djchef March 2013 | PANAS GILER!! - DJDANCHEF

Thursday, 28 March 2013

Jawatan Kosong Kerajaan: SPA Perak April 2013

Jawatan Kosong Kerajaan Terkini SPA PERAK April 2013 | Kerja Kosong Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Perak

Untuk warganegeri Perak yang masih tercari-cari peluang pekerjaan disini djdanchef ingin kongsikan beberapa jawatan kosong yang boleh anda mohon di SPA Perak.

Jawatan-jawatan kosong kerajaan SPA Perak yang boleh dimohon:

1. PEMBANTU AM PEJABAT (Gred N1)
2. PEKERJA AWAM (Gred R1)
3. PENGAWAS HUTAN (Gred G11)
4. TUKANG K2 (Gred R11)
5. PEMBANTU MUZIUM (Gred S17)
6. PEMBANTU HAL EHWAL ISLAM (Gred S17)
7. PEMBANTU TADBIR (KEW) / PEMBANTU AKAUNTAN (Gred W17)
8. JURUAUDIO VISUAL (Gred N17)
9. PEGAWAI KHIDMAT PELANGGAN (Gred N17)
10. RENJER HUTAN (Gred G17)
11. PEMBANTU LAUT (Gred A17)
12. PEMBANTU TADBIR (P/O) (Gred N17)
13. JURUBAHASA (Gred L17)
14. PEMBANTU PERTANIAN (Gred G17)
15. JURUTEKNIK (AWAM) (Gred J17)
16. PENYELIA ASRAMA (Gred N17)
17. PENOLONG PEGAWAI PERTANIAN (Gred G27)
18. PENOLONG PEGAWAI VETERINAR (Gred G27)
19. PENGHANTAR NOTIS (Gred N3)
20. PEKERJA AWAM KHAS (Gred R3)
21. PEMANDU KENDERAAN (Gred R3)
22. OPERATOR LOJI (Gred R3)
23. PEGAWAI HAL EHWAL ISLAM (Gred S41)
24. TUKANG K3 (Gred R9)
25. PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN SISWAZAH (OPSYEN BAHASA ARAB (Gred DG41)
26. PEMBANTU SYARIAH (Gred LS17)
27. PEGAWAI SYARIAH (Gred LS41)

Pemohon-pemohon adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia rakyat DYMM. Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan yang berkelayakan sahaja, layak memohon kekosongan jawatan dalam SPA Perak April 2013.

Maklumat lanjut: klik sini

TARIKH TUTUP: 12 APRIL 2013

Djdanchef: yang masih mencari kerja bolehlah memohon.

Lihat Juga:
- Jawatan Kosong UTEM Melaka 2013


Baca Penuh Jawatan Kosong Kerajaan: SPA Perak April 2013

Friday, 22 March 2013

Jawatan Kosong Kerajaan - UTEM Melaka Mac 2013

Jawatan Kosong Kerajaan Swasta 2013 - Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTEM) untuk bulan MAC

Salam, djdanchef dapat berita ini daripada rakan djdanchef dimana Univesiti Teknikal Malaysia Melaka atau lebih dikenali sebagai UTEM telah pun menawarkan beberapa jawatan kosong yang boleh diisikan dalam universiti tersebut.

Jawatan Kosong Kerajaan - UTEM Melaka Mac 2013



Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) dengan ini mempelawa seluruh warga Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun untuk mengisi kekosongan jawatan bagi Kumpulan Pengurusan dan Profesional serta Kumpulan Pelaksana di Universiti ini.

