djchef PANAS GILER!! - DJDANCHEF
Showing posts with label spm. Show all posts
Showing posts with label spm. Show all posts

Thursday, 7 November 2013

AL-FATIHAH.. Calon Pelajar SPM 2013 Meninggal Dunia Hari Ini

Calon SPM Meninggal Dunia Selepas 30 Minit Jawab Soalan

KOTA BAHRU – Seorang calon yang menduduki hari pertama peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia di Sekolah Menengah Agama (SMA) Saniah, Pasir Puteh, dekat sini dilaporkan rebah dan meninggal dunia selepas kira-kira 30 minit menjawab soalan, pagi ini.
Pelajar terbabit dilaporkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Tengku Anis (HTA) di sini.
Pelajar perempuan berkenaan, NurSyazwani Arifin, 17, dikatakan sedang menjawab kertas Bahasa Melayu 1 apabila tiba-tiba rebah dan pengsan di atas lantai dewan peperiksaan sekolah itu. – Berita Harian

Seorang Lagi Calon SPM Meninggal Dunia Hari Ini (update)

JERTEH – Seorang lagi calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) meninggal dunia di Hospital Daerah Besut hari ini.
Norsuwana Safawa, 17, pelajar Sekolah Menengah Agama Ittifakiah di sini meninggal dunia akibat komplikasi buah pinggang dan lelah yang dihidapinya sejak beberapa tahun lepas kira-kira 5.12 pagi ini.
Pegawai Pendidikan Daerah Besut Ab Halim Hassan ketika mengesahkan perkara itu berkata Norsuwana yang merupakan pelajar harapan sekolahnya sempat menduduki kertas Bahasa Melayu 1 dan 2 di hospital itu semalam.
Katanya pelajar itu sepatutnya menduduki tiga kertas hari ini iaitu Kertas Bahasa Inggeris 1 pada 8 pagi, kertas Bahasa Inggeris 2 pada 10.20 pagi dan kertas Pendidikan Al-Quran dan Sunnah pada sebelah petang.
Jenazahnya dijangka dikebumikan di tanah perkuburan Islam Alor Lintang dekat sini selepas solat Asar hari ini.
Semalam dua calon SPM iaitu di Dungun dan Pasir Putih, Kelantan meninggal dunia.
Mohd Nor Allif Harun, 17, pelajar SMK Sultan Omar di Dungun meninggal dunia awal pagi semalam setelah koma sejak seminggu lalu setelah terbabit dalam kemalangan jalan raya.
Nur Syazwani Ariffin, 17, pelajar Sekolah Menengah Agama Mahaad Saniah, Pasir Putih tiba-tiba pengsan ketika sedang menjawab kertas Bahasa Melayu 1 kira-kira 8.25 pagi semalam sebelum meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Tengku Anis Pasir Putih untuk rawatan. – BERNAMA
Baca Penuh AL-FATIHAH.. Calon Pelajar SPM 2013 Meninggal Dunia Hari Ini

Thursday, 21 March 2013

Pelajar SPM: Tolong score 3 SUBJEK KERAMAT Bahasa Melayu, English dan Matematik

Pelajar SPM score subjek keramat yang terpenting dan paling penting Bahasa Melayu atau Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris B.I dan Matematik.

Salam.. Memandangkan keputusan SPM akan keluar tak lama lagi, djdanchef ingin kongsikan kepada pelajar-pelajar yang sedang ambil SPM mahupun yang telah tamat SPM (pelajar lepasan spm) mengenai 3 subjek yang tidak ramai yang ambil kesah tetapi akhirnya ia akan buat anda terbantut di tengah jalan dan pening kepala nak pilih jurusan yang didamkan waktu isi borang upu tapi tak dapat pilih hanya gara-gara 3 SUBJEK KERAMAT ini tapi sekiranya anda minat jurusan berkaitan Sains anda perlu ambil berat terhadap 5 SUBJEK KERAMAT iaitu BM, BI, MATEMATIK, SAINS dan Subjek Fizik/Kimia/Biologi.


TOLONGLAH DAPAT KEPUJIAN UNTUK BM, BI DAN MATEMATIK. KENAPA?

