djchef Pelajar SPM: Tolong score 3 SUBJEK KERAMAT Bahasa Melayu, English dan Matematik | PANAS GILER!! - DJDANCHEF

Thursday 21 March 2013

Pelajar SPM: Tolong score 3 SUBJEK KERAMAT Bahasa Melayu, English dan Matematik

Pelajar SPM score subjek keramat yang terpenting dan paling penting Bahasa Melayu atau Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris B.I dan Matematik.

Salam.. Memandangkan keputusan SPM akan keluar tak lama lagi, djdanchef ingin kongsikan kepada pelajar-pelajar yang sedang ambil SPM mahupun yang telah tamat SPM (pelajar lepasan spm) mengenai 3 subjek yang tidak ramai yang ambil kesah tetapi akhirnya ia akan buat anda terbantut di tengah jalan dan pening kepala nak pilih jurusan yang didamkan waktu isi borang upu tapi tak dapat pilih hanya gara-gara 3 SUBJEK KERAMAT ini tapi sekiranya anda minat jurusan berkaitan Sains anda perlu ambil berat terhadap 5 SUBJEK KERAMAT iaitu BM, BI, MATEMATIK, SAINS dan Subjek Fizik/Kimia/Biologi.


TOLONGLAH DAPAT KEPUJIAN UNTUK BM, BI DAN MATEMATIK. KENAPA?

Ini adalah pengalaman dari djdanchef dan juga rakan-rakan seperjuangan djdanchef selepas SPM. Pelajar yang mendapat kepujian BM,BI dan MATEMATIK akan lebih banyak jurusan yang boleh dipilih di IPTA nanti berbanding pelajar yang hanya dapat LULUS saja.

SEKURANG-KURANGNYA DAPAT 5 KEPUJIAN (BM, BI, MATEMATIK dan DUA SUBJEK LAIN YANG BERKAITAN DENGAN JURUSAN)

TAK DAPAT A PUN TAK APA JANJI DAPAT GRED C DAN KEATAS

Kepada adik-adik yang SPMnya mendapat 5 kepujian dan dalam 5 kepujian tu termasuk 3 SUBJEK KERAMAT tadi. InsyaAllah ada potensi anda akan masuk UNIVERSITI.

Sebagai contoh UITM:

Adik teringin nak jadi JURURAWAT (Nurse). Jadi adik akan pilih jurusan DIPLOMA KEJURURAWATAN. Dan syarat yang mereka tetapkan ialah:

KEPUJIAN DALAM:
Bahasa Melayu
Bahasa Inggeris
Matematik
Sains atau Biologi
Dan satu mata pelajaran yang lain

Jurusan jururawat uitm masih mahukan BM,BI,MATEMATIK mesti Kepujian sekurang-kurangnya dapat C dan keatas. Sains pun kepujian. Serta satu mata pelajaran yang lain tak kisahlah subjek apa janji kepujian. Kalau adik cuma dapat D/E untuk salah satu subjek diatas tadi walaupun D/E tu bermaksud LULUS tetapi potensi untuk dapat jurusan ini tersangatlah tipis.

Adik yang lain pula teringin nak jadi seorang CHEF. Jadi adik boleh pilih jurusan DIPLOMA SENI KULINARI. Nama memang agak pelik tapi kalau yang ingin jadi CHEF djdanchef galakkan pilih jurusan SENI KULINARI ini djdanchef pun hairan kenapa mereka tak letak saja DIPLOMA CHEF atau DIPLOMA MASAKAN.

DIPLOMA SENI KULINARI UITM mereka tetapkan:

KEPUJIAN DALAM:
Bahasa Melayu
Bahasa Inggeris
Matematik
Dan dua mata pelajaran yang lain

Masih sama, mereka masih mahukan 3 SUBJEK KERAMAT itu kepujian sekurang-kurangya dapat gred C. Nak masak duduk dapur pun nak MATEMATIK kepujian juga? Ya. Pilihlah jurusan mana pun adik-adik akan bertemu dengan MATEMATIK juga.

Contoh POLITEKNIK:

Tadi djdanchef sembang tentang UITM sekarang beralih pula ke POLITEKNIK.

Saya suka MELANCONG dan nak jadi AGEN PELANCONGAN! jurusan yang boleh dipilih DIPLOMA PENGURUSAN PELANCONGAN.