Antara jawatan kosong yang ditawarkan UTEM Melaka Mac 2013

1. PEGAWAI PERUBATAN UD47
2. PEGAWAI PERUBATAN UD51
3. PEGAWAI PERUBATAN UD53
4. PEGAWAI PERGIGIAN U48
5. PEGAWAI PERGIGIAN U54
6. PEGAWAI UNDANG-UNDANG L48
7. PEGAWAI UNDANG-UNDANG L41
8. PENOLONG PENDAFTAR N41
9. JURUTEKNIK KOMPUTER FT17
10. PEMANDU KENDERAAN R3
11. PENYELIA ASRAMA N17
12. PEGAWAI PERGIGIAN U52

Semua permohonan jawatan bukan akademik WAJIB menggunakan Sistem Permohonan Jawatan secara online dengan melayari LAMAN WEB UTeM.

Pemohon juga perlu klik di Quick Links – Job Vacancies dan seterusnya pada Iklan Perjawatan Bukan Akademik untuk mengisi Borang Permohonan Online yang disediakan.

Maklumat lanjut klik -->> SINI

Tarikh Tutup: 31 Mac 2013

Djdanchef: Untuk yang berkelayakan bolehlah memohon jawatan kosong UTEM MAC 2013 ini dengan segera.

Semoga Berjaya!

Lihat Juga:
- Jawatan Kosong Kerajaan - UITM 2013


Baca Penuh Jawatan Kosong Kerajaan - UTEM Melaka Mac 2013

Thursday, 21 March 2013

Pelajar SPM: Tolong score 3 SUBJEK KERAMAT Bahasa Melayu, English dan Matematik

Pelajar SPM score subjek keramat yang terpenting dan paling penting Bahasa Melayu atau Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris B.I dan Matematik.

Salam.. Memandangkan keputusan SPM akan keluar tak lama lagi, djdanchef ingin kongsikan kepada pelajar-pelajar yang sedang ambil SPM mahupun yang telah tamat SPM (pelajar lepasan spm) mengenai 3 subjek yang tidak ramai yang ambil kesah tetapi akhirnya ia akan buat anda terbantut di tengah jalan dan pening kepala nak pilih jurusan yang didamkan waktu isi borang upu tapi tak dapat pilih hanya gara-gara 3 SUBJEK KERAMAT ini tapi sekiranya anda minat jurusan berkaitan Sains anda perlu ambil berat terhadap 5 SUBJEK KERAMAT iaitu BM, BI, MATEMATIK, SAINS dan Subjek Fizik/Kimia/Biologi.


TOLONGLAH DAPAT KEPUJIAN UNTUK BM, BI DAN MATEMATIK. KENAPA?

Ini adalah pengalaman dari djdanchef dan juga rakan-rakan seperjuangan djdanchef selepas SPM. Pelajar yang mendapat kepujian BM,BI dan MATEMATIK akan lebih banyak jurusan yang boleh dipilih di IPTA nanti berbanding pelajar yang hanya dapat LULUS saja.

SEKURANG-KURANGNYA DAPAT 5 KEPUJIAN (BM, BI, MATEMATIK dan DUA SUBJEK LAIN YANG BERKAITAN DENGAN JURUSAN)

TAK DAPAT A PUN TAK APA JANJI DAPAT GRED C DAN KEATAS

Kepada adik-adik yang SPMnya mendapat 5 kepujian dan dalam 5 kepujian tu termasuk 3 SUBJEK KERAMAT tadi. InsyaAllah ada potensi anda akan masuk UNIVERSITI.

Sebagai contoh UITM:

Adik teringin nak jadi JURURAWAT (Nurse). Jadi adik akan pilih jurusan DIPLOMA KEJURURAWATAN. Dan syarat yang mereka tetapkan ialah:

KEPUJIAN DALAM:
Bahasa Melayu
Bahasa Inggeris
Matematik
Sains atau Biologi
Dan satu mata pelajaran yang lain

Jurusan jururawat uitm masih mahukan BM,BI,MATEMATIK mesti Kepujian sekurang-kurangnya dapat C dan keatas. Sains pun kepujian. Serta satu mata pelajaran yang lain tak kisahlah subjek apa janji kepujian. Kalau adik cuma dapat D/E untuk salah satu subjek diatas tadi walaupun D/E tu bermaksud LULUS tetapi potensi untuk dapat jurusan ini tersangatlah tipis.

