djchef PANAS GILER!! - DJDANCHEF

Sunday, 24 November 2013

Novel Terbaru November 2013: My Indo Chick - Marissa

Beli baca online novel melayu My Indo Chick - Marissa harga drama kat mana nak jual novel terbaru 2013 karya seni kakinovel penulisan2u sinopsis

Tajuk : My Indo Chick
Penulis : Marissa
Harga : RM19.00
ISBN : 978-967-0246-59-8
 my indo chick

Sinopsis My Indo Chick - Marissa

RAY jejaka tampan yang sudah bertahkta dalam hati Indah Natasya sejak mula, sering saja membuatkan kepala Indah serabut dengan kerenahnya yang selamba dan sedikit angkuh. Tapi disebabkan sayang, Indah pendamkan saja. Mahu diapakan lagi? Nasib badanlah… Siapa suruh gatal bercinta dengan lelaki kerabat diraja itu?

“Awak tak takut ke kalau-kalau ada artis yang berkenan kat saya? Manalah tahukan…” - INDAH NATASYA

“Awak, tak ada artis yang berkenan kat awak tu. Kalau adapun, sah artis tu hilang skru. Percayalah, selain saya, tak ada siapa yang sanggup ambil awak jadi kekasih.”- RAY

“Tapi awak jangan menyesal nanti.” - INDAH NATASYA si My Indo Chick

“Jangan nak perasan lebih-lebih. Tengok cermin dulu kalau masih tak sedar diri. Lawak betullah awak ni.” - RAY

Namun kehadiran Gibran Alias, seorang pengurus artis membuatkan pandangan Indah Natasya tentang lelaki dan cinta berubah sama sekali. Rupa-rupanya ada yang lebih istimewa daripada Ray.

“Nama saya Gibran Alias. Umur saya 30 tahun. Saya pengurus artis syarikat Prime Rekod. Dan saya handsome orangnya.” - GIBRAN ALIAS


Aduhai, serius tak boleh blah mamat ni. Suka buat Indah ketawa, suka buat perasaan Indah berbunga-bunga. Tetapi hati Indah hanya ada satu. Mana boleh dilapah jadi dua? Dan satu-satunya hati itu mahu diserahkan kepada siapa? Kepada Ray yang bajet bagus itu atau kepada Gibran yang ala-ala kadar saja? Entahlah…

Testimoni Pembeli Novel
Beberapa testimoni pembeli yang telah membeli novel daripada kami



**DILARANG COPY PASTE PRINTCREEN PEMBELI AS RAFFALI SHOP DIMANA2 WEBSITE TANPA KEIZINAN KAMI.

HARGA NOVEL:
RM19

Nak order online? Boleh hubungi As Raffali Shop melalui:
Untuk Order:
SMS atau WhatsApp: 012-4973905
WeChat/Line ID: asraffali
Facebook: http://www.facebook.com/belinovel
Jom dapatkan my indo chick daripada kami.
Baca Penuh Novel Terbaru November 2013: My Indo Chick - Marissa

Thursday, 21 November 2013

Novel Terbaru November 2013: Saya Tunggu Awak - Bonda Nor

Beli baca online novel melayu Saya Tunggu Awak - Bonda Nor harga drama kat mana nak jual novel terbaru 2013 karya seni kakinovel penulisan2u sinopsis

ID product: 9789830974453
Format : Kulit Nipis
Penerbit : Galeri Ilmu
Tarikh terbitan: 15-OCT-2013
Kategori (utama): Novel
Kategori (sub): Islamik

Harga: RM 24.00


Sinopsis Saya Tunggu Awak:

Novel ini berkenaan seorang ustazah yang menjadikan kitab Bidayatul Hidayah sebagai bahan pengajarannya. Bidayatul Hidayah bermaksud Permulaan Taqwa. Ia diambil bersempena nama sebuah kitab karangan Imam Al-Ghazali. Menerusi novel ini, kisah mujahadah menepis cinta ini bermula gara-gara penglibatan kedua-dua watak utama dalam penganjuran satu seminar yang dipanggil SEMINAR BIDAYATUL HIDAYAH.

