djchef PANAS GILER!! - DJDANCHEF
Showing posts with label Lempeng. Show all posts
Showing posts with label Lempeng. Show all posts

Friday, 27 July 2012

RESEPI LEMPENG PISANG YANG MUDAH

Resepi lempeng pisang yang mudah dan senang cara membuatnya. Pelbagai resepi lempeng yang boleh dibuat dan di 'mix' kan untuk menjadikan resepi yang 'variety' atau pelbagai.

Ada yang mengatakan cara dan resepi lempeng adalah lebih kurang sama dengan resepi peknga dan pancake.

Resepi Lempeng Bukan Pisang Sahaja
Resepi lempeng bukan terhad kepada lempeng pisang sahaja. Pelbagai kaedah dan bahan yang boleh dicampurkan dan ditambahkan.

Jenis-Jenis Lempeng Selain Lempeng Pisang
Lempeng boleh dipelbagaikan antaranya lempeng kelapa, telur, buah-buahan, oat, lempeng ayam atau daging dan lain-lain mengikut kreativiti dan idea masing-masing.

Resepi Lempeng Pisang

Bahan-bahan:
1-2 cawan tepung gandum
Gula (ikut selera anda,jika mahu manis letakkan banyak)
Sedikit Garam
Sedikit Kelapa parut
Sedikit Minyak/Butter
7-8 biji pisang emas atau pisang lain
Air (Untuk adunan jangan terlalu keras dan jangan terlalu lembik)

Resepi dan Cara Membuat Lempeng Pisang
1. Pertama sekali, penyekkan atau lenyekkan pisang.
2. Setelah pisang dilenyek/dilecek masukkan tepung gandum, gula, garam dan kelapa parut.
3. Kemudian tambahkan air sedikit demi sedikit dan cuba pastikan adunan tidak menjadi terlalu cair.
4. Masa untuk menggoreng! Letakkan sedikit minyak dan letakkan adunan tadi.
5. Bila lempeng sudah masak. Angkat dan sedia untuk dihidang.
6. Tunggu apa lagi. Masa untuk makan!

Selamat mencuba resepi lempeng pisang ini

resepi lempeng pisang, lempeng pisang, resepi lempeng

Lihat juga:
- Resepi Lempeng
- Resepi Lempeng Mudah & Simple
- Resepi Lempeng Kelapa

Baca Penuh RESEPI LEMPENG PISANG YANG MUDAH

Tuesday, 17 July 2012

RESEPI LEMPENG KELAPA NYIOR

Kategori Resepi lempeng kelapa atau nyior yang mudah / simple untuk dibuat. Mudah cara nak mem buat lempeng kelapa nyior ini.

RESEPI LEMPENG KELAPA / NYIOR
2 cawan tepung - (anggaran)
1 cawan kelapa parut
Air - ikut kepekatan
Sedikit garam
Minyak ukt menggoreng

CARA MEMBUAT LEMPENG KELAPA / NYIOR

1. Satukan kesemua bahan jangan terlalu pekat atau cair.Agak-agak macam nak buat cekodok.

2. Panaskan minyak dalam kuali ,tuangkan adunan kedalam dan tutup sebentar,supaya lempeng tu masak sekata.

3. Dah masak angkat dan hidangkan dengan sambal tumis.

Semoga berjaya membuat resepi lempeng kelapa / nyior ini

Berkaitan:
- Resepi Lempeng / Peknga Mudah
- Resepi Lempeng Mudah & Simple
- Resepi Lempeng Kelapa Nyior

Baca Penuh RESEPI LEMPENG KELAPA NYIOR

Thursday, 28 June 2012

RESEPI LEMPENG MUDAH & SIMPLE |PEKNGA

Cara buat dan resepi lempeng /peknga yang simple dan mudah . Disini saya kongsikan bagaimana cara nak masak lempeng / peknga ini. Sebenarnya tidak lah susah sangat dan amat senang. Nak tahu resepi-resepinya jom klik disini RESEPI LEMPENG / PEKNGA yang mudah & simple.

Baca Penuh RESEPI LEMPENG MUDAH & SIMPLE |PEKNGA

RESEPI PEKNGA LEMPENG MUDAH

Peknga ni ada yang panggil lempeng, lempeng kelapa, tempek belakang belanga dan lain-lain lagi. Dan hari ini saya akan share kan resepi peknga dan lempeng yang sangat mudah dan simple !

Resepi Peknga / Lempeng

4 cawan tepung gandum
1 3/4 sudu besar gula
Garam sedikit
1 3/4 Cawan air atau air secukupnya (Control supaya adunan tak terlalu pekat dan tak terlalu cair)

Cara memasak peknga/lempeng:
1. Masukkan tepung, garam dan gula. Masukkan air dan sukatan air mengikut tepung lah jangan terlalu pekat dan jangan terlalu cair.

2. Panaskan kuali dan letakkan minyak dalam 2-4 sudu besar minyak. Kemudiam ambil senduk dan tuangkan andunan tadi ke dalam kuali dan ratakan bentuk seperti lempeng / pancake. Gunakan api sederhana

Kalau nak peknga/lempeng lagi sedap gunakan segenggam kelapa parut campur kedalam andunan tadi sebelum memasak.

Resepi ini untuk 4-5 keping peknga/lempeng (mengikut saiz peknga juga, ni saiz peknga besar,kalau buat peknga yang kecil lagi banyak keping boleh dapat)


Berkaitan:

Baca Penuh RESEPI PEKNGA LEMPENG MUDAH