djchef Peminat Pengsan Ketika Dipeluk Beyonce | PANAS GILER!! - DJDANCHEF

Tuesday 30 July 2013

Peminat Pengsan Ketika Dipeluk Beyonce

Peminat Pengsan Ketika Dipeluk Beyonce


Baru-baru ini, Beyonce telah memeluk salah seorang peminat fanatiknya dalam sebuah persembahan sehingga pengsan.

Aksi tersebut dirakamkan oleh peminat Beyonce yang turut hadir dalam konsert jelajah Mrs. Carter World Tour.

Video tersebut menjadi viral apabila ia dimuat naik di laman video sosial, Youtube.

Dalam video tersebut, Beyonce yang sedang menyanyikan lagu ‘Irreplaceable’ secara tiba-tiba memegang tangan peminatnya yang sedang terlompat-lompat.

Mungkin Beyonce melihat peminatnya itu terlalu teruja dengan persembahannya, Beyonce kemudiannya melutut dan memeluk peminatnya itu.

Secara tiba-tiba peminatnya pengsan di celah-celah peminat lain.

Video tersebut kini menjadi bualan ramai bukan sahaja dalam kalangan peminat Beyonce tetapi juga media hiburan antarabangsa.


JOM SHARE ARTIKEL INI:

2 comments:

Silakan komen djdanchef akan balas kunjungan anda.