djchef PANAS GILER!! - DJDANCHEF
Showing posts with label Shila Amzah. Show all posts
Showing posts with label Shila Amzah. Show all posts

Friday, 15 February 2013

Video Lirik Lagu Masih Aku Cinta - Shila Amzah Buat Sharnazz Ahmad

Video dan Lirik Lagu Masih Aku Cinta - Shila Amzah Untuk Sharnaaz Ahmad | Lagu Baru Shylla Hamzah 2013.

Penyanyi yang melanda kontroversi yang sangat hebat untuk permulaan tahun 2013 Shila Amzah, telah pun memuatnaikan lagu terbarunya di twitter. Lagu terbaru yang berjudul Masih Aku Cinta mempunyai lirik lagu yang sangat mendalam dan penuh makna buat shila. Dikatakan lagu ini khas buat Sharnazz Ahmad?

lirik lagu masih aku cinta shila amzah, download masih aku cinta shila amzah mp3


Hayati Lirik Lagu Masih Aku Cinta - Shila Amzah

Biarpun kau tak lagi ada dengan ku
Takkan ku bisa melupakan mu
Cara mu,memanggil nama ku
Terasa seolah kau masih ada

Jauh di dalam sanubari ku
Tak ku relakan pemergianmu
Namun ku,’kan selalu doakan mu
Agar kau takkan terus terluka

Kau kan temui bahagia
Walaupun aku tidak bersama
Jangan kau gusar
Aku akan selalu ada
Dari jauh engkau masih ku cinta
Dari jauh aku masih mencinta
Masih aku cinta

Takkan pernah ada penggantimu
Yang mem pertahankan ku sepertimu
Satu dunia,menentang cinta kita
Akhirnya kita terpisah jua

Yang mengenal mu cuma aku
Tidak ku menyesal mencintaimu
Yang ku harapkan
Kau juga mendoakan ku

Semoga shila amzah tabah dengan kehidupan baru, datang saja kepada djdanchef, djdanchef pun masing single and available lagi. hehe boleh juga ke entri Gambar Shila Amzah Bertudung.

Video Masih Aku Cinta - Shila Amzah
Baca Penuh Video Lirik Lagu Masih Aku Cinta - Shila Amzah Buat Sharnazz Ahmad

Tuesday, 7 August 2012

GAMBAR SHILA AMZAH BERHIJAB BERTUDUNG

Terbaru gambar shila amzah bertudung dan berhijab. Shila Amzah kini tampil berhijab Khabar gembira ini dikongsi oleh Shila bersama peminat melalui akaun Twitter miliknya @Shilaamzah. Bagi yang masih tidak percaya atau mengganggap penampilan Shila ini hanya bersifat sementara, jangan terburu-buru membuat kesimpulan.

SHILA AMZAH TERLINTAS PAKAI TUDUNG SEJAK 2 BULAN LALU
Ini kerana Shila Hamzah punya penjelasan berhubung perkara ini.

“Keinginan untuk memakai hijab sebenarnya sudah lama terlintas di fikiran iaitu kira-kira dua bulan lalu. Namun, ketika itu hati saya masih berbelah bahagi kerana risaukan karier nyanyian. Saya bimbang peluang kerja menjadi terhad.

Namun, apabila Ramadhan bermula, saya cuba biasakan diri berhijab dan syukur pada 15 Ramadhan hari itu, saya nekad untuk terus mengenakan hijab. Pintu hati saya terbuka secara tiba-tiba. Bukan kerana dipengaruhi oleh sesiapa dan saya gembira dengan perubahan ini,” ujar Shila Amzah ketika dihubungi GUA pada Isnin.

SHILA HAMZAH BERUSAHA MENJADI YANG LEBIH BAIK SETELAH BERTUDUNG
Persoalannya, apakah pencetus kepada perubahan Shila ini? Adakah dia benar-benar bersedia atau sebaliknya? Maklumlah ketika ini
namanya sedang meningkat naik serta menjadi rebutan banyak pihak.

“Sebenarnya saya dididik oleh keluarga bahawa hidup ini sebenarnya sebuah perjalanan. Kita tidak tahu apa yang bakal berlaku pada masa akan datang. Perubahan yang saya lakukan ini adalah untuk memperbaiki diri. Saya berusaha untuk menjadi individu yang lebih baik. Memang karier saya sedang berada di tahap memuaskan, tetapi saya tidak mahu ia menjadi penghalang untuk saya melakukan kebaikan.

Saya sudah berbincang dengan ibu dan ayah tentang masa depan nyanyian saya dan mereka berjaya yakinkan bahawa rezeki itu datangnya daripada Allah. Jadi, saya tidak sepatutnya berasa risau. Seandainya pemakaian hijab ini membuatkan saya hilang banyak peluang, saya redha."

SHILA AMZAH TAK AKAN MENYESAL
"Saya tidak akan pernah menyesal. Saya berhijab untuk mencari keredhaan Allah. Penerimaan orang tidak penting, yang penting adalah penerimaan Allah,” luah Shila lagi.

Terbaru Baca:SUGGEST SHILA KE DISNEYLAND LAH!

SHARNAAZ AHMAD TURUT MEMBERI SOKONGAN
Dalam masa yang sama, Shila Amzah juga mengakui dia terharu dengan sokongan peminatnya. Jelas Shila, sebaik sahaja dia memberitahu tentang perubahan dirinya itu, ramai peminat yang gembira serta mendoakan yang terbaik untuknya. lebih menggembirakan apabila ‘buah hatinya’ Sharnaaz Ahmad turut memberikan sokongan moral.

“Saya rasa cukup bertuah kerana perubahan saya diterima baik oleh ramai orang. Peminat di Twitter beri maklum balas cukup positif. Mereka bagi kata-kata semangat dan doakan yang terbaik untuk saya. Selain itu, saya juga mendapat sokongan moral daripada Sharnaaz. Dia bersyukur dengan perubahan ini,” ujar Shila Amzah dalam nada gembira.

Sempena Aidilfitri ini, Shila akan muncul dalam hampir 10 program raya. Sebahagian daripada program itu akan memperlihatkan penampilan terbaru Shila. Salah satu daripadanya ialah Raya Bersama Randy Pangalila yang akan disiarkan di saluran Astro. Program yang diarahkan oleh Michael Ang itu akan menyaksikan Shila mempersembahkan dua buah lagu. Sumber: (gua dot com dot my) gambar shila amzah bertudung berhijab

GAMBAR SHILA AMZAH BERHIJAB & BERTUDUNG


gambar shila amzah bertudung berhijab
gambar shila amzah bertudung berhijab
gambar shila amzah bertudung berhijab
Baca Penuh GAMBAR SHILA AMZAH BERHIJAB BERTUDUNG