djchef BEZA MATRIKULASI ASASI DAN DIPLOMA - LEPASAN SPM - IPTA | PANAS GILER!! - DJDANCHEF

Saturday 26 March 2011

BEZA MATRIKULASI ASASI DAN DIPLOMA - LEPASAN SPM - IPTA

Bila tiba musim keputusan SPM keluar saja, ini merupakan musim yang paling pening untuk lepasan pelajar SPM membuat keputusan kemana hala tuju mereka selepas keputusan spm diumumkan. Ada yang fikir dan tertanya-tanya apa perbezaan antara Matrikulasi dan Diploma ? Ada pelajar-pelajar SPM yang pening membuat keputusan sama ada nak sambung belajar di Universiti seperti UiTM atau Matrikulasi atau IPTA lain seperti Politeknik Kolej Komuniti dan Intituit Kemahiran.

Okay jangan pening-pening lagi. Ini saya dapat maklumat dan info tentang perbezaan antara Matrikulasi dan Diploma . Apa kelebihan Matrikulasi ? Apa kekurangan Diploma ? Sumber ini saya petik dari sifu2b.wordpress.com


Matrikulasi dan program asasi adalah program khas yang dirangka untuk membolehkan pelajar cemerlang melangkau program diploma. Matrikulasi keutamaan adalah program satu tahun (PST) walaupun ada juga program dua tahun (PDT). Matrikulasi yang popular sekarang ialah matrikulasi KPM. Namun begitu program asasi seperti program asasi sains atau program asasi undang-undang atau program asasi perakaunan juga memberi peluang lepasan SPM melangkau ke peringkat ijazah dalam tempoh singkat iaitu 1 tahun (2 semester) . Kedua-dua peluang pembelajaran ini, matrikulasi dan program asasi dikenali sebagai program laluan pantas (fast track). Bayangkan dalam usia 19 tahun pelajar dari kedua-dua program ini, jika cemerlang, layak memasuki program ijazah aliran sains (3 tahun kecuali perubatan 4-5 tahun) atau perundangan (3 tahun) atau perakaunan (4 tahun) dan selepas tamat belajar, bakal memasuki dunia pekerjaan di usia muda, 21-22 tahun.
Diploma pula terbuka kepada semua lepasan SPM dan semua aliran dan jenis persekolahan. Walau bagaimanapun, ia menawarkan tempoh pembelajaran yang panjang iaitu 3 tahun. Hanya selepas tamat atau bergraduat dari diploma, barulah pelajar lepasan diploma boleh mengikuti program ijazah dalam bidang yang mereka minati, sama ada aliran sains/teknikal atau aliran sastera. Ada banyak peluang belajar disediakan dalam kategori diploma oleh itu pelajar boleh merancang kerjaya mereka dari awal lagi. Sebagai contoh, pelajar diploma perakaunan selepas tamat pegajian boleh membuat keputusan sama ada terus sambung belajar atau terus bekerja. Sebaliknya pelajar matrikulasi dan program asasi tidak boleh berhenti belajar kerana dari segi pengiktirafan, sijil matrikulasi dan program asasi itu hanya sah kegunaannya untuk kemasukan ke IPT. Jika mereka memilih untk bekerja sementara waktu atau bagi tempoh yang lama, pelajar-pelajar lepasan matrikulasi dan program asasi sebenarnya hanya memiliki kelayakan SPM. Begitulah bezanya dari segi taraf dan peluang pekerjaan.
Tetapi perlu diingat di sini, pelajar-pelajar yang memohon matrikulasi dan program asasi sememangnya diandaikan akan terus belajar ke peringkat ijazah, dan kerana itulah pihak KPM dan IPTA yang menawarkan program-program laluan pantas ini hanya memilih pelajar cemerlang. Ini kerana dipercayai pelajar sedia cemerlang dalam SPM akan mampu menangani kehidupan dan proses pembelajaran yang ketat dan pelbagai bagi tempoh singkat 2 semester. Juga diyakini individu sebegini sebenarnya mempunyai kesungguhan dan cita-cita diri yang jelas. Tanpa faktor ini, maka ada segolongan kecil pelajar lepasan SPM yang menyesal mengikuti program matrikulasi maupun program asasi kerana didapati lebih ‘demanding’ dan agak sukar menerima perubahan yang mesti dilakukan pelajar. Program diploma pula, walaupun turut dipohon oleh pelajar cemerlang dan pelajar sederhana, proses pembelajarannya telah direncanakan dan dipanjangkan bagi tempoh 3 tahun. Maka pelajar-pelajar diploma ada sedikit ruang ‘bernafas’ dan peluang membetulkan keadaan jika mengalami kegagalan atau kejatuhan prestasi.
