djchef Penjawat Awam Dapat Bantuan Bonus Raya RM500 | PANAS GILER!! - DJDANCHEF

Saturday, 27 July 2013

Penjawat Awam Dapat Bantuan Bonus Raya RM500

Penjawat Awam Dapat Bantuan Bonus Raya RM500



Kerajaan hari ini bersetuju memberi Bayaran Bantuan Khas Kewangan sebagai persiapan Hari Raya Aidilftri kepada penjawat awam dari Gred1 – Gred54 bernilai RM500 yang akan dibayar pada 31 Julai.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu kenyataan berkata ia melibatkan peruntukan kewangan sebanyak RM670 juta. Sementara itu, Najib berkata bagi menghargai pesara kakitangan awam kerajaan turut bersetuju memberi Bayaran Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM250 kepada 660,000 orang penjawat awam yang bersara dan menerima pencen. Bayaran itu juga akan dibuat pada 31 Julai dengan peruntukan kewangan sebanyak RM165 juta.

“Bagi tahun 2013, semua penjawat awam akan menikmati dua KGT, pertama adalah kenaikan gaji tahunan biasa dan kedua adalah pemberian faedah pemindahan gaji yang diawalkan bersamaan dengan amaun 1KGT mengikut gred gaji masing-masing yang diterima pada 25 Julai depan,”

Menurut beliau, ini dilaksanakan berikutan kajian penambahbaikan skim perkhidmatan dan pembetulan struktur gaji yang akan diselesaikan pada Disember tahun ini dalam Sistem Saraan Transformatif. Pembayaran KGT ini melibatkan peruntukan kewangan sebanyak RM1.3 bilion untuk 1.4 juta penjawat awam bagi tempoh enam bulan atau RM3.9 bilion untuk setahun


JOM SHARE ARTIKEL INI:

1 comment:

Silakan komen djdanchef akan balas kunjungan anda.