djchef Pegawai Bank Wanita Maut Ditembak Pengawal Keselamatan | PANAS GILER!! - DJDANCHEF

Thursday 24 October 2013

Pegawai Bank Wanita Maut Ditembak Pengawal Keselamatan

KUALA LUMPUR – Seorang pegawai bank wanita berusia 37 tahun maut apabila ditembak di bahagian muka oleh pengawal keselamatan bank berkenaan yang kemudian bertindak melarikan sejumlah wang.
mynewshub, jenayah
Dalam kejadian pukul 6.18 petang tadi, mangsa, Norazita Abu Talib, maut di tempat kejadian apabila bahagian mukanya hancur akibat peluru ‘pump gun’ yang dilepaskan  oleh suspek, Ardi Hamza, 36 yang berasal dari Jalan Apas, Tawau, Sabah.
Kejadian berlaku di sebuah bank di Jalan USJ Sentral, Subang Jaya.
bangsatTimbalan Ketua Polis Selangor Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata, apabila peti pintu kebal itu dibuka, suspek kemudian melepaskan tembakan yang mengenai muka mangsa yang  kemudiaannya meninggal dunia di tempat kejadian.
Ardi dipercayai melarikan diri dengan sebuah motosikal bersama sejumlah wang selepas kejadian itu.
watermark ic suspect
Allahyarham yang merupakan ibu kepada dua cahayamata dikatakan telah 16 tahun berkerja dengan bank berkenaan.
Kejadian, terdapat 5 kakitangan bank termasuk suspek.
JOM SHARE ARTIKEL INI:

1 comment:

  1. sedih dengan berita ni, dan salam takziah buat keluarga mangsa...tapi lepas ni mesti ramai yang seriau...i mean pegawai bank... tulah sekarang ni nak kena pantau betul2 security guard yang bertugas...security pun tak ley percaya... hurmmm.... kena buat thorough background checkup kalau nak amik security lepas ni...

    ReplyDelete

Silakan komen djdanchef akan balas kunjungan anda.