Syarat DIPLOMA PENGURUSAN PELANCONGAN di politeknik mereka tetapkan:

KEPUJIAN DALAM:
Bahasa Melayu
Bahasa Inggeris
Matematik
Dan dua mata pelajaran yang lain

Masih sama lagi politeknik juga mahukan kepujian dalam BM, BI, dan Matematik serta dua mata pelajaran yang lain.

KALAU DAPAT 2A DALAM BM, KEMAHIRAN HIDUP, DAPAT B UNTUK BI TAPI DAPAT E DALAM MATEMATIK?

Contoh keputusan SPM Siti Nurhalijah:
BM - A (kepujian),
Pendidikan Islam - A (Kepujian),
Perdagangan - A (Kepujian),
BI - B (Kepujian),
Kemahiran Hidup - C (Kepujian)
Matematik - E (Lulus)

(Siti nurhalijah dapat 3A hebat kottt..)

Contoh result SPM Maya Karim:
BM - A (kepujian)
Pendidikan Islam - B (Kepujian)
Perdagangan - B (kepujian)
BI - C (kepujian)
Kemahiran Hidup - C (Kepujian)
Matematik - C (Kepujian)

(Lorhh.. Maya karim dapat 1A je.. kesiann)

Jangan pandang rendah terhadap Maya Karim, sekiranya Maya Karim memohon jurusan Diploma Seni Kulinari ada potensi Maya Karim yang hanya sekadar dapat 1A tu akan berjaya masuk universiti untuk melanjutkan pelajaran dalam jurusan Diploma Seni Kulinari berbanding Siti Nurhalijah yang dapat 3A.

Kenapa 1A ja pun boleh masuk universiti, yang 3A tak dapat? Kenapa?
Sebab tengok pada syarat Diploma Seni Kulinari,


DIPLOMA SENI KULINARI UITM mereka tetapkan:

KEPUJIAN DALAM:
Bahasa Melayu
Bahasa Inggeris
Matematik
Dan dua mata pelajaran yang lain

Maya Karim dan Siti Nurhalijah kepujian hampir semua mata pelajaran di SPM tetapi cuba tengok subjek MATEMATIK siti nurhalijah dan maya karim. UITM nak matematik kepujian kalau nak sambung DIPLOMA SENI KULINARI tetapi hanya Maya Karim saja yang kepujian dalam matematik walaupun dia dapat 1A saja dalam SPM berbanding Siti yang hanya dapat E dalam matematik tapi dapat 3A.


Apa yang boleh djdanchef katakan adik-adik yang dapat 5 KEPUJIAN dan 5 KEPUJIAN itu termasuk BM, BM, MATEMATIK dan dua subjek lain adik-adik boleh pilih banyak jurusan yang layak dengan adik dan kemungkinan jurusan yang adik idamkan selama ini boleh dapat.

Adik-adik yang hanya sekadar dapat LULUS saja subjek tersebut masih boleh lagi pilih jurusan yang ditawarkan di universiti-universiti tetapi tidaklah banyak. Tetapi jangan risau walaupun tak banyak jurusan yang boleh pilih di Universiti tapi banyak gilerrr lagi jurusan yang adik boleh pilih di Kolej dan Institusi Kemahiran Kerajaan yang lain lagi. Atau form 6.

Yang jurusan SAINS pula lain pula ceritanya. Lagi banyak subjek KERAMAT yang perlu diambil berat.

Sekiranya adik-adik sudah habis diploma dan nak sambung Ijazah ke Universiti lain juga akan kembali lihat 3 subjek keramat ini.


Setakat ini sahaja yang dapat djdanchef kongsikan. Sebarkan kepada adik-adik anda,rakan-rakan. kalau ibu bapa pula tolong beritahu kepada anak anda yang bakal duduk SPM tu tolonglah dapat kepujian 3 SUBJEK KERAMAT BM, BI MATEMATIK dan 2 SUBJEK yang lain dapat C pun dah ok.

Kerana djdanchef tak mahu adik-adik tersalah sasar seperti djdanchef.  Ramai pelajar spm yang belum didedahkan secara agresif tentang 3 SUBJEK KERAMAT ini.


Sekiranya ingin kongsikan entri ini di blog sila nyatakan sumber (backlink) ke blog djdanchef ini. Sekian, harap dapat membantu.