Adik yang lain pula teringin nak jadi seorang CHEF. Jadi adik boleh pilih jurusan DIPLOMA SENI KULINARI. Nama memang agak pelik tapi kalau yang ingin jadi CHEF djdanchef galakkan pilih jurusan SENI KULINARI ini djdanchef pun hairan kenapa mereka tak letak saja DIPLOMA CHEF atau DIPLOMA MASAKAN.

DIPLOMA SENI KULINARI UITM mereka tetapkan:

KEPUJIAN DALAM:
Bahasa Melayu
Bahasa Inggeris
Matematik
Dan dua mata pelajaran yang lain

Masih sama, mereka masih mahukan 3 SUBJEK KERAMAT itu kepujian sekurang-kurangya dapat gred C. Nak masak duduk dapur pun nak MATEMATIK kepujian juga? Ya. Pilihlah jurusan mana pun adik-adik akan bertemu dengan MATEMATIK juga.

Contoh POLITEKNIK:

Tadi djdanchef sembang tentang UITM sekarang beralih pula ke POLITEKNIK.

Saya suka MELANCONG dan nak jadi AGEN PELANCONGAN! jurusan yang boleh dipilih DIPLOMA PENGURUSAN PELANCONGAN.

Syarat DIPLOMA PENGURUSAN PELANCONGAN di politeknik mereka tetapkan:

KEPUJIAN DALAM:
Bahasa Melayu
Bahasa Inggeris
Matematik
Dan dua mata pelajaran yang lain

Masih sama lagi politeknik juga mahukan kepujian dalam BM, BI, dan Matematik serta dua mata pelajaran yang lain.

KALAU DAPAT 2A DALAM BM, KEMAHIRAN HIDUP, DAPAT B UNTUK BI TAPI DAPAT E DALAM MATEMATIK?

Contoh keputusan SPM Siti Nurhalijah:
BM - A (kepujian),
Pendidikan Islam - A (Kepujian),
Perdagangan - A (Kepujian),
BI - B (Kepujian),
Kemahiran Hidup - C (Kepujian)
Matematik - E (Lulus)

(Siti nurhalijah dapat 3A hebat kottt..)

Contoh result SPM Maya Karim:
BM - A (kepujian)
Pendidikan Islam - B (Kepujian)
Perdagangan - B (kepujian)
BI - C (kepujian)
Kemahiran Hidup - C (Kepujian)
Matematik - C (Kepujian)

(Lorhh.. Maya karim dapat 1A je.. kesiann)

Jangan pandang rendah terhadap Maya Karim, sekiranya Maya Karim memohon jurusan Diploma Seni Kulinari ada potensi Maya Karim yang hanya sekadar dapat 1A tu akan berjaya masuk universiti untuk melanjutkan pelajaran dalam jurusan Diploma Seni Kulinari berbanding Siti Nurhalijah yang dapat 3A.

Kenapa 1A ja pun boleh masuk universiti, yang 3A tak dapat? Kenapa?
Sebab tengok pada syarat Diploma Seni Kulinari,


DIPLOMA SENI KULINARI UITM mereka tetapkan:

KEPUJIAN DALAM:
Bahasa Melayu
Bahasa Inggeris
Matematik
Dan dua mata pelajaran yang lain

Maya Karim dan Siti Nurhalijah kepujian hampir semua mata pelajaran di SPM tetapi cuba tengok subjek MATEMATIK siti nurhalijah dan maya karim. UITM nak matematik kepujian kalau nak sambung DIPLOMA SENI KULINARI tetapi hanya Maya Karim saja yang kepujian dalam matematik walaupun dia dapat 1A saja dalam SPM berbanding Siti yang hanya dapat E dalam matematik tapi dapat 3A.


