djchef PANAS GILER!! - DJDANCHEF

Sunday, 30 September 2012

RAWATAN GURAH & MENCUCI SUARA

Ada yang pernah dengar pasal perubatan / rawatan gurah ker? djchef baru kali pertama dengar. Sebenarnya rawatan gurah ni lebih kurang seperti rawatan resdung dan berbekam.

Kaedah rawatan ini dapat mengeluarkan semua lendir yang ada di hidung dan kerongkong supaya nafas menjadi lebih panjang dan lunak. Sampai boleh tarikh macam jackly victor atau nash tak? atau suara merdu macam emma maembong ?Hehe..

Rawatan ini turut dikenali sebagai rawatan cuci suara. Selain membersihkan hidung dan kerongkong, ia juga dapat menyelesaikan masalah resdung dan simptom kerap bersin terutamanya pada waktu pagi.

Bagi yang kerap berdengkur sampai tak 'ingat dunia kan' rawatan ini turut membantu untuk mengurangkan dengkuran bagi mendapatkan tidur yang lebih berkualiti.

BAGAIMANA RAWATAN GURAH DILAKUKAN
Ok sebenarnya kaedah rawatan ini menggunakan titisan air rebusan akar kayu terpilih dan biasanya mengambil masa selama 45 minit untuk selesai.

Pelanggan akan diminta berbaring sebelum air rebusan akar kayu dititiskan ke dalam hidung.

Dalam masa seminit, tekak pesakit akan berasa sedikit pedih sebelum dia diminta duduk dengan memegang sebuah baldi kecil.

Beberapa saat kemudian, pesakit secara automatik memuntahkan lendir berwarna putih jernih daripada hidung dan mulut. Haah!! Boleh imagine?

Bagi yang tidak pernah membuat rawatan gurah ibu kerak yang berwarna kekuningan seperti nanah dan sedikit berbau juga akan keluar
bersama.

Selepas rongga dibersihkan, lontaran suara anda akan berasa ringan serta mantap. Kaedah ini juga mampu merawat penyakit suka berkahak dan resdung yang kerap bersin pagi.

PELANGGAN GURAH
Antara pelanggan yang sering mendapatkan khidmat gurah terdiri daripada kalangan artis, qari, qariah dan bilal.

Siapa yang nak memantapkan suara mana tahu dapat nyanyi dengan baik lagu muara hati - hafiz & siti nurhaliza ? Atau ada yang nak melancarkan nafas dan merawat resdung? Boleh la cuba rawatan gurah ini.


Baca Penuh RAWATAN GURAH & MENCUCI SUARA

Saturday, 29 September 2012

BAJET 2013 : BONUS SEBULAN SETENGAH GAJI PENJAWAT AWAM | 1 BULAN GAJI KAKITANGAN AWAM

Bajet 2013 : bonus sebulan (1bulan) setengah gaji untuk penjawat kakitangan awam djchef.

KUALA LUMPUR 28 Sept. - Kira-kira 1.3 juta penjawat awam akan menerima bonus sebulan gaji manakala pesara akan menerima RM500, demikian diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata bonus sebulan itu sebagai tambahan kepada setengah bulan gaji yang telah dibayar sebelum perayaan Aidilfitri yang lepas, Bayaran bonus itu akan dibuat sebanyak dua kali iaitu setengah bulan pada bulan Disember manakala setengah bulan lagi pada Januari depan.

Sebagai kerajaan yang mengenang budi, suka saya mengumumkan pemberian bonus sebanyak 1 satu setengah bulan gaji. Dari jumlah tersebut, setengah bulan telahpun diberikan menjelang Aidilfitri yang lepas," kata Najib yang juga Menteri Kewangan ketika membentangkan Belanjawan 2013 di Dewan Rakyat hari ini.

Kerajaan pada Ogos lepas memberikan bonus setengah bulan gaji dengan minimum RM500 kepada semua penjawat awam, manakala pesara menerima RM500 bagi menyambut Aidilfitri.

Najib berkata pemberian bonus tersebut diharap dapat mengurangkan beban penjawat awam terutamanya yang berkeluarga, bagi menghadapi musim persekolahan yang akan bermula Januari depan. - BERNAMA

** MAKLUMAN **
Untuk Baca semua yang berkaitan bajet 2013 sila klik sini>> BAJET 2013

= =  =  = = =

Baca Penuh BAJET 2013 : BONUS SEBULAN SETENGAH GAJI PENJAWAT AWAM | 1 BULAN GAJI KAKITANGAN AWAM

Friday, 28 September 2012

BAJET 2013: SUBSIDI GULA DIKURANGKAN 20 SEN SEKILO MULAI ESOK

Bajet 2013: Subsidi gula dikurangkan 20 sen sekilo mulai esok djchef.

