djchef Anak Gadis Rimas Pakai Baju dan Suka Bogel di Kemaman | PANAS GILER!! - DJDANCHEF

Tuesday 11 June 2013

Anak Gadis Rimas Pakai Baju dan Suka Bogel di Kemaman

Anak Gadis Rimas Pakai Baju dan Suka Bogel di Kemaman

KEMAMAN – “Sejak tiga tahun lalu, penyakit anak perempuan saya makin teruk, dia mula rimas pakai baju dan berbogel sepanjang masa,” keluh Nafisah Muda, 55, yang berdepan ujian bertimpa dalam keluarganya, bukan sahaja anak keempat nafisah itu saja menghidap penyakit misteri, malah suaminya juga perlu diberi perhatian kerana kaki kanan terpaksa dipotong akibat kencing manis.


Menurutnya, keadaan anaknya, Nurhaliza Mohamad, 29, atau mesra dipanggil Mek Yah yang berbogel menyebabkan dia terpaksa dikurung dalam sebuah bilik bagi mengelakkan keluar dari rumah dalam keadaan begitu.

“Mek Yah mulai sakit selepas berhenti kerja beberapa bulan setelah tamat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Ketika itu sikapnya mula bertukar murung, suka termenung dan menangis secara tiba-tiba tanpa mengira masa.

“Dari sebulan ke sebulan, dia bertukar agresif. Dia baling barang dalam rumah, tendang pintu dan ada ketikanya dia berjoget serta bercakap dengan dinding.

“Mula-mula sakit dia pakai baju sama seminggu dan tak nak tukar tapi sejak tiga tahun lalu, dia tak mahu pakai pakaian. Bila dipakaikan baju, dia koyakkan dan tanggalkan,” katanya sebak ketika dikunjungi Sinar Harian di rumahnya di Kampung Semai Bakti, Felda Kerteh 6.

Sejak sakit, Nafisah sekeluarga membawa anaknya berjumpa pengamal perubatan tradisional dan kebanyakan mereka memberitahu anaknya itu diganggu makhluk halus.

“Ada juga bomoh mengatakan Mek Yah yang ada bersama kami sekarang hanya tinggal jasad, manakala jiwa dan rohnya berada di tempat lain.

“Dalam tempoh 12 tahun sejak dia sakit, bermacam-macam bomoh dan pengamal perubatan Islam yang kami temui termasuk Ustaz Harun Din sebagai ikhtiar tapi semuanya tak berhasil. Kami juga bawa anak ke hospital dan doktor kata anak sakit mental,” katanya.


Terpaksa Dikurung

“Sebelum ini bilik tidurnya tidak berkunci tapi selepas kejadian itu, kami buat bilik khas untuknya dan terpaksa mengurungnya bagi mengelakkannya keluar rumah. Sebagai ibu, luluh hati saya bila terpaksa buat begini. Bahkan ada juga yang mengata kami disebabkan kurung anak tapi ini bukan dengan kerelaan kami,” katanya sambil mengalirkan air mata.

Makan Sambil Mencangkung

Mek Yah juga makan seperti gaya beruk atau mawas dan sejak tiga tahun lalu juga setiap kali buang air besar Mek Yah akan memijak-mijak najisnya sendiri.

“Saya juga pelik kerana walaupun sudah basuh bilik anak dengan sabun, namun bau busuk dan hanyir dalam biliknya anak tetap tidak hilang.

“Dalam keadaan begini, dua anak lelaki saya banyak bantu bila Mek Yah agresif kerana pergerakan suami sudah terbatas sejak potong kaki setahun lebih yang lalu,” katanya.

Nafisah dan Mohamad sekeluarga juga merayu sesiapa yang pandai mengubat penyakit misteri untuk tampil membantu merawat penyakit anak mereka.

Djdanchef: semoga Nafisah dan sekeluarga tabah. - Berita @djdanchef


JOM SHARE ARTIKEL INI:

2 comments:

  1. wah pelik tul penyakit ni... hurm... kena ustaz atau ustazah tolong tengok2kan ni...

    ReplyDelete
  2. kepada keluarga cik mohanad carilah 4 orang lelaki yg ikhlas dan jujur nak menolong.duduk disetiap sudut kamar dan doa mohon perlindungan dari Allah setelah itu doa mohon petunjuk dari Allah untuk mengobati penyakit ini.namun hati setiap yg berdoa harus tetap berzikir YA ALLAH, YA RAHMAN, YA RAHIM. jika salah satu antara enpat orang tadi dapat petunjuk maka ikuti lah petumjuk yg diberi jika tidak teruskan berzikir sehingga ada perubahan pada pesakit. dan jika pesakit membajk ucaplah LA HAWLA WALLA QUATA ILLA BILLA HILL ALI'IL AZIM. InsyaAllah usaha kita diberkati Allah. Amin

    ReplyDelete

Silakan komen djdanchef akan balas kunjungan anda.