Apa yang boleh djdanchef katakan adik-adik yang dapat 5 KEPUJIAN dan 5 KEPUJIAN itu termasuk BM, BM, MATEMATIK dan dua subjek lain adik-adik boleh pilih banyak jurusan yang layak dengan adik dan kemungkinan jurusan yang adik idamkan selama ini boleh dapat.

Adik-adik yang hanya sekadar dapat LULUS saja subjek tersebut masih boleh lagi pilih jurusan yang ditawarkan di universiti-universiti tetapi tidaklah banyak. Tetapi jangan risau walaupun tak banyak jurusan yang boleh pilih di Universiti tapi banyak gilerrr lagi jurusan yang adik boleh pilih di Kolej dan Institusi Kemahiran Kerajaan yang lain lagi. Atau form 6.

Yang jurusan SAINS pula lain pula ceritanya. Lagi banyak subjek KERAMAT yang perlu diambil berat.

Sekiranya adik-adik sudah habis diploma dan nak sambung Ijazah ke Universiti lain juga akan kembali lihat 3 subjek keramat ini.


Setakat ini sahaja yang dapat djdanchef kongsikan. Sebarkan kepada adik-adik anda,rakan-rakan. kalau ibu bapa pula tolong beritahu kepada anak anda yang bakal duduk SPM tu tolonglah dapat kepujian 3 SUBJEK KERAMAT BM, BI MATEMATIK dan 2 SUBJEK yang lain dapat C pun dah ok.

Kerana djdanchef tak mahu adik-adik tersalah sasar seperti djdanchef.  Ramai pelajar spm yang belum didedahkan secara agresif tentang 3 SUBJEK KERAMAT ini.


Sekiranya ingin kongsikan entri ini di blog sila nyatakan sumber (backlink) ke blog djdanchef ini. Sekian, harap dapat membantu.


Baca Penuh Pelajar SPM: Tolong score 3 SUBJEK KERAMAT Bahasa Melayu, English dan Matematik

Tuesday, 19 March 2013

Jawatan Kosong Kerajaan UITM 2013

Jawatan Kosong Kerajaan UITM | Cari Kerja Part Time 2013| UITM Shah Alam

Salam, disini djdanchef ingin kongsikan jawatan kosong 2013 yang telah dibuka oleh Universiti Teknologi Mara UITM




Universiti Teknologi MARA mempelawa calon-calon Bumiputera Warganegara Malaysia yang berkelayakan dalam bidang-bidang yang berkaitan untuk mengisi kekosongan jawatan Tetap/ Kontrak / bagi jawatan Lantikan / Kenaikan Pangkat Secara Lantikan Terus di Kampus Shah Alam dan Cawangan bagi memenuhi Wawasan 2020 Negara.

Antara jawatan kosong yang ditawarkan oleh UITM:


1. Pegawai Undang-Undang L52
2. Pegawai Undang-Undang L44
3. Pegawai Sains C41
4. Pegawai Penyelidik Q41
5. Jururawat U29

Tarikh Tutup: 1 APRIL 2013

Untuk maklumat lanjut dan permohonan bolehlah dibuat dengan melayari laman web online UiTM di http://iapps.uitm.edu.my/epengambilanstaf/ dan membuat permohonan secara dalam talian (online) sahaja dengan mengisikan maklumat yang diperlukan.

Sebarang pertanyaan boleh merujuk


BAHAGIAN PENGURUSAN PERJAWATAN
JABATAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA
PEJABAT PENDAFTAR
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA
40450 SHAH ALAM
SELANGOR DARUL EHSAN
NO.TEL: (03) 5544 3082 / 3089 / 3007
               (03) 5521 1028


Selamat berjaya djdanchef ucapkan untuk jawatan kosong uitm 2013 ini.