Tetapi pembaca blog ini harus sedar bahawa matrikulasi, program asasi dan diploma sememangnya dirancang berdasarkan dasar dan falsafah yang berbeza. Jika anda memilih matrikulasi atau program asasi ketahuilah bahawa jerih payah anda dibalas dengan kepantasan memasuki bidang ijazah dan dunia pekerjaan manakala program diploma, walaupun tidak ‘menyesakkan nafas’ pelajar tetapi dari segi persaingan, akan terlewat masuk ke peringkat ijazah dan seterusnya lambatmemasuki bidang pekerjaan sebagai lepasan ijazah.
Contohnya anggaplah ada 2 orang pelajar, pelajar A dan Pelajar B merupakan lepasan SPM 2007 kini mencari peluang belajar di IPTA. Pelajar A ditawarkan matrikulasi di Kolej Martrikulasi Labuan, pelajar B ditawarkan diploma perakaunan di UiTM Shah Alam. Kedua-duanya adalah pelajar cemerlang dan kedua-duanya berpakat bakal mengikuti program ijazah perakaunan di UUM.
Di usia 18 tahun ini, kedua-duanya memulakan pengembaraan masing-masing tahun 2008 ini.
Pertengahan tahun 2008 – Pelajar A mula belajar di matrikulasi PST manakala Pelajar B mula belajar di peringkat diploma perakaunan di UiTM.
Pertengahan tahun 2009 – Pelajar A tamatkan pengajian matrikulasi dengan CGPA 3.80 dan Julai 2009 mula mengikuti program ijazah perakaunan di UUM di tahun pertama. Pelajar B pula memasuki tahun kedua pengajian diploma.
Pertengahan tahun 2010 – Pelajar A sedang belajar di tahun kedua ijazah perakaunan di UUM. Pelajar B memulakan pembelajaran di tahun ketiga program diploma beliau.
Pertengahan tahun 2011 – Pelajar A sedang belajar di tahun ketiga ijazah perakaunan di UUM. Pelajar B dah tamat diploma dengan CGPA 3.80 juga dan mulai Julai 2011 mulakan pengajian beliau di tahun pertama ijazah perakaunan di UUM. Pelajar A sekarang ini senior 3 tahun berbanding rakannya Pelajar B yang baru menjadi pelajar junior.
Pertengahan tahun 2012 – Pelajar A memulakan pembelajaran di tahun keempat dan terakhir program ijazah perakaunan di UUM. Rakannya pelajar B pula baru memasuk tahun kedua pengajian ijazah perakaunan di UUM juga.
Pertengahan tahun 2013 – Pelajar A telah tamat pengajian dengan CGPA 4.00, menunggu konvokesyen dalam bulan Ogos dan sejak Julai dah bekerja di Ernst & Young sebagai pembantu juruaudit. Pelajar B sedang melanjutkan pelajaran di tahun ketiga ijazah perakaunan di UUM.
Pertengahan tahun 2014 – Pelajar A masih berkerja di Ernst & Young dan kecekapannya menyebabkan beliau telah dinaikkan jawatan dan tangga gaji yang lebih lumayan. Pelajar B mula belaja di tahun keempat, tahun terakhir ijazah perakaunan di UUM.
Pertengahan tahun 2015 – Pelajar A masih bekerja di E&Y dan memasuki tahun ketiga bertugas untuk melengkapkan syarat menjadi akauntan bertauliah*. Pelajar B tamat pengajian degan CGPA 4.00 dan sedang menunggu konvokesyen di bulan Ogos 2015. Mula bekerja di Price Waterhouse sejak Julai 2014 dan bakal mencipta kerjaya sebagai akauntan bertauliah juga. * Syarat untuk mejadi akauntan bertauliah ialah pengalaman 3 tahun bekerja minimum dalam bidang perakaunan yang diiktiraf. Juruaudit adalah salah satu darinya.
Dan begitulah seterusnya. Dengan andaian persaingan yang sihat, dan tiada masalah yang menghalang kedua-dua mereka menangguhkan pembelajaran dan mencari pekerjaan. Sifu berharap, dari penerangan dan contoh yang sifu berikan dapat memberi sedikit gambaran kepada pelajar untuk membuat keputusan mana satukah laluan yang lebih sesuai kepada dirinya. Setiap keputusan itu bakal mempengaruhi peluang dan kejayaan anda di masa hadapan. Tambahan : Jika pelajar B sambung belajar ke peringkat ijazah di UiTM, sebagai pemegang diploma UiTM, beliau layak mendapat pengecualian jam kredit, dan tempoh masa belajar boleh disingkatkan kepada 3 tahun (6 sem) atau 3 1/2 tahun (7 sem), tertakluk kepada syarat UiTM. Sebaliknya jika sambung belajar ke IPTA lain, pelajar B terpaksa mengharungi pembelajaran genap 8 sem (4 tahun).
sumber: sifu2b.wordpress.com