JOM SHARE ARTIKEL INI:

45 comments:

  1. kak MV dulu credit 3 subjek ni...

    ReplyDelete
  2. lihat subjek maths & addmaths di http://www.addmathtambahan.biz dan fizik di http://www.physics4spm.com

    ReplyDelete
  3. Math mmg sgt penting..Terutamanya klu nk sambung engineering.. dulu pn saya dpt credit 3 jugak tp alhamdulillah dpt jugak smbg engineering hehehe...

    ReplyDelete
  4. dapat 1A tapi BI dapat D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah kita, tapi saya Spm candidate 2014.hai , susah betul nak mohon upu gara2 Bi D tp dapat 2A

      Delete
    2. Samalah kita

      Delete
  5. hai stdnt2 lepasan spm kami dari education malaysia dapat membantu kamu utk further study
    nak study foundation in science boleh, diploma pun boleh, sijil kemahiran pun boleh more info call 0123241645

    ReplyDelete
  6. saya dapat 3A je.entah saya dapat ke tak :x

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum.... Saya dpt 5a 1b 1c 2d. Bm, bi, mth n pi she dpt a . Sejarah a+. Bio b, add mth c, phy n chem d. Tip Skrg ni Saya tak faham Kenapa Saya tak dapat upu or poli. Upu saya mntk law, tesl dan sewaktu dengannya (yg x de kaitan dengan sains). Poli plk, saya mntk yg biasa2 je. Kenapa ya? Result kwn sya lebih kurang je dengan saya.... Yg bezanya bi die a- n sejarah die a tapi, dia dapat law. Kalau ikutkan saya lebih lyk since law sllunye tengok sej n bi. Markah koko kami pon lebih korg sme je....

    ReplyDelete
    Replies
    1. subjek yg adik minta tu semua hebat2 akinlah ada beribu lagi yang hebat dari adik.. kos biasa2 kos ape tu dik? bagi abg kos biasa tu - kos pembalakan, operasi kilang, perhutanan, hiasa dalaman.. ang xrasa adik pilih kos biasa mcm ni kan? :-)

      Delete
  8. Awak ... kiter selalu baca blog awak tau ....
    boleh kiter tau nama awak ? .. maaf tanya terbuka camnie ...
    admire penulisan awak jer... :)

    my website; Jubah Moden

    ReplyDelete
    Replies
    1. ambih dok brtempaekk iklanjubah moden pula dah

      Delete
  9. Sain dpt 1A bi dpt D layak msuk ape??

    ReplyDelete
    Replies
    1. ade lagi yg penting MATEMATIK kena kepujian.. no.2 baru bi dan dan bm

      Delete
  10. salam,saya pelajar lepasan spm 2013,saya mendapat keputusan 7A 2D dlm mata pelajaran BI dan addmath,saya minat dalam bidang akauntan layakkah saya dapat belajar di matrik ataupun di ipt?sedangkan prinsip peraukaunan saya perolehi gred A+ ...saya perlukan maklum balas secepat mungkin,tk (:

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak faham lah dik.. Banyak A tak penting yang penting 3 SUBJEK KERAMAT NI kena A

      Delete
  11. Sangat mmbantu blog ni. Tapi nak buat macam mana, saya dah terlambat. Saya dpt 5A , 3B+ dan 1 D. D saya english. Susah sangat nak masuk u. Yg dapat uitm je, tu pun kos seni bina dalaman dan lain lain.... U lain mcm uia langsung taknak saya . So yg tngah duduk spm tu, ingat english tu pnting.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hmm xapa.. sekuranya awak masuk juga U.. djdanchef ni umur dah nak senja baru dapat masuk U hara2 matematik D

      Delete
    2. Nak tanya kalau dapat 6 kredit tapi math fail . Memang takde peluang ke nak masuk politeknik atau uitm?

      Delete
  12. Kalau nk jady nurse pergigian ? Subjek aper yg spttnyer score ?

    Hrap blas

    ReplyDelete
  13. Nak masak tak perlu Bahasa Melayu..Cakap cina pun boleh masak..So ape perlunya kredit BM? Ni lah kerajaan yang tak menggunakan akal. Orang cina yang tinggal di China lebih terror memasak drpd melayu. universiti2 kat malaysia semuanya takde otak. Patutlah melayu ni bangsa yang tak hebat pun. Sekian.