Baca Penuh Jawatan Kosong Kerajaan UITM 2013

Monday, 18 March 2013

Doa Untuk Ibu Bapa

Doa kepada kedua dua ibu bapa kita | Doa untuk ibu bapa dan orang tua dalam bahasa melayu

Mak, Ibu, Ummi dan juga Ayah, Bapa, Abah adalah insan yang telah berjasa dan berkorban untuk kita sejak kecil kita dilahirkan sehingga dewasa kini. Tanpa mereka juga, tiadalah kita di dunia ini, melihat keindahan, cabaran dalam kehidupan dan kasih sayang yang tak berbelah bagi.

Namun, berapa ramaikah antara kita yang selalu berdoa kepada ibu bapa kita sendiri? Doa anak kepada ibu bapa sangat berkat dan mulia. Doa-doa ini akan membantu ibu bapa kita di sana nanti.

Berikut djdanchef kongsikan doa-doa untuk ibu bapa kita berserta gambar dan juga dalam rumi.

doa untuk ibu bapa, doa kepada kedua ibu bapa, doa untk kedua orang tua

" ALLAHUMMAGHFIRLI DZUNUBI WALIWALIDAYYA WARHAMHUMA KAMA ROBBAYANI SOGHIRO."

Makna / Maksudnya:

"Ya Allah, Ampunilah dosa-dosaku serta kedua ibubapaku dan kasihanilah mereka keduanya sebagaimana mereka memelihara dan mendidikku di masa kecil.”

Anak yang soleh adalah anak yang sentiasa berdoa untuk ibu bapanya.


Baca Penuh Doa Untuk Ibu Bapa

Saturday, 16 March 2013

Segmen Sabtu By Emas Putih

Segmen Sabtu By Blogger Emas Putih

Salam.. entri ringkas sahaja hari ini. Blogger Emas Putih baru sahaja melancarkan segmen ini. Kepada yang nak sertai boleh klik banner yang terdapat dibawah ini. :-)

Segmen Sabtu By Emas Putih

Tarikh: 16 Mac - 17 Mac 2013


Baca Penuh Segmen Sabtu By Emas Putih

Thursday, 14 March 2013

Fasha Sandha Bakal Timang Anak Lelaki

Fasha Sandha Bakal Timang Anak Lelaki.


Fasha Sandha yang kini sarat mengandung berkongsi kepada orang ramai tentang status jantina bayinya.

“Saya tidak sabar menanti kehadiran bayi lelaki kami ini. Insya-Allah jika tiada aral melintang, saya akan melahirkan anak sulung pada penghujung Mac atau awal April depan,” demikianlah penjelasan daripada Fasha Sandha.


“Memang kami berdua inginkan anak lelaki kerana dapat menjadi kawan kepada abangnya, Putra Rayqal Ramli, hasil perkahwinan pertama Rizal dengan Nora Danish yang kini berusia empat tahun.

“Lagipun kalau lelaki yang sulung, dia boleh menjaga ibu dan adik-beradiknya yang lain,” katanya.


Baca Penuh Fasha Sandha Bakal Timang Anak Lelaki

Saturday, 9 March 2013

Yatt Hamzah Jadi Penyanyi Nasyid Bersama Diana Amir & Noryn Aziz

Yatt Hamzah jadi penyanyi nasyid bersama diana amir , noryn aziz

Lama djdanchef tak dengar khabar Yatt Hamzah. Terkini Yatt Hamzah sudah mula giat melakukan Nasyid Marhabban setelah penghijrahan dia untuk memakai tudung.

Yatt juga mengakui dia agak memilih watak untuk berlakon dalam sesebuah drama.


"Saya memang memilih watak. Tidak semua watak bertudung boleh saya ambil. Ada juga tidak sesuai dengan penghijrahan saya ini. Memang benar, selain berlakon, mengacara dan sering dijemput untuk mengadakan ceramah, Yatt juga sibuk menyanyi untuk nasyid marhaban. Saya sertai kumpulan tersebut bukan tujuan untuk mendapatkan show sebaliknya ia adalah minat Yatt sendiri."

