djchef Pertandingan Keceriaan Merdeka 2013 Kuala Lumpur | PANAS GILER!! - DJDANCHEF

Sunday 28 July 2013

Pertandingan Keceriaan Merdeka 2013 Kuala Lumpur


Pertandingan Keceriaan Merdeka 2013 Kuala Lumpur




Jabatan Penerangan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) akan menganjurkan Pertandingan Keceriaan Merdeka 2013 Peringkat WPKL bersempena sambutan hari kemerdekaan pada tahun ini.


Jabatan Penerangan WPKL dalam satu kenyataan media memberitahu, pertandingan itu antara lain bertujuan memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada rakyat Malaysia yang mempunyai semangat tinggi patriotik.

“Pertandingan ini memberi fokus kepada suasana keceriaan sambutan kemerdekaan serta kreativiti peserta dalam mengibar Jalur Gemilang.

“Pertandingan terbahagi kepada lapan kategori iaitu bangunan kerajaan, bangunan swasta, kampung, sekolah, taman perumahan, individu, pintu gerbang dan anjung komuniti 1Malaysia,” kata kenyataan itu hari ini.

Menurut kenyataan itu, penyertaan akan dibuka bermula 1 hingga 12 Ogos ini dan penilaian akan bermula pada 12 hingga 23 Ogos 2013. Kata kenyataan itu, borang penyertaan boleh diperoleh di Jabatan Penerangan WPKL, Tingkat 7 (Barat), Wisma Sime Darby, Jalan Raja Laut di sini.

Borang itu boleh juga diperoleh dengan memuat turun daripada laman web www.penerangan.gov.my/wilayah.

Tambah kenyataan itu, orang ramai yang mahu mendapatkan maklumat lanjut mengenai Pertandingan Keceriaan Merdeka 2013 Peringkat WPKL boleh menghubungi talian 03-2691 2500.

Yang nak sertai itu bolehlah dapatkan borang atau hubungi nombor yang telah disebutkan diatas tadi.

JOM SHARE ARTIKEL INI:

1 comment:

Silakan komen djdanchef akan balas kunjungan anda.