Ini adalah pengalaman dari djdanchef dan juga rakan-rakan seperjuangan djdanchef selepas SPM. Pelajar yang mendapat kepujian BM,BI dan MATEMATIK akan lebih banyak jurusan yang boleh dipilih di IPTA nanti berbanding pelajar yang hanya dapat LULUS saja.

SEKURANG-KURANGNYA DAPAT 5 KEPUJIAN (BM, BI, MATEMATIK dan DUA SUBJEK LAIN YANG BERKAITAN DENGAN JURUSAN)

TAK DAPAT A PUN TAK APA JANJI DAPAT GRED C DAN KEATAS

Kepada adik-adik yang SPMnya mendapat 5 kepujian dan dalam 5 kepujian tu termasuk 3 SUBJEK KERAMAT tadi. InsyaAllah ada potensi anda akan masuk UNIVERSITI.

Sebagai contoh UITM:

Adik teringin nak jadi JURURAWAT (Nurse). Jadi adik akan pilih jurusan DIPLOMA KEJURURAWATAN. Dan syarat yang mereka tetapkan ialah:

KEPUJIAN DALAM:
Bahasa Melayu
Bahasa Inggeris
Matematik
Sains atau Biologi
Dan satu mata pelajaran yang lain

Jurusan jururawat uitm masih mahukan BM,BI,MATEMATIK mesti Kepujian sekurang-kurangnya dapat C dan keatas. Sains pun kepujian. Serta satu mata pelajaran yang lain tak kisahlah subjek apa janji kepujian. Kalau adik cuma dapat D/E untuk salah satu subjek diatas tadi walaupun D/E tu bermaksud LULUS tetapi potensi untuk dapat jurusan ini tersangatlah tipis.

Adik yang lain pula teringin nak jadi seorang CHEF. Jadi adik boleh pilih jurusan DIPLOMA SENI KULINARI. Nama memang agak pelik tapi kalau yang ingin jadi CHEF djdanchef galakkan pilih jurusan SENI KULINARI ini djdanchef pun hairan kenapa mereka tak letak saja DIPLOMA CHEF atau DIPLOMA MASAKAN.

DIPLOMA SENI KULINARI UITM mereka tetapkan:

KEPUJIAN DALAM:
Bahasa Melayu
Bahasa Inggeris
Matematik
Dan dua mata pelajaran yang lain

Masih sama, mereka masih mahukan 3 SUBJEK KERAMAT itu kepujian sekurang-kurangya dapat gred C. Nak masak duduk dapur pun nak MATEMATIK kepujian juga? Ya. Pilihlah jurusan mana pun adik-adik akan bertemu dengan MATEMATIK juga.

Contoh POLITEKNIK:

Tadi djdanchef sembang tentang UITM sekarang beralih pula ke POLITEKNIK.

Saya suka MELANCONG dan nak jadi AGEN PELANCONGAN! jurusan yang boleh dipilih DIPLOMA PENGURUSAN PELANCONGAN.

Syarat DIPLOMA PENGURUSAN PELANCONGAN di politeknik mereka tetapkan:

KEPUJIAN DALAM:
Bahasa Melayu
Bahasa Inggeris
Matematik
Dan dua mata pelajaran yang lain

Masih sama lagi politeknik juga mahukan kepujian dalam BM, BI, dan Matematik serta dua mata pelajaran yang lain.

KALAU DAPAT 2A DALAM BM, KEMAHIRAN HIDUP, DAPAT B UNTUK BI TAPI DAPAT E DALAM MATEMATIK?

Contoh keputusan SPM Siti Nurhalijah:
BM - A (kepujian),
Pendidikan Islam - A (Kepujian),
Perdagangan - A (Kepujian),
BI - B (Kepujian),
Kemahiran Hidup - C (Kepujian)
Matematik - E (Lulus)

(Siti nurhalijah dapat 3A hebat kottt..)

Contoh result SPM Maya Karim:
BM - A (kepujian)
Pendidikan Islam - B (Kepujian)
Perdagangan - B (kepujian)
BI - C (kepujian)
Kemahiran Hidup - C (Kepujian)
Matematik - C (Kepujian)

(Lorhh.. Maya karim dapat 1A je.. kesiann)

Jangan pandang rendah terhadap Maya Karim, sekiranya Maya Karim memohon jurusan Diploma Seni Kulinari ada potensi Maya Karim yang hanya sekadar dapat 1A tu akan berjaya masuk universiti untuk melanjutkan pelajaran dalam jurusan Diploma Seni Kulinari berbanding Siti Nurhalijah yang dapat 3A.