"Pada kebiasaanya, Marhaban selalunya disertai generasi yang lebih senior. Jadi, apa salah Yatt ambil inisiatif ini dengan mengumpulkan artis muda yang telah berhijrah untuk turut sama," katanya

yatt hamzah bertudung

Kalau nak tahu bukan Yatt seorang sahaja kumpulan ini juga turut disertai oleh Noryn Aziz, Akma, Diana Amir, Siti Nurdiana dan Lufya.

"Persembahan pertama kami bersempena sambutan Maulidur Rasul di Putrajaya. Dari situ kami mulakan sehingga kami dijemput mengadakan persembahan dalam program Primadona di Astro Prima.

"Insya-Allah, kalau semuanya okay, kami akan buat album untuk Marhaban ini. Namun, ia bukan sekarang. Lagi pun, saya masih lagi sibuk dengan berlakon. Saya pun lebih memilih untuk berlakon." kata Yatt Hamzah.


Baca Penuh Yatt Hamzah Jadi Penyanyi Nasyid Bersama Diana Amir & Noryn Aziz

Segmen Follow & Blogwalking #2 Oleh Mialiana.com

Segmen Follow & Blogwalking Oleh mialiana.com

Segmen ini dari 9 Mac - 20 Mac 2013. Kepada blogger-blogger yang nak join bolehlah baca detail di bawah ini:



Segmen ini dibuat bagi memudahkan Mia Liana untuk follow dan blogwalking semua blog peserta segmen ini. Secara tidak langsung ianya memberi ruang dan peluang kepada blogger lain untuk turut follow, blogwalking dan berkenalan antara satu sama lain dengan lebih mesra.

Segmen ini bermula dari 7.00 pagi 9 Mac 2013 sehingga 11.59 malam 20 Mac 2013. Mia Liana berharap agar segmen ini mendapat sambutan dan semua blogger dijemput join.

Hanya 4 langkah mudah diperlukan :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen Follow & Blogwalking #2 Oleh Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen entri ini.
Pemilihan pemenang :
  1. 10 blog akan dipilih melalui random.org
  2. Pemenang dikehendaki memberikan satu URL entri terbaik dari blog mereka untuk di review di Mialiana.com
  3. URL entri terbaik hendaklah ditinggalkan di ruangan komen entri pengumuman pemenang nanti.
tunggu apa lagi... sila klik banner di atas untuk join....


Baca Penuh Segmen Follow & Blogwalking #2 Oleh Mialiana.com

Friday, 8 March 2013

Penyanyi Sebenar Lagu Sayang Dari Shae

Penyanyi sebenar lirik lagu video sayang dari shae



Terjumpa video ini di facebook. Dikatakan penyanyi asal lagu shae adalah orang yang ada dalam video ini.

Betulkah? hehehe






Baca Penuh Penyanyi Sebenar Lagu Sayang Dari Shae

Thursday, 7 March 2013

Jadual Kuliah Ceramah Ustaz Azhar Idrus Mac 2013

Jadual kuliah ceramah ustaz azhar idrus di masjid untuk bulan mac 2013

Sebelum ini djdanchef ada memberitahu mengenai jadual kuliah ustaz azhar idrus untuk bulan januari 2013, untuk bulan februari djdanchef tak sempat pula nak kongsikan sebab sekarang sudah pun masuk bulan tiga.

Untuk bulan tiga ini UIA lebih tumpu memberi kuliyah di sekitar kawasan kuala terengganu dan beberapa tempat di Kelantan dan Selangor. 

Untuk minggu pertama bulan Mac 2013, Ustaz Azhar lebih banyak memberi ceramah di kawasan Kuala Terengganu antaranya Di surau Pak Tuyu, Ladang, Flat Bukit Kecik dan sehari di Dewan MBSA Shah Alam selangor. Bagi minggu kedua March 2013 masih sama UIA lebih banyak memberi kuliyah di sekitar kawasan terengganu.

