djchef Beli Novel Online: Love You Mr Arrogant - Aliesha Kirana | PANAS GILER!! - DJDANCHEF

Thursday, 4 July 2013

Beli Novel Online: Love You Mr Arrogant - Aliesha Kirana

Beli baca online novel melayu love you mr arrogant aliesha kirana harga murah drama tv3 kat mana nak jual karya seni

Tajuk : Love You Mr. Arrogant
Penulis : Aliesya Kirana
Harga : RM18.00


Sinopsis Novel Love You Mr. Arrogant

Zaara Amirah punya impian yang sama seperti impian tipikal gadis biasa, iaitu membina rumah tangga yang bahagia bersama insan yang dicintainya. Namun impiannya musnah sebaik saja dia terjerat di dalam perangkap lamaran paksa dari seorang jejaka yang asing dalam hidupnya, Zafriel Irham. Dek kerana ingin terlepas dari genggaman Sherry, menantu pilihan ibunya, Zafriel Irham memaksa Zaara Amirah menjadi isterinya dengan menjadikan sebuah janji sebagai modal.

"Itu harga yang kau perlu bayar sebab tak kotakan janji. Sekarang jangan banyak cakap, kahwin dengan aku. Titik." – Zafriel Irham

Demi sebuah janji, Zaara Amirah reda menerima kehendak Ilahi. Biarpun tiada cinta, Zaara Amirah rela demi menjaga maruah diri dan keluarganya dari dipijak-pijak jejaka bongkak love you mr arrogant itu sewenang-wenangnya.  Namun Zaara Amirah tidak menyangka, keputusannya itu membuatkan hidupnya kacau-bilau melayan karenah Zafriel Irham yang berhati kering dan tinggi egonya.

"Apa? Atas lantai ni?"

"Kat mana-mana saja yang kau suka. Tapi bukan atas katil mahal aku ni. Buat kotor saja."

"Kotor? Awak yang nak kahwin dengan saya kan, lepas tu awak cakap saya kotor pulak? Kalau awak tahu saya kotor, buat apa awak kahwin dengan saya? Awak fikir tak perasaan saya bila awak paksa saya kahwin dengan awak dulu? Awak fikir pasal diri awak saja, kan? Pasal saya ni awak tak fikir langsung. Awak ni memang tak guna!"

Berhadapan pula dengan Puan Sri Maryam, ibu mertuanya dan Sherry yang membenci dirinya, hidup Zaara Amirah tidak lagi aman. Kehadiran Hadry Hakimi, sepupu Zafriel Irham yang cuba merapatinya, mengeruhkan lagi keadaan.

Keadaan bertambah parah apabila tanpa sedar, dia telah jatuh hati pada suaminya biarpun dia tidak dilayan seperti seorang wanita yang bergelar isteri.

"Aduhh! Kenapa dengan aku ni? Kenapa aku rasa rindu sangat ni? Macam orang gila bayang saja lagaknya ni. Padahal baru beberapa jam dia pergi. Takkanlah aku dah jatuh hati dengan mamat berlagak tu? Aduhh… tapi..." – Zaara Amirah


Adakah kebahagiaan akan menjenguk hidup Zaara Amirah apabila dia sudah jatuh hati pada jejaka bongkak itu? Atau menunggu balasan jejaka itu ibarat bulan pada waktu malam menanti matahari menjelma pada waktu siang? Zaara Amirah terus menanti...

HARGA: RM18

Postage: 
RM6 (Semenanjung)
RM9 (Sabah Sarawak)

Nak order online? Boleh hubungi As Raffali Blogshop melalui:
Untuk Order:
SMS atau WhatsApp: 012-4973905
WeChat ID: asraffali
Facebook: http://www.facebook.com/belinovel
Novel seterusnya: Beli Novel Online: Teduhan Kasih - Marissa 
JOM SHARE ARTIKEL INI:

1 comment:

  1. Assalamualaikum.. Maaf saya mau beli novel lanjutannya boleh tak? Saya dr indonesia ingin beli novel Miss you Mr Arrogant

    ReplyDelete

Silakan komen djdanchef akan balas kunjungan anda.