Ok macam mana? harap pelajar-pelajar lepasan SPM dapat memikirkan keputusan yang terbaik setelah membaca mengenai perbezaan antara Matrikulasi dan Diploma serta Kelebihan dan Kekurangan Matrikulasi dan Diploma di IPT malaysia ini. Sekian berjumpa lagi di entri yang lain.
JOM SHARE ARTIKEL INI:

21 comments:

  1. thnx 4 dis information.. its very helpfull...

    ReplyDelete
  2. so matrikulasi lagi baik dari ipta atau sebaliknya?pls do comment on this...

    ReplyDelete
  3. matrik senang jew..kalo x yakin masuk diploma..diploma pown terbaik jugak..x boleyh kate matrik lagi baik dr diploma..ramai jugak student cemerlang amik diploma..suma ok..aq dulu matrik pointer ok pastu leyh dapat banyak tawaran biasiswa..gud luck untuk korang..

    ReplyDelete
  4. takot nyew..pening lah..nk amex matrik tkot susah..nk amex diploma,,lambat pulak kate nyew..aduyai..

    ReplyDelete
  5. umm..i think better matrik..mybe ''sempit'' sket masa nk blajar..actually msa singkt tula yg blh tarbiah kite jd lg cemerlang..cemerlang in akademik n pengurusan masa..yakin pd diri je.ikot kata hati.anyway,thx for the info..byk mmbantu sy.=)

    ReplyDelete
  6. nak tanya, antara matrik dan foundation, mana lebih baik? ada yg kata foundation lebih advance, komen sikit ...

    ReplyDelete
  7. Thanks for the info ! Sangat membantu . :)

    ReplyDelete
  8. if you guys willing to deadly focus in 1 year. then go for matrik. tp kalau korg rase nk berhoneymoon, forget it. i was matrik student and you had to struggle. bkn nk menakutkan tp it's reality. bkn lame pon 1 tahun tu. fokus sekejap je. good luck guys...ex kmph-ians

    ReplyDelete
  9. still wondering...matrik or asasi sains..

    ReplyDelete
  10. biar lambat asalkan berjaya ;D

    ReplyDelete
  11. skrg i pljar matrik perlis n mmg struggle gler r blajar but hope u all can make a good choice

    ReplyDelete
  12. aku seruis "menyesal" ambik diploma 3 tahun...pas tu klau nak sambung degree 4 tau 3 tahun lagi..jadi semua 3+3=6thn

    walaupum x dapat matrik..lbh baik masuk form 6 je..1 1/2+3=4 1/2

    nak pinjam PTPTN lagi tu..