    ReplyDelete
  14. macam mana nk apply untuk kulinari di UiTM ??

    ReplyDelete
  15. Dpat D bm mcm mane no mohon seni kulinari

    ReplyDelete
  16. saye da lpas smue syarat2 tu.. tp bi saye D... mcam mne yek.. ??

    ReplyDelete
  17. Salam saya punya result 1A dan BI c+ tapi math saya D boleh mohon ke untuk kulinari?

    ReplyDelete
  18. Salam .sy dapat 3A 3B 2c 1D
    bm n math sy A .tpi bi sy D .sy nk ambk aliran agama .prlu jgk ke c bi?hnya nk thu

    ReplyDelete
  19. Salam .sy dpt 3A3B2C1D .math n bm sy A..tpi Bi sy D .sy layak ke nk masuk u? Ke kne ambk paper july utk bi..

    ReplyDelete
  20. Saya dpt 7a 1b 1c 1d .. d saya bi . Ape course yg sye blhh apply?

    ReplyDelete
  21. Saya mndpt 7a 1b1c1d... D saya bi .. kos ape yg saya blh apply?

    ReplyDelete
  22. tumpang tanya..sya nk apply kulinari tpi math saya d....boleh ke x?

    ReplyDelete
  23. tumpang tanya....klau nk apply kulinari tpi math d...boleh x?

    ReplyDelete
  24. tumpang tanya....klau nk apply kulinari tpi math d.......bleh x?

    ReplyDelete
  25. Saya dpt D dlm eng .. Tapi saya nk apply course TESL rase nye boleh x??

    ReplyDelete
    Replies
    1. lebih baik jangan. apply ikut dgn keputusan awak. jumpa kaunselor mintak pendapat.

      Delete
  26. @Ikhwan : Bahasa Melayu kan bahasa ibunda? Kenapa nak salahkan kerajaan pula?

    ReplyDelete
  27. Tumpang tanya,Gred subjek apa ye yg layak ambik bidang IT.Kalau BM,Math-B pula dpt BI-C layak ke?

    ReplyDelete
  28. Saya minat seni kulinari tapi yg lain saya dpat B cuma BM , BI , MT boleh kaa saya sambung belajar dalam bidang kulinari nihh

    ReplyDelete
  29. Boleh tumpang tnya ,
    saya minat dalam seni kulinari nih smua subjek B tapi cuma BM , BI , MT dpat gred D bolehka saya apply dlam bidang tuh saya buntu

    ReplyDelete
  30. saya dapat D dalam english....nak jadi MA boleh ke? saya amik sains tulen... kimia dapat D...yg lain creadit dan keatas....boleh ke jadi ma ni.....cikgu kata saya xdpt masuk U lansung.....T^T...

    ReplyDelete
  31. risaunyaa hmm math je yg E lelain okayy.Rse time exam bolh buat tpi xde rezeki.Nk amik spmu tpi igt2x lupe je math tu.Down btullh sbb mth je smue xlyk sedihhh


    ReplyDelete
  32. Assalamualaikum , saya ambil spm tahun 2015 dan baru saja dapat result .
    Keputusan spm baru baru ini saya dapat
    2 A ( 1A , 1A- ) , 5 B ( 3B+ 2B ) , 1C , 1D .
    Saya credit semua subject kecuali math ( D ) . Macam mana ni ? Bidang apa yang saya boleh ambil di upu ? Saya sangat buntu sekarang ni . Saya check bidang yang ditawarkan untuk saya hanyalah bidang yang biasa biasa je tapi kawan saya keputusan agak teruk tetapi credit math dapat bidang yang best best . Haih :'(

    ReplyDelete
  33. Saya spm dapat 2A math,srjrh 2B+ chem,agama 2B phy,bm 2C+ addmth,bio 1C bi....saya minat kimia tapi tak dapat A. Boleh ke Keputusan Sebegini memasuki jurusan kimia??

    ReplyDelete
  34. salam. kalau spm saya dpt matematik tak kepujian atau gagal, ada peluang tak untuk saya sambung belajar dlm bidang nurse? saya minat sangat nak jadi nurse tp saya lemah sangat dalam bidang matematik. ada penyelesaian tak ?

    ReplyDelete

Silakan komen djdanchef akan balas kunjungan anda.