Kitab Bidayatul Hidayah umpama satu manual harian seorang Mukmin yang menyentuh aspek-aspek utama kehidupan mereka. Begitu juga dengan kaedah penulisan novel ini yang cuba menyentuh beberapa permasalahan utama yang sering timbul dalam kehidupan manusia. Dengan ilmu dan kekuatan mujahadah, manusia mampu merentas bidayatul hidayah atau permulaan taqwa.

Bidayatul Hidayah mungkin bukan satu nama asing bagi ahli-ahli agama namun ia satu nama yang agak baharu bagi masyarakat seluruhnya. Justeru diharapkan menerusi pemahsyuran semula nama ini akan menarik perhatian mereka untuk membaca kitab Al-Ghazali ini dan memanfaatkan isinya dalam saya tunggu awak.


Testimoni Pembeli Novel
Beberapa testimoni pembeli yang telah membeli novel daripada kami



**DILARANG COPY PASTE PRINTCREEN PEMBELI AS RAFFALI SHOP DIMANA2 WEBSITE TANPA KEIZINAN KAMI.


HARGA NOVEL:
RM24


Nak order online? Boleh hubungi As Raffali Shop melalui:
Untuk Order:
SMS atau WhatsApp: 012-4973905
WeChat/Line ID: asraffali
Facebook: http://www.facebook.com/belinovel
Jom dapatkan novel saya tunggu awak daripada kami.
Baca Penuh Novel Terbaru November 2013: Saya Tunggu Awak - Bonda Nor

Novel Terbaru November 2013: Dia Isteri Luar Biasa - Umie Nadzimah

Beli baca online novel melayu Dia Isteri Luar Biasa - Umie Nadzimah harga drama kat mana nak jual novel terbaru 2013 karya seni kakinovel penulisan2u sinopsis

Tajuk : Dia… Isteri Luar Biasa
Penulis : Umie Nadzimah
Harga : RM24.00
ISBN : 978-967-0567-15-0
 dia isteri luar biasa

Sinopsis Dia Isteri Luar Biasa
SINGLE is simple, double is trouble...

Itu moto hidup Dewi Yusra. Katanya, dia boleh hidup tanpa lelaki, lagi mudah dan tidak serabut otak. Lelaki menyusahkan, suka ambil kesempatan!

Perempuan tak kahwin pun boleh ada anaklah! Bukan spesies angkat-angkat ya, yang asli datang dari rahim Dewi Yusra. Kau gila ke Dewi, ingat nak buat anak tu semudah buat nasi ayam ke? Hesy... Mesti ada jalanlah…

Dewi serius! Walau dengan apa cara pun, Dewi tetap ingin punya anak dari darah dagingnya. Anak yang akan mewarisi syarikat perniagaan Cik NAB a.k.a Nasi Ayam Bonda.

“Aku akan kahwin! Syaratnya aku nak kahwin sampai mengandung aje ya, lepas tu  aku chaw. No husband anymore. Sebelum aku sakit hati ditinggalkan, lebih baik aku blah dahulu” - DEWI YUSRA

Maka bermulalah usaha Dewi untuk mendapatkan ‘Suami Sementara­’ dari lelaki baik-baik, gen terhebat, genius dan stok sembahyang atas kapal terbang.

“Saya Amzar... errr... Radin Amzar yang duduk sebelah you dalam flight dari Heathrow hari tu...” - RADEN AMZAR

Bagai nak tercabut jantung Dewi dengar. Lelaki edisi terhad tu hubungi dia? Macam tak percaya pun ada. Ingatkan lelaki itu akan terus hilang. Tuhan berikan Dewi peluang ke ni?

Berjayakah rancangan Dewi Yusra untuk memerangkap Dr. Radin Amzar, lelaki terpilih  sebagai ‘Suami Sementara’nya untuk seorang zuriat? Bagaimana pula rancangan Kamarul yang terlalu menyintainya?


