djchef PANAS GILER!! - DJDANCHEF

Friday, 31 May 2013

Resepi Kek Coklat Kukus

Resepi kek coklat kukus lembab mudah senang sedap Resipi Moist Chocolate Cake

Kek coklat ramai yang sangat suka dengan kek coklat termasuklah djdanchef. Asal nak makan kek saja mesti redah ke kedai kek.

Tapi apa salahnya kalau kita buat sendiri kek coklat. Hari ini djdanchef nak kongsikan resepi kek coklat, yang istimewanya bukan menggunakan kaedah bakar tapi dengan cara kukus.

Resepi kek coklat kukus,
gambar: bake4fun.blogspot.com


Resepi Kek Coklat Kukus
Sumber: zinita@myresipi.com

Bahan-Bahan Kek Coklat Kukus

A- Diayak
2 cawan Tepung Gandum
1 cawan Serbuk Koko
1 sk Baking Powder
2 sk Bicarbonate of Soda


B- Dipukul guna hand mixer (sekejap sahaja)
3 biji Telur Gred A
2 cawan Gula Pasir Kasar (dikisar halus guna
blender kering)
1 cawan Susu Cair
1 cawan Minyak
1 tsp Coklat Emulco
1 cawan Air Panas (menggelegak)


Bahan Lain:
- Pengukus
- Loyang (saya guna loyang saiz 20cm)
- Kertas Minyak
- Aluminium foil




Cara Membuat / Memasak Kek Coklat Kukus

1. Pertama sekali. Sediakan pengukus. Tunggu sehingga menggelegak baru masukkan adunan kek ke dalam pengukus.

2. Gris loyang anda dengan marjerin, alas dengan kertas minyak dan gris sekali lagi.

3. Sementara menunggu air di dalam pengukus menggelegak, sediakan adunan. Tapis (ayak) semua bahan-bahan A. Ketepikan.

4. Di dalam mangkuk lain, masukkan 3 biji telur tadi, pukul sedikit dengan sudu/garfu.. cukup sehingga sebati antara putih dan kuning telur.

5. Masukkan gula yang dah dikisar halus tadi dan juga coklat emulco. Gaul sebati dengan sudu/garfu (tak perlu pukul sehingga kembang).

6. Masukkan susu cair dan minyak. Kacau sebati (Gunakan hand mixer lebih mudah).

7. Masukkan air panas dan kacau dengan hand mixer sehingga sebati.

8. Masukkan adunan dalam loyang. Tutup dengan aluminium foil.Kukus selama 1 jam. Kalau api dapur kuat, lebih kurang 45-50minit dah boleh cuba cucuk dengan lidi sate. Kalau keluar licin, maksudnya dah masak.

Resepi Lain
- Resepi Kek Coklat


Selamat mencuba resepi kek coklat kukus ini bila ada waktu lapang. - Blog Masakan @djdanchef

Baca Penuh Resepi Kek Coklat Kukus

Thursday, 30 May 2013

TAHNIAH! Mior Juara Kilauan Emas 3

Juara Kilauan Emas Musim Ke 3 Siapa Pemenang

Peserta dari Selangor iaitu Mior Yazid Ahmad menepati ramalan apabila muncul sebagai juara program Kilauan Emas musim ketiga (KE3) yang berlangsung di Auditorium Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) di sini pada malam Rabu.


Mior mendendangkan dua buah lagu iaitu Purnama dan sebuah lagu baharu ciptaan Adnan Abu Hassan berjudul Sampai Di Sini berjaya disampaikan dengan baik sehingga menambat hati juri dan pengundi menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS).

Juri profesional mewakili 70 peratus markah manakala penonton sebanyak 30 peratus.

Peserta berusia 44 tahun itu berjaya membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM50,000 dan sebuah kereta Nissan Livina X-Gear sumbangan Astro yang bernilai RM90,000.

Mior turut memenangi Anugerah Khas Juri dan menerima wang tunai RM5,000.