Manakala untuk minggu ketiga Mac, para peminat ustaz azhar idrus dapat mendengar kuliah ceramah di kawasan Kampung Baru dan Jalan sungai lembing Kuantan. Bagi minggu seterusnya selain terengganu boleh juga temui ustaz azhar di kelantan dan selangor.

Jadual Kuliah Ceramah Ustaz Azhar Idrus Bulan March 2013

Berikut adalah jadual kuliah ceramah ustaz azhar idrus untuk bulan mac 2013.

Jadual Kuliah Ceramah Ustaz Azhar Idrus Bulan Mac 2013

Makin murah rezeki UIA sekarang ini. Kalau nak tahu untuk booking UIA membuat ceramah memang agak susah dan sekiranya nak booking untuk bulan depan tapi baru call hari ini memang susah nak dapat kerana jadual yang sudah penuh.

Djdanchef difahamkam ada masjid yang ingin booking ceramah Ustaz Azhar Idrus SETAHUN baru dapat. Alhamdulillah rezeki UIA yang melimpah ruah.

Baca seterusnya:
- Gambar Ustaz Azhar Idrus Semasa Muda
- Hukum Cium Mulut Couple Dari Ustaz Azhar Idrus


Baca Penuh Jadual Kuliah Ceramah Ustaz Azhar Idrus Mac 2013

Jeslina Hashim Sah Bercerai Dengan Talak 1

Jeslina hashim bercerai dengan talak satu

Sebelum ini djdanchef ada membuat entri mengenai Jeslina Hashim Bercerai Dan Hak Jagaan Anak dimana penceraian antara Jeslina dan suaminya ditangguhkan. Namun dua hari lepas Malaysia dikejutkan Jeslina Hashim sah bercerai talak satu oleh suaminya Dion Adrew Vercoe setelah hampir lapan bulan tidak duduk serumah.

Jeslina hashim bercerai


Hasil perkahwinan Jeslina dan Adrew, mereka dikurniakan dua orang anak. Anak mereka akan tinggal bersama bekas suami  dan diberikan hak lawatan kepada Jeslina di sertai dengan wang nafkah sebanyak RM8,333 selama 18 bulan dan wang edah sebanyak RM5,000.

Semoga mereka berdua tabah menjalani kehidupan baru.


Baca Penuh Jeslina Hashim Sah Bercerai Dengan Talak 1

Tuesday, 5 March 2013

Resepi Kek Cokelat

Resepi Kek Cokelat | Chocolate Cake Recipe | Resipi Kek Coklat Tanpa Telur | Blog Resepi Masakan

Siapa yang tak suka makan kek? ada ke? Ada tapi segelintir sahaja mungkin sebab ada masalah kesihatan atau pun masih dalam mood diet. Buat pengetahuan semua, djdanchef difahamkan kek cokelat adalah antara kek nombor 1 yang digemari oleh orang ramai di seluruh dunia. 

Pelbagai kaedah dan masakan boleh dibuat terhadap kek cokelat ini antaranya kek coklat kukus, bakar dan boleh dipelbagaikan seperti tambah bersama cheese, chips more dan campur dengan perisa coklat lain.


resepi kek cokelat
Resepi kek cokelat dari nasuha1523

Resepi Kek Cokelat
Dari: nasuha1523@myresipi.com

Info Tambahan: *Resepi ini tidak menggunakan telur


Bahan-Bahan Kek Cokelat
Bahan A:

200 g. (1½ cawan) tepung gandum
10 g. (2 sudu teh) serbuk penaik
5 g. (1 sudu teh) bikarbonat soda
60 g. (½ cawan) serbuk susu skim

Bahan B:
5 g. (1 sudu teh) serbuk kopi segera
140 g. (½ cawan) gula kastor
25 g. (2 sudu besar) madu
150 ml. (4/5 cawan) air panas