Kenapa 1A ja pun boleh masuk universiti, yang 3A tak dapat? Kenapa?
Sebab tengok pada syarat Diploma Seni Kulinari,


DIPLOMA SENI KULINARI UITM mereka tetapkan:

KEPUJIAN DALAM:
Bahasa Melayu
Bahasa Inggeris
Matematik
Dan dua mata pelajaran yang lain

Maya Karim dan Siti Nurhalijah kepujian hampir semua mata pelajaran di SPM tetapi cuba tengok subjek MATEMATIK siti nurhalijah dan maya karim. UITM nak matematik kepujian kalau nak sambung DIPLOMA SENI KULINARI tetapi hanya Maya Karim saja yang kepujian dalam matematik walaupun dia dapat 1A saja dalam SPM berbanding Siti yang hanya dapat E dalam matematik tapi dapat 3A.


Apa yang boleh djdanchef katakan adik-adik yang dapat 5 KEPUJIAN dan 5 KEPUJIAN itu termasuk BM, BM, MATEMATIK dan dua subjek lain adik-adik boleh pilih banyak jurusan yang layak dengan adik dan kemungkinan jurusan yang adik idamkan selama ini boleh dapat.

Adik-adik yang hanya sekadar dapat LULUS saja subjek tersebut masih boleh lagi pilih jurusan yang ditawarkan di universiti-universiti tetapi tidaklah banyak. Tetapi jangan risau walaupun tak banyak jurusan yang boleh pilih di Universiti tapi banyak gilerrr lagi jurusan yang adik boleh pilih di Kolej dan Institusi Kemahiran Kerajaan yang lain lagi. Atau form 6.

Yang jurusan SAINS pula lain pula ceritanya. Lagi banyak subjek KERAMAT yang perlu diambil berat.

Sekiranya adik-adik sudah habis diploma dan nak sambung Ijazah ke Universiti lain juga akan kembali lihat 3 subjek keramat ini.


Setakat ini sahaja yang dapat djdanchef kongsikan. Sebarkan kepada adik-adik anda,rakan-rakan. kalau ibu bapa pula tolong beritahu kepada anak anda yang bakal duduk SPM tu tolonglah dapat kepujian 3 SUBJEK KERAMAT BM, BI MATEMATIK dan 2 SUBJEK yang lain dapat C pun dah ok.

Kerana djdanchef tak mahu adik-adik tersalah sasar seperti djdanchef.  Ramai pelajar spm yang belum didedahkan secara agresif tentang 3 SUBJEK KERAMAT ini.


Sekiranya ingin kongsikan entri ini di blog sila nyatakan sumber (backlink) ke blog djdanchef ini. Sekian, harap dapat membantu.


Baca Penuh Pelajar SPM: Tolong score 3 SUBJEK KERAMAT Bahasa Melayu, English dan Matematik

Monday, 4 April 2011

363 PELAJAR CEMERLANG SPM DAPAT BIASISWA 2011|JPA


363 PELAJAR CEMERLANG SPM DAPAT BIASISWA

biasiswa jpa,pelajar spm, lepasan spm,
ALOR SETAR: Seramai 363 pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang mendapat keputusan A penuh (A+) dalam semua mata pelajaran bakal memperoleh biasiswa daripada kerajaan, kata Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi.

Katanya, beliau yakin mereka yang tidak berpeluang untuk mendapat biasiswa daripada Jabatan Perkhidmatan Awam akan diberikan biasiswa lain seperti biasiswa 1Malaysia yang diumumkan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak tahun lalu.

"Selain itu mereka juga berpeluang dapat biasiswa daripada agensi lain seperti Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan Bank Negara," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Sultanah Asma, di sini hari ini.
Pada majlis sama, Mohd Puad turut menyampaikan bantuan wang ehsan RM22,600 kepada 113 pelajar berkenaan yang terbabit dengan bencana banjir November tahun lalu.

Mohd Puad berkata, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) sudah mula mengagih bantuan RM6.4 juta kepada pelajar dan sekolah yang terjejas akibat banjir besar di Kedah baru-baru ini.

