djchef PANAS GILER!! - DJDANCHEF

Tuesday, 4 April 2017

Tiga Rakyat Malaysia Bakal Takluk Kutub Utara

Tiga Rakyat Malaysia Bakal Takluk Kutub Utara



SEPANG – Tiga anggota Kelab Eksplorasi 7 Benua Malaysia (KE7B) hari ini berlepas ke Longyearbyen, Svalbard, Norway sebelum ke Kutub Utara bagi menjayakan ekspedisi meluncur di atas ais sejauh 111 kilometer.

Ekspedisi KE7B Kutub Utara 2017 disertai ikon sukan lasak negara, Muhammad Muqharbbin Mokhtarrudin, 35; atlet dualthlon dan triathlon negara, Shahrom Abdullah, 38; dan Muhammad Irwan Yusoff Abdullah, 37.

Kumpulan itu akan menjelajah "Last Degree Ski" sejauh 111 kilometer di bawah cuaca yang sejuk ekstrem dengan suhu boleh mencecah negatif 50 darjah celsius selama 11 hari.

Mereka akan memulakan misi pada 12 April ini dan bakal mencatat sejarah sebagai rakyat Malaysia terawal menakluk Kutub Utara.

Penasihat KE7B Malaysia, Datuk Akmar Hisham Mokhles berkata kumpulan itu akan memulakan penjelajahan dari Stesen Barneo ke Titik Kosong Darjah Kutub Utara.

Akmar yang juga Setiausaha kepada perdana menteri berkata kumpulan itu akan berpangkalan di Longyearbyen, Svalbard selama enam hari untuk menjalani proses penyesuaian diri serta persiapan akhir kelengkapan.

"Saya yakin ketiga-tiga mereka akan berjaya dalam ekspedisi ini kerana mereka telah melakukan persiapan yang rapi.

"Kami berharap cuaca yang baik dan tidak berlaku ribut agar ekspedisi ini boleh tamat dalam tempoh yang ditetapkan," katanya kepada pemberita sebelum berlepas ke Longyearbyen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini hari ini.

Sementara itu, Persiden KE7B, Muhammad Muqharbbin berkata mereka telah menjalani beberapa siri latihan fizikal di Jepun, Amerika Syarikat dan sekitar Malaysia.

Selain itu, beliau berkata mereka akan berski sambil menarik kereta luncur salji sepanjang ekspedisi itu yang mengandungi barang-barang keperluan seperti peralatan khemah, bekalan makanan dan pelbagai peralatan yang dianggarkan seberat 50 kilogram.

"Kami sudah bersedia dan kami yakin dapat melaksanakan misi ini dalam tempoh masa yang ditetapkan," katanya.

Ekspedisi ke Kutub Utara itu menjadi ekspedisi keenam KE7B selepas Ekspedisi KE7B 7 Puncak 7 Benua 2010, Ekspedisi KE7B Renangan Perpaduan Selat Inggeris 2012, Ekspedisi KE7B Felda Everest 2013, Ekspedisi Jelajah KE7B Felda Greenland dengan ski 2014 dan Ekspedisi Jelajah KE7B Kutub Selatan 2015-2016. 

Baca Penuh Tiga Rakyat Malaysia Bakal Takluk Kutub Utara

Monday, 3 April 2017

Skuad Bola Sepak Kebangsaan Kembali Guna Nama Harimau Malaya


Skuad Bola Sepak Kebangsaan Kembali Guna Nama Harimau Malaya



3 Apr - Skuad bola sepak kebangsaan akan kembali menggunakan nama Harimau Malaya sebagai nama rasmi pasukan tersebut.

Perkara itu diberitahu oleh FAM menerusi laman Facebooknya sebentar tadi.

"Skuad bola sepak kebangsaan akan kembali menggunakan nama gelaran Harimau Malaya sebagaimana nama asal pasukan tersebut sejak ditubuhkan. 

"Penukaran nama ini adalah atas titah DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor selaku Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM). " kata Setiausaha Agung FAM, Dato' Haji Hamidin menerusi satu kenyataan.

Kenyataan itu turut menyebut perubahan itu selaras dengan permintaan penyokong yang mahu nama lama itu kembali digunakan berdasarkan sejarah-sejarah yang pernah dilakar oleh pasukan kebangsaan.