Mior ketika ditemui berkata, dia berhasrat untuk meneruskan karier nyanyian bersama kumpulan yang ditubuhnya sejak 25 tahun lalu iaitu Sixth Pack.

Jelasnya, masih belum terlambat untuknya bergerak aktif sebagai penyanyi dan mengangga program KE sebagai platform terbaik buat karier seninya.

“Mungkin akan bersama kumpulan saya untuk bergerak aktif kerana selesa bersama mereka,” jelasnya.

Mior turut memberitahu dia masih belum mempunyai sebarang perancangan tentang wang kemenangannya itu.

“Saya tidak menyangka akan menang jadi belum mempunyai sebarang perancangan,” jelasnya.

Sementara itu, tempat kedua menjadi milik peserta dari Kedah iaitu Idris Mohd Shabidin, 51, dan membawa pulang hadiah wang tunai RM30,000 berserta trofi.

Bagi tempat ketiga jatuh kepada Silahuddin Ali, 52, dan menerima hadiah berupa RM15,000 dan trofi.

Kesemua mereka diadili oleh tiga juri profesional iaitu Datuk Ramli MS, Datuk Shake dan Ziana Zain.

Manakala komposer Adnan Abu Hassan dan Siti Hajar bertindak sebagai guru vokal kepada para peserta.

Kilauan Emas akhir yang dihoskan oleh Raja Azura turut diserikan dengan persembahan daripada Datuk Shake, Ziana Zain, Ali Norpiah (Juara KE 1) dan Fuad (Juara KE 2).

Tahniah buat mior @djdanchef


Baca Penuh TAHNIAH! Mior Juara Kilauan Emas 3

Wednesday, 29 May 2013

Makanan Yang Baik Dan Bagus Untuk Otak

Makanan Yang Baik Dan Bagus Untuk Otak Cerdas Pandai Minda Fikiran Bijak Anak-Anak


Semua daripada kita mempunyai otak. Tapi bila kita tengok orang marah mesti dia keluarkan ayat "ko tu tak ada otak". Hairan djdanchef macam manalah dia tu yang si orang tu tak ada otak.. haha

Berbalik kepada tajuk Makanan Yang Baik Untuk Otak Akal Fikiran, pengambilan makanan yang sesuai boleh mencerdaskan fikiran kita. Otak juga memerlukan makanan penting untuk berfungsi dengan lebih efisyen dan lebih baik.

Untuk memastikan otak kita berada berada dalam keadaan yang mantap, 5 contoh pemakanan yang sesuai haruslah diamalkan bukan sahaja untuk kesihatan otak sekaligus makanan ini bagus untuk dimanfaatkan oleh seluruh badan.

5 Makanan Yang Sihat Dan Bagus Untuk Otak

1. Buah Berri

Buah berri merupakan sumber yang berfungsi untuk meningkatkan tahap mental dan berfikir. Berri ini berupaya untuk melambatkan proses hilang ingatan bagi sesetengah orang. Kajian juga menyatakan buah berry mengandungi antioksida yang mampu menghalang kerosakan radikal bebas dalam badan.




2. Tiram

Kandungan zink dan zat besi yang terdapat dalam tiram mampu menjana pemikiran yang tajam dan pada masa yang sama meningkatkan keupayaan untuk mengingat kembali. Kedua dua zat makanan ini juga berkait rapat dengan kemampuan otak untuk lebih fokus terhadap sesuatu. Kekurangan dalam zink dan zat besi ini mengakibatkan kadar ingatan yang singkat dan lemah daya tumpuan.



3. Sumber Ikan

Ikan dikenali dengan sumber protein yang bagus. Tetapi tahukah anda, ikan juga kaya dengan omega-3 iaitu asid lemak penting yang membantu otak untuk menghasilkan tisu tisu yang baru untuk kekuatan otak. Sumber ikan juga memainkan peranan dalam menghalang penyakit Alzheimer dan hilang daya ingatan. Ikan salmon dan sardin merupakan antara contoh yang mudah anda dapatkan.