"RM2.4 juta wang ehsan diberikan kepada 10,329 pelajar terbabit banjir di Kedah, iaitu RM200 setiap seorang; dan RM4 juta lagi diberikan kepada sekolah yang pelbagai peralatan dan bangunannya rosak akibat banjir, agar ia dapat dibaik pulih, demi keselesaan pelajar dan guru," katanya.

Beliau berkata, bantuan itu diserahkan kepada Jabatan Pelajaran (JPN) Kedah untuk diagihkan secepat mungkin kepada pelajar dan sekolah terbabit. - BERNAMA
Baca Penuh 363 PELAJAR CEMERLANG SPM DAPAT BIASISWA 2011|JPA

Saturday, 26 March 2011

BEZA MATRIKULASI ASASI DAN DIPLOMA - LEPASAN SPM - IPTA

Bila tiba musim keputusan SPM keluar saja, ini merupakan musim yang paling pening untuk lepasan pelajar SPM membuat keputusan kemana hala tuju mereka selepas keputusan spm diumumkan. Ada yang fikir dan tertanya-tanya apa perbezaan antara Matrikulasi dan Diploma ? Ada pelajar-pelajar SPM yang pening membuat keputusan sama ada nak sambung belajar di Universiti seperti UiTM atau Matrikulasi atau IPTA lain seperti Politeknik Kolej Komuniti dan Intituit Kemahiran.

Okay jangan pening-pening lagi. Ini saya dapat maklumat dan info tentang perbezaan antara Matrikulasi dan Diploma . Apa kelebihan Matrikulasi ? Apa kekurangan Diploma ? Sumber ini saya petik dari sifu2b.wordpress.com


