-kanak.

Saksikan video ini dan anda pasti terkejut mendengar jelasnya bunyi ‘hello’ yang diucapkan oleh kucing tersebut.

Mungkin selepas ini anda boleh cuba untuk melatih kucing milik anda pula.

Baca Penuh VIDEO: Kucing Pandai Cakap HELLO

Tuesday, 27 August 2013

Tinggal dibawah pokok sejak 10 Tahun

Riyadh – Seorang lelaki Saudi tinggal di bawah sebatang pokok sejak 10 tahun lalu.
Akhbar melaporkan, penduduk di daerah Milz di bandar raya Riyadh menganggap lelaki itu misteri kerana dia tidak bergaul dengan penduduk tempatan dan jarang berbual dengan orang lain.
“Dia seolah-olah tidak mempunyai rumah selain pokok itu. Hampir keseluruhan masanya lalu dihabiskan di bawah pokok berkenaan. Dia tidur di situ pada sebelah malam. Pokok itu menjadi rumahnya dan tiada siapa mengenalinya.
“Kadang kala dia melemparkan senyuman kepada orang yang lalu-lalang. “Tetapi biasanya, dia cuba mengelak orang ramai. Pihak berkuasa perlu bertindak kerana lelaki itu mungkin sakit,” kata seorang penduduk. 

Baca Penuh Tinggal dibawah pokok sejak 10 Tahun

Wednesday, 31 July 2013

Haiwan Pelik Gabungan Ketam & Udang Galah Di Temui

Haiwan Pelik Gabungan Ketam & Udang Galah Di Temui


Rupanya seperti seekor udang galah, namun ia juga kelihatan seperti seekor ketam kerana mempunyai sepit dan apabila diperhatikan dengan lebih terperinci, ekornya pula kelihatan seperti kala jengking.

Haiwan pelik berwarna jingga itu ditemui seorang pengusaha nira nipah liar, Ismail Jusoh, 49, dari Kampung Alor Tuman di sini, di kawasan hutan ketika mencari pokok nipah berdekatan kampung berkenaan, kelmarin.

Menurut Ismail, dia menemui haiwan itu di atas daun pokok nipah lalu memberanikan diri
memegangnya, namun terkejut apabila melihat rupa bentuknya yang unik.

“Saya terkejut melihat haiwan itu berkaki lapan. Bahagian hadapan bentuknya seperti ketam manakala bahagian belakang seperti udang dan seakan-akan ekor kala jengking,” katanya kepada Sinar Harian.

Ismail berkata, dia akhirnya mengambil keputusan untuk membawa pulang haiwan itu ke rumahnya dan berhasrat memelihara haiwan tersebut. Kini, ia disimpan dalam sebuah takungan berisi air.

“Saya belum lagi menghubungi mana-mana pihak berkaitan bagi memaklumkan mengenai penemuan spesies pelik itu termasuk pihak Jabatan Perikanan bagi mengenal pasti spesies sebenar haiwan tersebut. Tapi saya akan menyimpannya terlebih dahulu,” katanya.

Dalam pada itu, menurut maklumat yang diperoleh dari sebuah laman web, haiwan itu dinamakan
sebagai ‘ngoang’ di Sarawak manakala dipanggil ‘jabot’ di Johor, namun ia amat jarang ditemui kerana berkemungkinan semakin pupus


Baca Penuh Haiwan Pelik Gabungan Ketam & Udang Galah Di Temui

Thursday, 21 February 2013

Keluarga Rafael Felmar Makan Makanan Kitar Semula

Ramai yang agak geli dan jijik untuk mengambil makanan yang telah dibuang dalam tong sampah. Bahkan ingin mengambilnya pun sudah geli macam mana pula kalau ingin makan makanan tersebut pula?

Perkara itu tidaklah menjijikan bagi seorang jejaka yang berasal dari Jerman, Rafael Felmar. Rafael Felmar sudah berkeluarga dan tidak mempunyai  pekerjaan. Dia lebih suka mengumpul makanan dari tong sampah dan menjadi sumber makanan harian buat dirinya dan keluarga.


Menurut Rafael, dia melakukan begini bukan kerana malas untuk bekerja tetapi ini merupakan salah satu peluang untuk mengurangkan wang keluar dari poketnya dan pada yang sama mengurangkan pembaziran makanan yang dibuang oleh manusia di sekitar kawasan itu.

Berikut adalah gambar yang djdanchef ambil dari blog cahayaair.



antara makanan yang dikutip oleh keluarga Rafael

Menjimatkan! Walaupun mempunyai rumah yang selesa

Masa untuk makan!

Baca Penuh Keluarga Rafael Felmar Makan Makanan Kitar Semula