4. Koko

Antioksida yang terdapat dalam koko dikenali sebagai flavonol dikatakan membantu  peredaran darah ke otak, menguatkan peredaran darah ke seluruh tubuh dan meningkatkan peranan salur darah. Kandungan koko ini juga berfungsi dalam daya tumpuan dan konsentrasi. Contoh yang terbaik? Coklat gelap.



5. Bijian dan kekacang

Bijian dan kekacang kaya dengan kandungan omega 3 dan omega 6 asid lemak serta mempunyai nilai kandungan folate, vitamin E dan vitamin B6. Kesemua nilai nutrisi ini memastikan otak anda berfungsi dengan lebih jelas dan melawan sindrom insomnia. Sesetengah kekacang dan bijian ini mengandungi thiamine dan magnesium, dimana baik untuk daya ingatan dan sesuai untuk golongan berumur.

Yang Terbaru:

Jadi jom kita amalkan pemakanan yang baik dan bagus untuk otak - kesihatan @djdanchef

Baca Penuh Makanan Yang Baik Dan Bagus Untuk Otak

Petua Cara Menghilangkan Bekas Parut Jerawat

Tips Petua Untuk Cara Menghilangkan Bekas Parut Jerawat Secara Alami

Jerawat! Tiada seorang pun yang inginkan jerawat berpesta dan berparti di atas muka kita. Kehadiran jerawat memang tak diundang tapi dia tetap datang tanpa rasa malu walaupun tuan muka tak jemput. Lama-kelamaan jerawat akan mengecut dan pastinya akan meninggalkan bekas parut jerawat di wajah kita dengan selamba nya.
cara menghilangkan bekas jerawat, cara hilangkan parut jerawat

Akibatnya, kita mula stress dan makin kurang keyakinan dengan adanya parut jerawat. Mulalah ke Watson, Guardian, Farmasi cari produk yang dapat hilangkan bekas jerawat ni pula. Jadi dibawah ini djdanchef nak kongsikan petua atau cara tradisional untuk hilangkan bekas parut jerawat secara alami.

Petua Menghilangkan Bekas Jerawat

1. Limau Nipis dan Asam

Campurkan air limau nipis dengan satu sudu minyak masak . Sebelum tidur, sapukan campuran tadi ke seluruh muka anda.

Kalau ada rasa pedih , itu hanyalah sementara . Esoknya , ambil beberapa keping asam gelugur atau asam keping dan rendam dalam air panas . Setelah sejuk atau suam , basuhlah muka dengan air itu . Ambil asam dan gosokkan ke seluruh muka anda. Kuatkan gosokan anda pada tempat -tempat yang berparut. Biarkan beberapa minit , kemudian basuh dengan air biasa.

2. Pucuk Jambu Batu

Ambil segenggam pucuk jambu batu dan uparkan (seperti menggulung) di tapak tangan . Kemudiannya, gosokkan ke muka hingga ke leher . Biarkan beberapa minit supaya kering di muka . Basuhlah dengan air sejuk dan bolehlah anda mandi sekiranya mahu

3. Daun Pegaga

Ambil segenggam daun pegaga dan segenggam beras. Sedikit air. Caranya kisar semua bahan sehingga menjadi halus, sapukan ke bahagian muka dengan rata sebelum tidur. Biarkan sampai keesokan harinya dan bolehlah dibasuh seperti biasa.

4. Tomato

Basuh muka dengan air suam , kemudian gosok muka dengan tomato. Biarkan ia kering sendiri . Selepas itu bilas muka anda dengan air suam.

Petua Lain:
Cara Petua Menghilangkan Bintik Hitam Di Muka dan Hidung
Petua Atasi Bayi Kembung Perut
Petua Cara Menghilangkan Sakit Gigi
Cara Mengatasi Masalah Sakit Lutut
Cara Menghilangkan Bekas Parut Jerawat

Petua dan Cara Menghilangkan Bekas Parut Jerawat- Kesihatan @djdanchef

Baca Penuh Petua Cara Menghilangkan Bekas Parut Jerawat