Matrikulasi dan program asasi adalah program khas yang dirangka untuk membolehkan pelajar cemerlang melangkau program diploma. Matrikulasi keutamaan adalah program satu tahun (PST) walaupun ada juga program dua tahun (PDT). Matrikulasi yang popular sekarang ialah matrikulasi KPM. Namun begitu program asasi seperti program asasi sains atau program asasi undang-undang atau program asasi perakaunan juga memberi peluang lepasan SPM melangkau ke peringkat ijazah dalam tempoh singkat iaitu 1 tahun (2 semester) . Kedua-dua peluang pembelajaran ini, matrikulasi dan program asasi dikenali sebagai program laluan pantas (fast track). Bayangkan dalam usia 19 tahun pelajar dari kedua-dua program ini, jika cemerlang, layak memasuki program ijazah aliran sains (3 tahun kecuali perubatan 4-5 tahun) atau perundangan (3 tahun) atau perakaunan (4 tahun) dan selepas tamat belajar, bakal memasuki dunia pekerjaan di usia muda, 21-22 tahun.
Diploma pula terbuka kepada semua lepasan SPM dan semua aliran dan jenis persekolahan. Walau bagaimanapun, ia menawarkan tempoh pembelajaran yang panjang iaitu 3 tahun. Hanya selepas tamat atau bergraduat dari diploma, barulah pelajar lepasan diploma boleh mengikuti program ijazah dalam bidang yang mereka minati, sama ada aliran sains/teknikal atau aliran sastera. Ada banyak peluang belajar disediakan dalam kategori diploma oleh itu pelajar boleh merancang kerjaya mereka dari awal lagi. Sebagai contoh, pelajar diploma perakaunan selepas tamat pegajian boleh membuat keputusan sama ada terus sambung belajar atau terus bekerja. Sebaliknya pelajar matrikulasi dan program asasi tidak boleh berhenti belajar kerana dari segi pengiktirafan, sijil matrikulasi dan program asasi itu hanya sah kegunaannya untuk kemasukan ke IPT. Jika mereka memilih untk bekerja sementara waktu atau bagi tempoh yang lama, pelajar-pelajar lepasan matrikulasi dan program asasi sebenarnya hanya memiliki kelayakan SPM. Begitulah bezanya dari segi taraf dan peluang pekerjaan.
Tetapi perlu diingat di sini, pelajar-pelajar yang memohon matrikulasi dan program asasi sememangnya diandaikan akan terus belajar ke peringkat ijazah, dan kerana itulah pihak KPM dan IPTA yang menawarkan program-program laluan pantas ini hanya memilih pelajar cemerlang. Ini kerana dipercayai pelajar sedia cemerlang dalam SPM akan mampu menangani kehidupan dan proses pembelajaran yang ketat dan pelbagai bagi tempoh singkat 2 semester. Juga diyakini individu sebegini sebenarnya mempunyai kesungguhan dan cita-cita diri yang jelas. Tanpa faktor ini, maka ada segolongan kecil pelajar lepasan SPM yang menyesal mengikuti program matrikulasi maupun program asasi kerana didapati lebih ‘demanding’ dan agak sukar menerima perubahan yang mesti dilakukan pelajar. Program diploma pula, walaupun turut dipohon oleh pelajar cemerlang dan pelajar sederhana, proses pembelajarannya telah direncanakan dan dipanjangkan bagi tempoh 3 tahun. Maka pelajar-pelajar diploma ada sedikit ruang ‘bernafas’ dan peluang membetulkan keadaan jika mengalami kegagalan atau kejatuhan prestasi.
Tetapi pembaca blog ini harus sedar bahawa matrikulasi, program asasi dan diploma sememangnya dirancang berdasarkan dasar dan falsafah yang berbeza. Jika anda memilih matrikulasi atau program asasi ketahuilah bahawa jerih payah anda dibalas dengan kepantasan memasuki bidang ijazah dan dunia pekerjaan manakala program diploma, walaupun tidak ‘menyesakkan nafas’ pelajar tetapi dari segi persaingan, akan terlewat masuk ke peringkat ijazah dan seterusnya lambatmemasuki bidang pekerjaan sebagai lepasan ijazah.
Contohnya anggaplah ada 2 orang pelajar, pelajar A dan Pelajar B merupakan lepasan SPM 2007 kini mencari peluang belajar di IPTA. Pelajar A ditawarkan matrikulasi di Kolej Martrikulasi Labuan, pelajar B ditawarkan diploma perakaunan di UiTM Shah Alam. Kedua-duanya adalah pelajar cemerlang dan kedua-duanya berpakat bakal mengikuti program ijazah perakaunan di UUM.
Di usia 18 tahun ini, kedua-duanya memulakan pengembaraan masing-masing tahun 2008 ini.
Pertengahan tahun 2008 – Pelajar A mula belajar di matrikulasi PST manakala Pelajar B mula belajar di peringkat diploma perakaunan di UiTM.
Pertengahan tahun 2009 – Pelajar A tamatkan pengajian matrikulasi dengan CGPA 3.80 dan Julai 2009 mula mengikuti program ijazah perakaunan di UUM di tahun pertama. Pelajar B pula memasuki tahun kedua pengajian diploma.
Pertengahan tahun 2010 – Pelajar A sedang belajar di tahun kedua ijazah perakaunan di UUM. Pelajar B memulakan pembelajaran di tahun ketiga program diploma beliau.
Pertengahan tahun 2011 – Pelajar A sedang belajar di tahun ketiga ijazah perakaunan di UUM. Pelajar B dah tamat diploma dengan CGPA 3.80 juga dan mulai Julai 2011 mulakan pengajian beliau di tahun pertama ijazah perakaunan di UUM. Pelajar A sekarang ini senior 3 tahun berbanding rakannya Pelajar B yang baru menjadi pelajar junior.
Pertengahan tahun 2012 – Pelajar A memulakan pembelajaran di tahun keempat dan terakhir program ijazah perakaunan di UUM. Rakannya pelajar B pula baru memasuk tahun kedua pengajian ijazah perakaunan di UUM juga.
Pertengahan tahun 2013 – Pelajar A telah tamat pengajian dengan CGPA 4.00, menunggu konvokesyen dalam bulan Ogos dan sejak Julai dah bekerja di Ernst & Young sebagai pembantu juruaudit. Pelajar B sedang melanjutkan pelajaran di tahun ketiga ijazah perakaunan di UUM.
Pertengahan tahun 2014 – Pelajar A masih berkerja di Ernst & Young dan kecekapannya menyebabkan beliau telah dinaikkan jawatan dan tangga gaji yang lebih lumayan. Pelajar B mula belaja di tahun keempat, tahun terakhir ijazah perakaunan di UUM.
Pertengahan tahun 2015 – Pelajar A masih bekerja di E&Y dan memasuki tahun ketiga bertugas untuk melengkapkan syarat menjadi akauntan bertauliah*. Pelajar B tamat pengajian degan CGPA 4.00 dan sedang menunggu konvokesyen di bulan Ogos 2015. Mula bekerja di Price Waterhouse sejak Julai 2014 dan bakal mencipta kerjaya sebagai akauntan bertauliah juga. * Syarat untuk mejadi akauntan bertauliah ialah pengalaman 3 tahun bekerja minimum dalam bidang perakaunan yang diiktiraf. Juruaudit adalah salah satu darinya.
Dan begitulah seterusnya. Dengan andaian persaingan yang sihat, dan tiada masalah yang menghalang kedua-dua mereka menangguhkan pembelajaran dan mencari pekerjaan. Sifu berharap, dari penerangan dan contoh yang sifu berikan dapat memberi sedikit gambaran kepada pelajar untuk membuat keputusan mana satukah laluan yang lebih sesuai kepada dirinya. Setiap keputusan itu bakal mempengaruhi peluang dan kejayaan anda di masa hadapan. Tambahan : Jika pelajar B sambung belajar ke peringkat ijazah di UiTM, sebagai pemegang diploma UiTM, beliau layak mendapat pengecualian jam kredit, dan tempoh masa belajar boleh disingkatkan kepada 3 tahun (6 sem) atau 3 1/2 tahun (7 sem), tertakluk kepada syarat UiTM. Sebaliknya jika sambung belajar ke IPTA lain, pelajar B terpaksa mengharungi pembelajaran genap 8 sem (4 tahun).
sumber: sifu2b.wordpress.com