KUALA LUMPUR 28 Sept. - Subsidi gula dikurangkan sebanyak 20 sen sekilogram bermula esok, demikian diumumkan Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ketika membentangkan Belanjawan 2013 di Dewan Rakyat di sini, Perdana Menteri berkata pengurangan subsidi itu telah mendapat sokongan daripada persatuan pengguna dan pengamal kesihatan.

"Bagaimanapun kerajaan masih lagi menanggung subsidi gula sebanyak 34 sen satu kilogram yang melibatkan perbelanjaan sebanyak RM278 juta," katanya ketika membentangkan belanjawan bertemakan “Memakmur Negara, Mensejahtera Rakyat: Sebuah Janji Ditepati" hari ini.

Perdana Menteri berkata keputusan itu turut mengambil kira jumlah 2.6 juta rakyat Malaysia yang menghidap diabetis ketika ini.

Najib berkata di sebalik pengurangan subsidi itu, kerajaan berharap peniaga tidak membebankan masyarakat keseluruhan dengan menaikkan harga barangan sebaliknya mengurangkan kandungan gula di dalam produk yang diniagakan.

Sementara itu, Perdana Menteri turut mengumumkan peruntukan sebanyak RM1.5 bilion bagi menstabilkan harga minyak masak di pasaran.

Beliau berkata peruntukan itu juga untuk menampung perbezaan harga dan kuota penggunaan minyak masak yang semakin meningkat ketika ini. - BERNAMA

** MAKLUMAN **
Untuk Baca semua yang berkaitan bajet 2013 sila klik sini>> BAJET 2013

Baca Penuh BAJET 2013: SUBSIDI GULA DIKURANGKAN 20 SEN SEKILO MULAI ESOK

BAJET 2013: BR1M (BANTUAN RAKYAT 1MALAYSIA) BANTU BUJANG 21 TAHUN KE ATAS

Bajet 2013: BR1M 2.0 Bantuan rakyat 1malaysia bantu individu bujang yang berumur 21 tahun ke atas djchef.

KUALA LUMPUR 28 Sept. - Perdana Menteri hari ini mengumumkan pelaksanaan program Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) buat kali kedua, dengan kriteria penerima diperluas kepada individu bujang berumur 21 tahun ke atas yang berpendapatan tidak lebih RM2,000 sebulan, yang akan menerima bantuan RM250.

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata bantuan yang dikenali sebagai BR1M 2.0 itu melibatkan peruntukan RM3 bilion dan mula dibayar awal tahun depan itu akan memberi manfaat kepada 4.3 juta isi rumah serta 2.7 juta individu bujang.

Beliau berkata bagi memudahkan pelaksanaan, penerima sebelum ini tidak lagi perlu mendaftar untuk kali kedua, manakala pemohon baru boleh mendaftar mulai November ini secara online atau datang sendiri ke kaunter di Pejabat Pembangunan
Negeri, Pejabat Daerah dan Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri di seluruh negara.

"Hakikatnya bantuan kepada isi rumah dan individu bujang ini bukanlah satu langkah populis, malah manifestasi sebuah kerajaan yang bertanggungjawab dan mampu mengurus kewangan negara dengan berhemah," katanya semasa membentangkan Belanjawan 2013 di Dewan Rakyat di sini.

BR1M 2.0 merupakan susulan kepada BR1M tahun ini yang menyaksikan kerajaan persekutuan
memberi bantuan RM500 kepada setiap isi rumah berpendapatan RM3,000 sebulan ke bawah, yang dimanfaatkan oleh 4.3 juta isi rumah, yang membabitkan peruntukan kerajaan menjangkau hampir RM2.16 bilion. - BERNAMA

** MAKLUMAN **
Untuk Baca semua yang berkaitan bajet 2013 sila klik sini>> BAJET 2013

=  =  =  =  =  =

Baca Penuh BAJET 2013: BR1M (BANTUAN RAKYAT 1MALAYSIA) BANTU BUJANG 21 TAHUN KE ATAS