Bahan C:
180 g. ( ¾ cawan) marjerin
5 ml. (1 sudu teh) esen vanilla
30 g. (3 sudu besar) serbuk koko



Cara Membuat Kek Cokelat

1. Ayak bahan A dan ketepikan.

2. Campur kesemua bahan B dan kacau sehingga gula dan madu larut. Biar sejuk.

3. Pukul majerin, esen vanilla dan serbuk koko (Bahan C) sehingga berkrim dengan pemutar eletrik.

4. Masukkan sebahagian bahan A ke dalam campuran bahan C dan bancuh dengan pemutar eletrik.

5. Kemudian masukkan sebahagian bahan B dan bancuh.

6. Ulang langkah 4 dan 5 sehingga ramuan sebati.

7. Curah ke dalam tin acuan empat segi 20 sm. yang telah dilapik kertas minyak. Bakar dalam ketuhar pada 160ÂșC selama 45 minit atau sehingga masak.

Djdanchef : Selamat mencuba resepi kek cokelat yang pasti sedap dan mudah untuk dibuat.

Resepi Lain
Resepi Kek Coklat Kukus

Baca Penuh Resepi Kek Cokelat

VIDEO PARODY: MATLUTHFI Sindir Graduan Cerewet Memilih Kerja

Video parody mathlutfhi sindir graduan yang terlalu memilih kerja.

Ramai graduan yang menganggur sekarang ini dan salah satu sebab yang paling tertinggi mengapa graduan masih tanam anggur dirumah djdanchef pasti ramai yang sudah tahu antaranya ialah sebab terlalu cerewet memilih kerja tambah-tambah cerewet berkaitan gaji dan pangkat. Tak dinafikan djdanchef pun tergolong dalam golongan ini. hehehe

Jom sejenak kita tonton video dari matlutfhi90.




Baca Penuh VIDEO PARODY: MATLUTHFI Sindir Graduan Cerewet Memilih Kerja

Sunday, 3 March 2013

Senarai Keputusan Penuh Pemenang Festival Filem Malaysia Ke 25 FFM25

Senarai keputusan penuh pemenang festival filem malaysia ke 25 FFM 25


Keputusan Penuh Pemenang Festival Filem Malaysia FFM25


Filem Box Office – Ombak Rindu
Anugerah Pencapaian Khas- Rhythm & Hue Studio (Life of Pi)
Anugerah Khas Sepanjang Hayat Wanita – Seniwati Mariani Ismail
Anugerah Khas Sepanjang Hayat Lelaki – Datuk Aziz Sattar
Anugerah Khas Juri Penggiat TV Lelaki – Mano Maniam
Anugerah Khas Juri Penggiat TV Wanita – Lai Meng
Anugerah Khas Juri – Filem Vajram
Pelakon Harapan Wanita – Jojo Goh (29 Februari)
Pelakon Harapan Lelaki – Izzue Islam (29 Februari)
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik – Normah Damanhuri (Songlap)
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik – Syafie Naswip (Songlap)
Penyunting Terbaik – Wong Hui Lynn (Songlap)
Cerita Asal Terbaik – Dain Iskandar Said (Bunohan) djdanchef
Lakon Layar Terbaik – Dain Iskandar Said (Bunohan)
Sinematografi Terbaik – Hariss Hue Abdullah (Songlap)
Pelakon Wanita Terbaik – Maya Karin (Ombak Rindu)
Pelakon Lelaki Terbaik – Faizal Hussein (Bunohan)
Pengarah Filem Terbaik – Dain Iskandar Said (Bunohan)
Filem Bukan Melayu Terbaik – Petaling Street Warriors
Filem Terbaik – Bunohan
Baca Penuh Senarai Keputusan Penuh Pemenang Festival Filem Malaysia Ke 25 FFM25