djchef PANAS GILER!! - DJDANCHEF
Showing posts with label Jehan Miskin. Show all posts
Showing posts with label Jehan Miskin. Show all posts

Sunday, 21 July 2013

Oppa Jehan Miskin Sedih Berpuasa Seorang Diri

Jehan Miskin Sedih Berpuasa Seorang Diri


Pelakon yang baru menamatkan zaman bujangnya pada Mei lalu, Jehan Miskin nampaknya terpaksa menjalani ibadah puasa bersendirian dimana isterinya, warga Korea, Julie Camelia Rhee mempunyai urusan kerja di Jepun.

Walaupun berasa sedih terpaksa berpuasa dan berbuka sendirian namun pelakon ini tidak sabar mahu berpuasa bersama-sama isterinya itu sekembalinya Julie ke Kuala Lumpur pada hujung minggu ini.

“Alhamdulilah, puasa okay. Tapi sedih sikitlah sebab saya berpuasa sorang-sorang. Isteri saya sekarang berada di Jepun atas tugasan kerja.

“Dia balik nanti saya memang tak sabar nak berpuasa bersama-sama dia. Nak suruh dia masak
dan bersahur bersama,” kata Jehan yang dipetik menerusi Malaysian Digest.

Seperkara yang menarik mengenai pasangan ini ialah mereka masih belum sempat berbulan madu berikutan terikat dengan komitmen kerja masing-masing.

Sehubungan itu, Jehan yang juga kini bergelar pengarah merancang untuk berbulan madu di Pulau Maldives sempena cuti hari Kemerdekaan nanti.

Baca Penuh Oppa Jehan Miskin Sedih Berpuasa Seorang Diri

Thursday, 2 May 2013

Oppa Jehan Miskin Bakal Nikah Gadis Korea Sabtu Ini

Jehan Miskin Kahwin Nikah Dengan Gadis Korea|Perempuan Korean|Sabtu Ini

Wah! Salah satu pelakon lelaki kacak Malaysia, Jehan Miskin bakal menamatkan zaman bujangnya tak lama lagi.

1. Bakal Isteri Jehan Miskin adalah Gadis dari Korea?

Menurut pelbagai sumber yang djdanchef dapat gadis yang telah menambat hati Jehan berasal dari korea.

“Buat masa sekarang saya tidak mahu bercerita lanjut mengenai percintaan saya, siapa gadis itu, di mana saya berkenalan dan sebagainya.

“Saya akan ceritakan segalanya nantii elepas selesai majlis pernikahan,” ujarnya.

2. Majlis Pernikahan Di Carcosa Seri Negara

Jehan dan gadis yang menetap di Kuala Lumpur telah berkenalan selama lima tahun.

Majlis perkahwinan akan dibuat secara ringkas di Carcosa Seri Negara dan hanya menjemput 100 tetamu termasuk keluarga dan teman rapat.

Malah kata Jehan, majlis akan dibuat sekali sahaja untuk kedua-dua belah keluarga.

3. Keluarga Terdekat

"Keluarga bakal mentua saya bakal datang dari Korea, ibu dan kakak saya yang menetap di Amerika Syarikat juga akan turut meraikan perkahwinan saya ini,” katanya.

Jelas Jehan Miskin, majlis yang bermula pada pukul 2 petang itu akan dimulakan dengan acara akad nikah, bersanding diikuti majlis minum petang. - blog gosip hiburan @ djdanchef


Baca Penuh Oppa Jehan Miskin Bakal Nikah Gadis Korea Sabtu Ini