Temui jawapannya dalam DIA... Isteri Luar Biasa, kisah seorang gadis yang terpaksa bangkit dari peristiwa kelam hidupnya.

Testimoni Pembeli Novel
Beberapa testimoni pembeli yang telah membeli novel daripada kami



**DILARANG COPY PASTE PRINTCREEN PEMBELI AS RAFFALI SHOP DIMANA2 WEBSITE TANPA KEIZINAN KAMI.


HARGA NOVEL:
RM24


Nak order online? Boleh hubungi As Raffali Shop melalui:
Untuk Order:
SMS atau WhatsApp: 012-4973905
WeChat/Line ID: asraffali
Facebook: http://www.facebook.com/belinovel
Jom dapatkan novel dia isteri luar biasa daripada kami.
Baca Penuh Novel Terbaru November 2013: Dia Isteri Luar Biasa - Umie Nadzimah

Beli Novel Online: Isteri Untuk Disewa - Syamnuriezmil

Beli baca online novel melayu Isteri Untuk Disewa - Syamnuriezmil harga murah drama kat mana nak jual sinopsis

Tajuk : Isteri Untuk Disewa 
Penulis : Syamnuriezmil
Harga : RM29.00
ISBN : 978-967-0246-60-4

Sinopsis Novel Isteri Untuk Disewa
Anda mempunyai masalah dalam perhubungan?

Anda perlu seseorang untuk menyelesaikan masalah anda?

Anda perlu seseorang memutuskan hubungan anda dengan si dia?

Atau... Anda perlu seseorang untuk menyamar menyelamatkan hubungan anda dengan si dia? Saya ada penyelesaiannya...

Orang untuk disewa!

Sila telefon saya, Nur Adreiana, 012-3459876.

Anytime, Anywhere... I’ll be there.

Dia bukan seorang perempuan yang menjual maruahnya tapi dia ialah Nur Adreiana, minah merah jambu. Akibat perniagaan perkhidmatan sewanya itu, tiba-tiba saja hatinya itu dituntut untuk dimiliki empat jejaka. Namun, Nur bukan lelaki yang boleh berkahwin empat.

“Nur pulangkan cincin ini apabila Nur bersedia untuk tidak menjadi isteri abang ya, sayang...” – Noah Ryzal, pelanggan.

“Ini cincin pilihan saya, untuk awak. Tak apa... Kalau tak suka, banyak lagi boleh pilih! Cubalah untuk terima saya, Cik Nur!” – Putera Raiyan, CEO.

“Cincin ini untuk Nur, dan akan hanya jadi milik Nur. Bukan Isabella, bukan sesiapa. Titik.” – Imtiyaz Irdad, kawan baik.

“Ini cincin daripada ayah kepada ibu saya. Nanti, kalau parents awak setuju, kita kecilkan sikit.” – Suffi Naufal, Remy Ishak celup.


Antara pelanggan, CEO, kawan baik dan Remy Ishak celup, mana satu yang dapat menyewa hati Nur dengan ringgit cinta? Dalam hidup, hanya ada dua pilihan, tanpa dia, kita boleh hidup atau, tanpa dia, kita tak boleh hidup. Yang mana satu... pilihan Nur? Ahh.. Isteri Untuk Disewa .

Testimoni Pembeli Novel
Beberapa testimoni pembeli yang telah membeli novel daripada kami



**DILARANG COPY PASTE PRINTCREEN PEMBELI AS RAFFALI SHOP DIMANA2 WEBSITE TANPA KEIZINAN KAMI.


HARGA NOVEL:
RM29


Nak order online? Boleh hubungi As Raffali Shop melalui:
Untuk Order:
SMS atau WhatsApp: 012-4973905
WeChat/Line ID: asraffali
Facebook: http://www.facebook.com/belinovel
Jom dapatkan novel isteri untuk disewa daripada kami.
Baca Penuh Beli Novel Online: Isteri Untuk Disewa - Syamnuriezmil