Ok macam mana? harap pelajar-pelajar lepasan SPM dapat memikirkan keputusan yang terbaik setelah membaca mengenai perbezaan antara Matrikulasi dan Diploma serta Kelebihan dan Kekurangan Matrikulasi dan Diploma di IPT malaysia ini. Sekian berjumpa lagi di entri yang lain.
Baca Penuh BEZA MATRIKULASI ASASI DAN DIPLOMA - LEPASAN SPM - IPTA

Wednesday, 2 March 2011

TARIKH KEPUTUSAN SPM 2010 KELUAR PADA..

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,


Maaf saya masih tidak tahu tarikhnya biala tapii..

Di sini saya ingin berkongsi dengan pelajar SPM semua mengenai serba sedikit mengenai maklumat dan perancangan kerjaya selepas SPM. Tips dan maklumat berikut insyallah akan terus membantu anda dalam mengejar impian dan cita-cita yang diidam-idamkan selama ini.
pelajar SPM dapat mengikuti serba sedikit apa yang akan diterangkan seterusnya.
Jika tiada perancangan dari awal, kebanyakan dari pelajar SPM masih mencari apa yang harus anda lakukan selepas tamat persekolahan peringkat menengah.

Sebahagian besar dari pelajar SPM sudah merancang dari awal untuk mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM dan seterusnya memohon kursus tertentu di institusi-institusi pengajian yang terpilih. CARA BETUL BUAT KEPUTUSAN PELAJAR SPM

Keputusan pelajar SPM kelak akan menentukan masa depan pelajar SPM pada masa hadapan.Jadi sebelum mengisi borang permohonan adalah penting untuk melihat latar belakang akademik,minat dan komitmen anda. Adalah lebih baik jika pelajar SPM telah membuat satu pelan perancangan sebelum dan selepas membuat sesuatu keputusan.

Jika anda telah yakin untuk memilih satu kursus yang anda minati, anda haruslah berhenti untuk berfikir kembali. Kenapa tidak memilih itu dan ini? Kenapa tidak cuba kursus itu? Ini penting supaya setiap keputusan anda adalah jelas serta mempunyai alasan yang kukuh. TIPS SPM PERCUMA

Ini adalah sedikit sebanyak tips dan maklumat penting untuk anda semua khususnya pelajar Lepasan SPM. Insyallah dengan doa dan iringan motivasi daripada ibu bapa, guru-guru dan sedikit tips dan maklumat daripada saya, saya yakin pelajar SPM semua akan berjaya!!

Ingin mendapatkan Rujukan Informasi Kerjaya Lepasan SPM yang terkini?
Dapatkan rujukannya di sini -->> KLIK SINI
Baca Penuh TARIKH KEPUTUSAN SPM 2010 KELUAR PADA..