    ReplyDelete
  13. xjugak..sy amek dip. di spa..3 tahun cnfm keje...
    lpas tu smbl2 keje leh smbg blaja....yg buat degree tu blum tntu dpt keje lau result xelok..skrg rami sgt siswazah meganggur....fikir2 kan lah

    ReplyDelete
  14. Rezeki itu dari allah.. cepat tidak semestinya setiap tahun naik pangkat... kadang2 yg lambat rezekinye lebih dari yg cepat. Alam pekerjaan bukan sehari dua.. tetapi sehingga berumur 60 tahun.. Ade yang belajar dari sijil , diploma, ijazah... dan sekarang rezekinye lebih berbanding rakan yg cemerlang dlm matrik... Tiada kelemahan bagi kedua2 matrix dan diplom, yang penting dapatkan keputusan yg baik bagi melayakan anda memohon pekerjaan.. Rezeki selebihnya Allah yg maha mengetahui.. :) :Roslan

    ReplyDelete
  15. hai, boleh saya tahu perbezaan f6 dgn matrikulasi? mcm pros and cons... harap dapat tindak balas dan terima kasih terlebih dahulu :)
    -eve-

    ReplyDelete
  16. kejap kejap.. kalau kita amik diploma account..and masa degree pon amik account jugak.. bukan masa belajar untuk degree dah dipendekkan ke? contoh.. diploma 3 tahun tapi dia punya degree jadi 2 tahun je.. sebab dia amek course yang sama.. tapi.. sape yang amik asasi dgn matrik.. dorang punya degree jadi 4 tahun.. so tak rasa same je ke.. dalam masa 5 tahun dorang dah ada degree masing masing.. walaupun amik diploma and asasi or matrik..

    ReplyDelete
  17. bagi saya info ada sedikit kesilapan.. apabila pelajar matrik masuk tahun keempat di peringkat ijazah.. pembelajaran nya sama dgn bdk diploma di tahun pertama ijazah.. kerana apa.? kerana lepasan diploma apabila nak ambil ijazah..mana ada sampai 4 tahun.. hanya dua tahun sahaja ok.!
    lepasan matrik smbung ijazah 4 tahun jumlah pngajian sama dgn 5 tahun.. bdk diploma smbung ijazah akn jd dua tahun shj cmpur dgn tiga thun diploma akn jd 5 tahun jgk ok.! mereka akan konvo bersama2x dgn bdk matrik.. yg beza disini.. cuma kpt akn serap bdk dr kpm dulu utk smbung ijazah.. so bdk diploma sukar sikit nk smbung ijazah wlupon pointer 3.4 or 3.5 .. rmai persaingan dgn bdk f6 n matrik.. sekiann..

    ReplyDelete
  18. biasanya kalu diploma dalam bidang sama boleh transfer credit terutamanya kalau sambung ke universiti yang sama..so nampak mcm x betul sgt kalau start balik dari tahun pertama mcm kes kat atas..anyway tu pun x amik kira kalu yang amik degree tu repeat2 paper smpai kena kejar dengan budak diploma tadi..hahaha..so anyway benda ni balik kepada usaha masing2 juga..

    ReplyDelete
  19. bgi opinion aku, klo kmu mmg bijak boleh la pigi matrikulasi mmg nak struggle la klo nak masuk matrikulasi...
    klo ambi diploma ada juga masa utk belajar... bgi pelajar yg nak slow ckit tau lemah ckit blh la masuk diploma...
    anyway, misti tengo kemampuan masing-masing... dan memikir yg baik2.... sblm decide~
    mmg aku sgt AGREE with comment (25 April 2012) 19.45
    aku budak ex-matrik ni, gagal tawaran upu... byk kwn dgn keluarga kasi suggest masuk matrik tp xtau though sgt ti.... skrg mmg nak ambi balik diploma....
    dr ex-kml.lian

    ReplyDelete
  20. Kalau rasa diri RAJIN , sila ke matrik / asasi
    Tapi kalau sebaliknya, better ke dip, jgn ke matrik, it's fact, *exkmj2012/2013* matrik tak susah kalau rajin study :) goodluck

    ReplyDelete

Silakan komen djdanchef akan balas kunjungan anda.