"Oleh yang demikian, laman rasmi Harimau Malaysia akan ditutup berkuatkuasa serta merta dan segala maklumat terkini mengenai bola sepak tanah air hanya akan dikemaskini di laman rasmi FAM.

"Semoga kebangkitan semula Harimau Malaya akan mampu memberi sinaran baru untuk pembangunan bola sepak tanah air untuk jangka masa panjang." tulis kenyataan itu la
Baca Penuh Skuad Bola Sepak Kebangsaan Kembali Guna Nama Harimau Malaya

Pelita Nasi Kandar Caj RM15 Cuci Muntah Mabuk

Pelita Nasi Kandar Tampil Perjelas Isu Cas RM15 Cuci Muntah Caj Mabuk



Sejak beberapa hari lalu menjadi viral di laman sosial kononnya restoran nasi kandar Pelita Jalan Ampang telah mengenakan cas RM15 kepada pelanggan yang anaknya muntah.

Gambar sekeping resit yang memaparkan cas itu telah berlegar di media sosial sehingga mencetuskan kemarahan netizen yang tidak berpuas hati.


Rupa-rupanya apa yang disebarkan berkenaan adalah fitnah dan tidak betul, menurut pihak Pelita nasi kandar, sebenarnya yang muntah berkenaan adalah seorang pelanggan dewasa yang dibawah pengaruh alkohol.

Pelanggan berkenaan telah muntah  di dalam pinggan dan meja menyebabkan pekerjanya perlu mencuci muntah tersebut.

Mereka menegaskan tidak mengenakan sebarang cas jika yang muntah itu adalah seorang kanak-kanak seperti yang tersebar di media sosial.

Seorang lelaki telah tampil menyatakan rakan kepada teman wanitanya telah termuntah ketika berada di restoran berkenaan dan tampil membuat penjelasan.


Menurut beliau, rakan teman wanitanya itu sekadar bergurau memuatnaik gambar berkenaan ke Facebook untuk dikongsikan kepada rakan-rakannya namun telah dicuri oleh seseorang dan memanipulasi gambar resit berkenaan.

Beliau menegaskan, pihaknya tidak pernah sama sekali memfitnah pihak Pelita nasi kandar, tetapi gambar telah dimanipulasi oleh orang lain dengan memuatnaik gambar dan kepsyen dengan tujuan memburukkan.
Baca Penuh Pelita Nasi Kandar Caj RM15 Cuci Muntah Mabuk

24 April Diisytiharkan Hari Kelepasan Am Cuti

24 April Diisytiharkan Hari Kelepasan Am cuti 2017


KUALA LUMPUR – Kerajaan memutuskan 24 April ini sebagai hari kelepasan am tambahan di seluruh negara sempena hari pertabalan Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V.

Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Ali Hamsa berkata pengisytiharan cuti umum itu dibuat berdasarkan Seksyen 8 Akta Hari Kelepasan Am 1951 (Akta 369) bagi Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Bagi Sabah dan Sarawak pula, kerajaan negeri telah diminta mengambil tindakan mengikut undang-undang negeri masing-masing, katanya.

"Istiadat pertabalan Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V akan berlangsung di Balairung Seri, Istana Negara pada 24 April ini, sehubungan itu, kerajaan dengan perkenan Seri Paduka akan mengadakan dua acara utama sempena Istiadat Pertabalan baginda.

"Pada sebelah pagi 24 April ini, Istiadat Pertabalan akan berlangsung di Balairung Seri manakala Majlis Santapan Diraja akan diadakan pada waktu malam di Dewan Santapan, Istana Negara," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Selain itu, Ali berkata dua acara lain akan turut diadakan iaitu majlis bacaan Yasin, doa selamat dan solat hajat dijadual berlangsung pada 20 April ini di Masjid Putra, Putrajaya serta Pameran Raja Kita pada 2 Mei di Muzium Diraja (Istana Negara Lama).

Sultan Muhammad V dipilih menjadi Yang di-Pertuan Agong ke-15 menggantikan Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah yang tamat tempoh pemerintahan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14 pada 12 Disember tahun lepas. – BERNAMA

Baca Penuh 24 April Diisytiharkan Hari Kelepasan Am Cuti